Pencarian Resipi Gulai Tempoyak...

  • 10 ketul ikan patin (saiz sederhana) asenye aku pakai ikan lain. hihii
  • 3 ulas bawang merah (jgn byk,nanti xsedap) takde bawang putih ek. hermm..
  • 1 cm kunyit hidup (xde, blh guna serbuk kunyit) checked!
  • 5 cm lengkuas -aku taknak letak ni pahit..
  • 3 kuntum bunga kantan (saiz sederhana) - ni pn pahit gk.
  • 15 tangkai cili padi ( xnk pedas,kurangkan ) checked!
  • 10 tangkai daun kesum checked!
  • 3 keping asam gelugur @asam keping checked!
  • 5 sudu tempoyak ( lagi byk, lg sedap dan kuahnya pekat ) checked!
  • air secukupnya ( nk kuah byk, msk air byk ) -takyah letak santan ek..
  • garam secukup rasa
  • 3 batang serai -wah byknye serai, kalu ikan bese takyah byk2 kut..

Cara-cara

  1. Basuh ikan patin hingga bersih. (Basuh dan rendam dengan limau nipis, asam gelugur/asam keping dan tepung gandum selama sejam untuk menghilangkan hanyir. Buang duri/bisa ikan patin yg ada dekat insang semasa basuh ikan.)
  2. Tumbuk bawang merah, kunyit hidup, lengkuas dan cili api hingga lumat. serai diketuk.
  3. Masukkan air secukupnya di dalam periuk dan masukkan serai, bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama dengan tempoyak serta asam gelugur. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan satu persatu. ( Hati2, tekstur isi ikan patin lembut)
  5. Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum dan masukkan garam secukup rasa.
  6. Biarkan mendidih di atas api yang sederhana. Bila kuah pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
  7. Enak dimakan ketika ikan patin gulai tempoyak ini masih panas.
Wah.. mcm best je. So bahan2 yg aku takde lg...

1. Daun kesum
2. Tempoyak
3. Ikan

Tak saba nk test. Hihihi...

Comments

Popular posts from this blog

Pulau Tioman

Azizah Mahzan