February 29, 2012

serba salah

aku jugak yg carik pasal.

takdak tujuan.

just ngada2.

skang. aku pulak serba salah. damn....


Back 10 years ago... aku kt UTM.. masuk group DCK...

I was lonely... I was on my own....

Aku ada kawan... Tapi aku sgt invicible.. I am nobody..

There was a time...

I was on my way to class...

Ada seseorg... TERTENGOK aku... Seriously, i am nothing.. JELITA memang tak aa.. HAHAHA.....

And he fell down... right in front of me. I was the only person who saw the moment...

Since that very moment...

When we bumped... There will be an awkward moment between us...

But we never talk... Never had any conversation......

_________________________________________________________________________________________________


And there is of course a lot of changes... Up until this point of my life....

Tetibe aku nampak dia kt facebook...

Aku pun tegur la.. Since kenal kan....

Dia cakap die tak kenal aku, tapi dia kenal laki aku... Kah kah kah.. Of coursela, dah nama 1 group DCK jugak....

So sekarang. Adakah patut aku add dia as friend? Aku just nk pecahkan ruyung jer. Teringat since UTM time, memang aku tak pernah nak tegur dia pun. Die lagi la takmo tegur aku. Sapalah aku. Hehehehe...

Bukan apa, dia macam alim2 skit. Aku ase tak layak je jadi kawan dia.... Haih.... Dah la dia lelaki. Aku perempuan. Tu yang serba salah tu...

Takpelah, tunggu dia add en. shahrun....  Kan en. Shahrun kn? Heheheheh

 

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

February 28, 2012

I so touched... :(


Lyrics I For You - LUNA SEA

  • Romaji

    nee hontou wa dare mo nee ai senai to iwarete
    kowagari no kimi to de ai yatto sono imi ni kizuita

    kizutsuku tame ima futari deatta nara kanashi sugiru yo

    kokoro kara kimi ni tsutaetai...
    kitto tada hontou no kimi no sugata wo motomete

    mada bukiyou ni warau ne mada kanashimi ga ni au kara

    kimi to de au tame dake ni sou umareta nara kaerareru ka na...

    kokoro kara kimi ni tsutaetai
    kizutsuki sugita kedo mada ma ni au yo
    kokoro kara kimi wo ai shiteru
    kimi ni furu itami wo nugutte agetai subete I for you

    kokoro kara kimi ni tsutaetai
    kimi no egao itsu mo mitsumeraretara

    kokoro kara kimi wo ai shiteru
    kimi ni furu hikari wo atsumete agetai subete I for you [edit]Last edit by valgarath on Tuesday 27 Oct, 2009 at 05:07 +5.8%[/edit]
  • Kanji

    ねぇ、本当は誰も
    ねぇ、愛せないと言われて
    恐がりの君と出会い
    やっとその意味に気づいた。

    傷つく為今二人出会ったなら悲しい過ぎるよ。

    心から君に伝えたい
    きっとただ本当の君の姿を求めて

    まだ不器用に笑うね
    まだ悲しみが似合うから

    君と出会う為だけにそう
    生まれたなら変えられるかな

    心から君に伝えたい
    傷つき過ぎたけどまだ間に合う
    心から君を愛してる
    君に降る痛みを脱ぐってあげたい全て
    I For You

    心から君に伝えたい
    君の笑顔いつも見つめられたら

    心から君を愛してる
    君に降る光を集めてあげたい全て
    I For You
    [edit]Last edit by valgarath on Tuesday 27 Oct, 2009 at 05:07 +2.8%[/edit]
  • Translation

    Hey, the truth is that someone said, hey, that I can't love anyone
    I finally realized the significance of meeting you, who is so nervous

    If we met one another in order to get hurt, then this is just too sad

    I want to tell you something from my heart...
    I'm just looking for your true form

    You still smile awkwardly, sadness still suits you

    If I was born in order to meet you, then I wonder if I can change?...

    I want to tell you something from my heart
    I'm hurt a little bit too much, but I'll still be on time
    I love you from my heart
    I want to wipe all of the pain away that falls on you, I for you

    I want to tell you something from my heart
    If only I can always look upon your smile

    I love you from my heart
    I want to gather up all of the light that falls on you, I for you
--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

February 27, 2012

Kamisama, Mou Sukoshi Dake

Cerita ni aku dapat dr seorang kawan... Dia download masa kami di UTM.. 1998 citer ni kuar.. Aku tgk dalam tahun 2/ masa aku tahun 3...

Memang terkenang sampai sekarang... Kisah pasal seorang perempuan yang dijangkiti HIV...... Cerita ni dari episod 1 - 12.. Ko nangis jela tak benti... 

Dewasa ini, kematangan diri ini menyebabkan aku sukar menangis. Wpn ada yang kata aku ni mudah mengalirkan air mata. Bg aku tu dh cukup susah tu... Kalu ikut diri aku sebenar, memang mudah sgt sebenarnya... 

Kadang2, aku perlukan tangisan tu.. Dan kadang2 cerita2 mcm ni menambahkan motivasi aku... Tgk orang Jepun ni lain tau.... Gaya dia lain... Tgk sendiri la...

Dekat youtube pn ada... :D

Kamisama Mou Sukoshi Dake

Sepanjang kehidupan. Adakah kita ditipu dengan perasaan kita sendiri mengenai CINTA?

Adakah kita hidup demi CINTA?

Adakah kita berjuang dengan satu perasaan yang memberikan diri kita sebuah motivasi dan kita panggil CINTA?

Sedangkan, sebagai islam, kita perlu hidup demi CINTA agung.... Wallahualam..

Namun bolehkah kita mengelak satu perasaan ini yang datang sendiri tanpa sebarang logik akal. Hanya satu perasaan yang muncul demi seseorang yang paling istimewa dalam hidup kita...

Soalan2 ini pasti bermain dalam diri kita, dan tanpa kita sedar, CINTA datang tanpa diundang.... Kadangkala amat menyakitkan.. Namun tak mampu kita menidakkannya...


Kano Masaki
Fukada Kyoko
Sebagai seorang wanita... Kita acapkali menghambakan diri kita demi CINTA.. Kesetiaan kita hakiki demi CINTA... Tak berbelah bagi rasa sayang kita.....

Kano Masaki, seorang wanita cekal yang membara demi CINTA seawal usia belasan tahun lagi. Sanggup menjual diri demi melihat konsert seorang komposer terkenal yang sangat diminati. Saat2 akhir dia sudah pasrah dan tidak jadi menjual diri. Tapi takdir dah menentukan. Akhirnya dirinya terjual...

Tuhan juga telah menakdirkan. Bahawa cinta agungnya pun akan jatuh cinta kepada kecekalan dan kedegilan diri nya... 

Namun, tuhan turunkan ujian, dia dijangkiti HIV, kerana sekali menjual diri tersebut. 

Meruntun jiwa manusia bernama ISHIKAWA KEIGO.. dan ibu bapa KANO MASAKI... Namun kehidupan mesti diteruskan...


Ishikawa Keigo
Kaneshiro Takeshi
 
Semasa usia muda, beliau dikejutkan dengan kematian teman wanitanya.... Mengalami tahap kemurungan paling teruk... Dan mengeluarkan kesedihan itu melalui lagu.. 3 4 tahun selepas kematian itu, lagu2 yang beliau cipta mendapat tempat dihati peminat. Semuanya box office.. Tetapi selepas 3 4 tahun, beliau kekeringan idea dan punca... Hampir menuju zaman kejatuhan apabila beliau tidak mampu mengarang lagu lagi..

Tiba-tiba, selepas konsert, konsert yang sama Kano Masaki pergi.. Beliau terjuma Kano Masaki dipertengahan jalan. Kano Masaki turun dari teksi dan mengejar kereta yang membawa Keigo.. Semata-mata untuk menunjukkan sepanduk, Keigo I Love U!... Perasaan, kesungguhan Kano Masaki menyentuh hati Keigo...

Keigo membawa Kano Masaki balik... Mulanya, Keigo menganggap Kano Masaki sama macam perempuan2 lain yang meminatinya... Dia hanya mahukan sex, tak lebih dari itu....

Namun, 3 bulan selepas Keigo keluar negara untuk World Tour, dia teringat pasal Kano Masaki dan mahu berjumpa Kano Masaki...

Rupanya dia telah jatuh cinta...

Namun, hari yang sama Keigo hendak bertemu Masako, Masako mendapat berita mengenai Jangkita HIV pada tubuh beliau...

Dan Keigo tidak putus asa untuk mendekati Masako walaupun dia telah mengetahui Masako telah dijangkiti HIV, dan Keigo selamat dari jangkitan itu walaupun pernah meniduri Masako.....

Sehingga ke saat akhir kematian Masako, Keigo setia disisi.......


--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

February 24, 2012

Pay day

Sebelum kita bayar hutang.. Mari kita blagak kita kayaa kayaaa

Mlm ni dinner treat anak2

Makan piza + tgk adnan sempit..

Dengan ucapan... Balas dendam abah balik lambat mlm2 (bkn nk suruh abah blk cpt, xpe carilah duit, kitorg nk titimeout jer), abah pi main futsal, badminton, hoki, rugby.. (eh byknyer mcm tipu jer), abah tgk wyg ngn kengkwn (wpn free yg penting enjoy secara berseorangan)...

Sekian terima kasih kita enjoyyyyyyy

February 23, 2012

Diplomatik Hafiy

Semalam, abah bad mood. Kerja byk kat opis.

Mama pn kerja byk jgk. Hoho

Hafiy dan firdaus seperti biasa adaje tak kene. Setelah lama mama kaji, mama tau kenapa. Sedaya boleh mama cuba bersabar. Abah blk kul 9mlm. Mama dah bersama diorg 3 jam lebih awal setiap hari. Dan hari2 yg kami ditinggalkan sebab abah kn ada hobi. ;). Tapi itulah namanya budak2.

Sebab sebenarnya, budak2 ni dia bosan. Dari pagi sampai petang kehidupan diorg penuh dgn tatacara. Firdaus, masuk kelas, buat ni, then mkn, then mandi, then tidur, then bgn mandi then tgu mama balik. Setiap hari sama je tak boleh cilok masa utk perkara lain. Kalau kita bosan buat kerja pergi kerja balik kerja, anak2? Lainlah kalau dia duduk dgn org yg sayang dia. Bela dia je xde budak lain. Contoh nenek bela, harini Firdaus nk mkn apa? Nenek buatkan. Firdaus sepahlah nenek tak kisah. Main la tanah, longkang, binatang.. Byk benda nk explore... Hati pn tenang.. Jiwa pn tak kacau bilau...

Hafiy? Ya Allah beliau lagi maha bosan. At least firdaus ada aktiviti.. Mengaler, blaja ilmu matematik, english, sains, smart reading, bacalah anakku, iqra.. Hafiy? Balik2 duduk kt dindinggg!!!! Smpai2 nursery dh kene duduk tepi dinding.. Makan pn kene beratur.. Lepas kena suap pergi belakang balik.. Tggu giliran utk suapan seterusnya.. Sebab tu mama takmo berkira.. Mama ase, cm salah mama anak2 mama jiwa terseksa dan tertekan mcm tu.. Tak berniat mama nk manjakan anak2. cuma mama dlu budak yang duduk nurseri jugak. Jadi mama tau macam mana perasaan.. Sebab tu budak2, wpn masih budak2.. Tp dh cepat stress...

Jadi mlm td abah sudah burst lah... Tarik telinga hafiy dan suruh hafiy diam jgn nangis..hafiy nangis sebab nk suruh mama buka video yg dia xtau nak explain video apa dekat cik epal mama. Sblm tu lg dia dh nangis dh. Mula2 nangis sb nk suruh mama pegi kedai 2 kali, pstu berebut mainan dgn abg, lepas tu mintak coklat, lepas tu xkasi mama buat kerja kt dapor tp suruh baring sebelah dia? Apa daya mama sayang? Apa daya mama? Apa perlu mama buat lagi?

Sudahnya dia tidur sambil nangis... ;(

Mama risau sgt.. Risau sgt kejadian tu efek negatif dekat Hafiy... Hafiy tak mcm Luqman, pandai berdiplomatik. Kalau org explain xboleh, dia boleh accept. Tapi hafiy xboleh.. Jarang sgt dia berkompromi.. Boleh, tapi bkn kebiasaan. Macam mana lepas ni dia jadi panas dgn abah? Takmo kawan abah? Lagi dia xmo dgr ckp abah?
Mama usap kepala Hafiy.. Mama tiup kan selawat ke atas nabi.. Baca ayat kursi.. Baca alfatihah.. Moga jadi anak yg soleh.. Moga jadi insan yg berguna.. Moga belajar samapi menara gading.. Dapat jodoh yg baik2 dan beramal soleh jgk.. Amin.....firdaus pun mama doakan yg sama.. InsyaAllah...

Esok pg. kul 545am mama jaga. Hafiy pn jaga.. Tolong mama buat kerja katanya... Lepas tu berak plak, mandi tros.. Slm kul 630 mama siap sidai kain, mandi.. Mama pn nak smyg... Tiba2 hafiy dtg masuk bilik cari abah!

"Abah, bangun lahh"

Mama abis smyg mama suruh hafiy cari abah kt toilet..

Hafiy pegi toilet, confront abah!

"abah napa abah marah?"

"hafiy jangan pegi kedai?"

"hafiy nak tgk upin ipin pn tak boleh?"

"nanti abah pegi kedai bli ni kt sini sini"
Sambil tunjuk peti ais, tunjuk kabinet abah simpan coklat/jajan..

"hafiy tak bole nangis?"

Mama pun tanya hafiy..

"hafiy sayang abah tak?"

Hafiy angguk...

Ya Allah... Lega hati bila anak ini faham. Kesalahan dia. Bila anak ini tak betah merajuk, malah berdepan dengan masalah. Berani kerana benar. Takot kerana salah.

Ya Allah.. Tunjukkan lah jalan yang benar kepada kami suami isteri untuk kami pandu arah yang terbaik untuk kedua anak kami ni..

Amin Ya Allah, Amin Ya Robbal Alamin.....

February 22, 2012

Bencisayang?

2mggu lepas aku sayang bos aku. 
today aku dh benci die balik. 
dan berdoa semoga die berambus. 
sekian. :D. 

p/s:benci sayang benci sayang bile nk abes ni? kui kui kui

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

February 15, 2012

Love is to love

Agree?

February 14, 2012

Trip Kuantan-Batu Pahat-Langkawi Feb 2012



Alhamdulillah, asenye trip kami pada 4 - 10 Februari tu berjalan lancar....Walaupun tidak 100% seperti dirancang. Sekurang-kurangnya memenuhi kriteria yang kami dh rancang... Alhamdulillah...

Sabtu, 4 Februari 2012

Kami menginap kat Vistana Hotel malam tuh. RM266 per night including breakfast.

Herm, kalu ikut aku, boleh lah bg 3 Star je kut. Katil dia ok. Slimut dia ok. Mcm ala2 Slimut Tune Hotel. Tune Hotel wpn bilik kecik, tp barang2 brended laa. Mmg en. Shahrun suka la. Kualiti pass. And ada Bath Tub. 

So pagi tu bertolak dr rumah dalam kul 8pagi tepat ada dalam kereta. Cdgnya nk gerak kul 730am. Tapi aku bangun lmbt. Hohohooo....

Alhamdulillah semua berjalan lancar, dari pagi smpai ke petang. Petang tu kami lepak makan ikan bakar tepi pantai. Pantai mmg agak horror la, aku memang tak kasik budak2 mandi. Kalu igt2 balik masa aku bg diorg mandi kt Teluk Batik aritu pn mcm horror. Sebab situ mmg ombak lain mcm kot. Tak sama mcm masa aku kecik2 dlu. Huhuhu. Mgkn mcm petanda2 kecil kiamat kn? 

Memang En. Firdaus dan En. Hafiy sangat lah happy bermain pasir dan berlagak seperti kaum org zaman purba kala. Main kayu2. Main pasir. Hohohoo.....











 









Masa kt sini En. Firdaus rekues layang2. Pg td masa aku kerja, dia rekues jugak, tp En. Shahrun tak bli. So dr hari ni, smpai la hari terakhir trip kami. Hari hari dia dok mintak layang2. Hahahaha. Masa kt Langkawi takde org jual la plak. Aduiai... 

Ahad, 5 Februari 2012
Pagi2 dalam kul 9 cmtu la kot, lepas breakfast, check out kami gerak pegi rumah sahabat lama and kawan rapat En. Shahrun - En. Hamas aka Kupik.. Nama betul Wan Muhd. Hafiz. Hihihi. 

Masa mkn, terasalah ketidakbestan nye. Makanan mcm tak byk choise. And masa tgk makanan ase mcm lower than 3 star. Hem. Skg susah la nk dpt mknan yang variety and sedap. Kalu nak jugak kene la pejam mata blanje ribu riban. En. Shahrun kata dia prefer carik street food rather than mkn dekat hotel..

Kalu dlu, kami prefer mkn dekat hotel, siap kalu takde breakpas, kami pi bayar lak - masa honeymoon back almost 5 years ago... Tp mmg berbaloi la. Variety... Complete.. Puas ati.. Ini susu = susu tepung.. Pstu orange juice adalah campor air. Adoi kecewa...

Lepas umah En. Kupit tak seberapa lama pastu kami pun gerak la pulang. Sampai KL dh agak mlm jgk la. Lepas on machine aku terus tdo.. Sebab aku bajek esok nak gerak ptg. Hohoho..

Oh ya, sebelum tu, aku sempat gk masak dinner. En. shahrun paksa aku masak nasi lemak. Hohohoho.. Tp soh msk byk utk brekpes esok. Aku masak byk gk. TP En. Firdaus n En. Hafiy yang biasanya byk main dr mkn, mkn byk lakkk. Ades.. So tinggal tak seberapa je utk pg esok...

Isnin, 6 Februari 2012
Bangun2 subuh dalam kul 6 tu en. Shahrun suruh cpt siap. Hohooho. Kali ni perjalanan lebih jauh dr pegi Kuantan tu kn. So nak kene gerak lebih awal la.

Kul 7 cmtu dh gerak dh. Hohohoho. Tak sempat patik nk kemas rumah...

Sempat sidai baju packing apa yg patut ja.. Huhuhuhu... 

Smpai Batu Pahat dalam kul 12. Ngam ngam sui la nk lunch. Pg tu kami brekpes nasi lemak mlm td. Itupun En. shahrun mkn sesuap dua. Anak2 mkn selebihnya. Aku pn tak mkn apa sebab sibuk berkemas. 

Smpai2 Batu Pahat rupanya en.Shahrun dh ada plan nk makan Nasi Beriyani Gam.. Kami order Nasi Beriyani Gam Kambing 1, Ayam 2... Murah katanya. Rasa pn mantoppp...

Smpai2 umah rehat yang pakwan aku booking, seisi rumah belum mkn lg. Masa tu dh dekat kul 2pm. Hohoo. Ase besalah lak. patutnya aku call diorg tanya nk mkn apa pstu blikan. Sorry. Next time aku akan lebih considerate. Huhuhuhu....

Masa tu mak ngah pak ngah aku sefamily, pak itam mak itam sefamily, pakwan aku ngn anak dia dh smpai la. 

Pakwan aku nak kahwin utk kali kedua la kiranya..... So dia blanje rumah rehat tuh. Hehehe...

Smpai rumah rehat utk kami, ada 2 rumah la kiranya. Tak ckp semua dlm 1 rumah..., En. Shahrun tdo sekejap, puas la aku dok paksa 2 hero tdo, depa takmau tdo.. Huhuhu. So aku pn takleh tdo laa... Dlm kul 3pm lebih tu, kami cdg nk kuar jln2....

Wah melompat2 la 2-2 hero malaya tu... Gembira tak terkata.... Asyik terkinja2.... Dh tu cuaca plak sgt lah panas. Huhuhuhuhu.... Kami mkn Putu Bamboo Special.. Tmpt ni kt Ayer Hitam la. Dlm 20 - 30 km dr Batu Pahat. Homestay kami tu kt KUHTM.. Apa tu UTM kt Batu Pahat, nama betul aku tak sure, malas nk search. Hhohoho...


Encik Shahrun dh ala2 nak naik angin la masa ni. En. Firdaus ngn Hafiy dan semakin lasak. Sebab depa ngantok + penat sebenarnya. Tp depa rasa rugi kalau depa tidoq. Apa lg. Terkinja2 sakan la. Tp lepas En. Shahrun mkn putu bamboo sedap + soto sedap.. Tros mood dia stabil balik. Mmg tip top la... Hohoho..

Then kitrog meneruskan perjalanan ke Kluang... Kira patah balik menghala ke KL, tapi ikut jln dlm. Apa lg. En. Shahrun nk mengimbau kenangan kt Sekolah Sains beliau.. Hohohohoho. Sgt lah beliau merindui zaman remaja beliau...

1 persamaan en. Shahrun ngn aku. Aku pn sgt merindui UTM. Tak tau kenapa aku suka UTM..... TP aku tak brapa suka sekolah lama aku. Kwn2 sekolah lama pun, 2 3 kerat je yg masih kenal aku kut. Hehehe. Tp en. Shahrun sgt la keep up to date ngn memember sekolah, mahupun UTM... Tu jela perbezaan sikit..

Aku pn enjoy la jgk tgk sekolah dia. Kawasan situ mcm agak membangun dh la. Ase dlm tahun 2010 kot, kami ada pi situ melawat. Pasaipa ntah. NI ada peluang melawat lagik.. Oh masa tu ada member dia kawin.. Hehehehe...And bila En. Shahrun cite2 tu aku sukala dgr. Sebab dia bkn suka sgt nk bercerita2... Tp kalu die bercerita tu aku suka la. Hheehehe...

Mlm tu kami balik  ke Homestay balik. Mandi2, ktrog kuar Dinner berdekatan je. Mkn Asam Pedas. Mantop asam pedas dia. Tp asam pedas aku lagi mantop kot. HAHAHAH. Sebab Asam Pedas dia, aku dpt kesan ada taruk cili sos. So gua takleh trime la kot. Tp ok la. Ikan die Fresh, Ada manis2 (gaya qi JJCM)...
Balik tidoq. Rupanya mlm tu Family aku sume lepak kt rumah lg 1. Slumber aku balik rumah yg mmg utk ktorg pstu tidoq. Hahaah. Aku ckp ngn pakcik aku, amik la bilik ekon yg aku cop ni sebab dia ada Baby. Tp die takmo lak. Huhuhuhuh...

Selasa, 7 Februari 2012
Pagi tu sblm kejut anak2 tdo. Aku layan amik gmbar diorg. Katil ni Queen. Kami tdo berempat. Tak smpai ati nk rejek mana2 ahli tdo bwh. Hohohohohoho... Anak2 sgt la penat, so diorg behave masa tdo.Takde nangis mlm2 and takde tdo melintang2.....Tp comel kn? Ase mcm nyesal marah2 diorg time diorg lasak bila tgk situasi ni. Huhuhuhu...

 Yg pakai Baju Putih tu la pakwan aku.Tua 2 tahun je dr aku... Yg bj Merah tu pakngah aku.. Yg baju Pepel kiri skali tu Ustaz muda. Kitorg tepat kul 10pg dh smpai umah pengantin.Ustaz kul 1015 kot br smpai. Maklumlah ustaz muda.Displin kureng skit kot. Tp masa dia smpai gila tak sangka. Tak penah kot aku jumpe ustaz yg menikahkan org muda... Sebelah ustaz tu bapak pengantin. Pengantin perempuan ni keturunan Jawa. So ada bau2 bacang skit ngn En. Shahrun la. En Shahrun banjar. Aku tgk bapak dia tu, mcm bapak mertua aku la skit2. Mcm bila ckp tu, org tak brape clear sgt. Mcm bkn jenis yang ckp byk laa.... Hehehe. So ustaz muda ni la yg menikahkan Pakwan aku..

Pergh kalu nengok die mengisi borang. Byk gile kot.. Huhuhuhu
 Ni hantaran la. Gegar2 tp aku share jgk la.Gegar sebab sambil ambik gmbar smbil pujuk Hafiy soh duduk diam2. Huhuhu...
 Lepas majlis dlm kul 12, kami pulang ke KL..

En Shahrun suruh kemas2 siap2, packing2, kemas rumah mlm tu jgk... Sebab esoknya kul 3pagi nk berangkat dh.. Hohoho.

Lepas siap kemas2. Mlm tu jgk masukkan beg2 dlm kete. Gila series nk travel ke Kola Pelis. Huhuhu...

Rabu, 8 Februari 2012

 Smpai Kola Pelis dalam kul 830 pg cmtu. Ada benti la kt mana ntah solat subuh bagai kan..

Ada kejadian masa otw tu. Dekat terowong menora, KM257 selepas terowong tu, ada moto langgar lori. Lori tu mcm tak perasan. Situ plak 2 lane, susah kami nk benti. Nk patah balik apatah lg. So aku call polis, call plus sume. Tak tau la dorg ada amik tindakan ke tak. Cr kt bernama suma tak jmpe story psl motor tu. Tak tau la apa kejadian.

Aku search2 kt internet. Rupanya kt situ mmg byk kejadian kemalangan. KOrg try la search mmg byk. Huhuhu. Antara berita aku jmpe seperti dibawah. Sama lak tu KM257.. Huhuhu takuit2...


Smpai Kola Pelis kami parking kene RM15 sehari. So 3 hari calculate le sendiri. Huhuhuh. Bole claim ke tak ntah...

Pstu kami brekpes kt sini.

Kami punye Feri kul 10pagi cmtu kot... Layan la aksi budak2 masa brekpes... :D


 Ni masa dlm perjalanan nk naik Feri. Suka plak dia tarik beg tu sendiri. Mmg bj2 dia la pun dlm beg tu. :D...






Tghari kami mkn nasi campo dekat2 ngn hotel. Ohya kami sewa Kancil Buruk - RM50 sehari. So kira 48 jam = RM100 la... Smpai2 Jetty Kuah tu diorgdh kejar2 dh tanya nk sewa kete ke tak... 

Kul 3ptg, taklimat program..

Kul 5ptg, dh takde aktiviti dh. So kami kuar jln2 cari pasal kt Area Ismail Group dengan Idaman Suri. Usha2 apa yg patut.

Pak sedara aku yg bongsu order coklat ni. Sib baik tak tros bli. Dia takmo pack yg besar2 ni. Dia nk yg kecik2 je.... Ni kami usha je dlu.

Mlm tu ada BBQ Dinner kt hotel.. Herm.. Hotel Grand Continental ni aku boleh bg 2.5 Star jela. Slimut jenis slimut yg coklat bulu2 tuh. Tilam spring dh buruk gila. Hohohohoho.. Mkn lg la agak hampeh dr Vistana....Kuciwa btol... Tp BBQ mlm tu sedap la. Char Kuew Tiaw dia mmg best. Cuma brekpes dia pg2 je la tak best. Huhuhu...

Masa BBQ ni tepi swimming pool. Adoi... Anak2 berlari2, nk terjun pool bagai... Hohohoho...



 Kt bawah ni bilik bengkel kami. Bengkel Keperluan Pengguna utk Penambahbaikan SMOKU aku.. :D
Khamis, 9 Februari 2012
Masa ni aku dh dilarang keluarkan henpon dh. Hohohoo. Sebab pantang kuarkn. Hafiy ngn Firdaus berebut. So takdela gmbar. Huhuhuhu..

Aku berbengkel dr Pg kul 830am - 5pm. Hohoho. Mmg hari yg busy la. Smbil aku berbengkel, en. Shahrun bwk anak2 pi pantai chenang. Masa ni Firdaus still mintak layang2. Tp takde. Hohhooho...

Sedey tak dpt melawat pantai chenang/kawasan jual minyak gamat kalini. Huhuhuhu...

Ptg tu abis kul 5ptg. Tros en. Shahrun bwk pi Ismail Group ngn Idaman Suri. Bli la siap2 apa nk bli... Mmg esok abis je Bengkel tros nk balik la kirenye.. 

Mlm tu lepak kt Port makan yg mmg kitrog lawati sejak kawin.. Kali pertama pi Langkawi masa aku pregnant Firdaus 6bulan. Kali kedua masa umur Firdaus 8 bulan. So kali ketiga ni la.. Firdaus nak masuk 5 tahun. Hafiy nk masuk 3 tahun.. And port mkn tu mcm a must la. Dekat area Bukit Malut.

Kira dr Kuah, lalu hospital Mahadhir tu, masuk kiri, nmpk lampu2 sebelah kiri. Tu la dia port mkn tu.

Mmg tidak mengecewakan and ada mandrem. Mkn sekali psti nk lagi. Hohohoho. Atau sebab tu mcm kenangan aku ngn en.shahrun, padahal takdela sedap sgt. I dont know. Tp kalu pi Langkawi msti nk pi sini, :D.....

Alhamdulillah. Setiap kali pi Langkawi. Kami pegi bersama. Takde lg yg kami pi sorg2. :D.....

Tp port mkn tu, jgn la pegi time mlm. Byk nyamuk sey. kami smpai situ mcm blom mlm lg la. Dlm kul 7pm cmtu.. Sbb citer Gemersik Kalbu br start (Episod Akhir tu. hohoo)... Makanan smpai, makan laju2. Kul 830pm gerak balik otel. Masa nk bayar tu menderu2 nyamuk dtg gigit. Masa tggu order, takde pn nyamuk. Kesimpulannya mkn lah waktu siang. :D....

Jumaat, 10 Februari 2012
So sekejap je. Pejam celik pejam celik dh hari terakhir travel trip kami. :D...

Aku abis Bengkel dlm kul 11 cmtu. Tros cabut pi Jetty. Pulang kete bagai. En. Shahrun sempatla menyinggah kot2 ada tshirt adidas ke yg murah2. Tp tak jmpe. So balik je...

Kul 2pm smpai kola pelis.. Mkn Laksa Ani? ke apa ntah. Uih. Tak kesah la ko perbuat dr belut ka apa. Yg penting ko mmg mantop. Tgk ramai yg bli secara pukal. Mcm feymes gk la kot...

Pstu kami pun bertolak balik...

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan, emosi kami berempat agak stabil la. Alhamdulillah sgt.. 

Kalu follow blog aku dr awal, tau la emosi aku cemana kn? Alhamdulillah dh pndai control la... Huhuhu. Susah tu nk dpt, stay 7hari7mlm dengan En. Shahrun  tanpa bersengketa. Ewaahhh. Hehehe. Dh matang la masing2. Dh pndai kontrol perasaan. Etc. Apapun bersyukur sgt...

Terima kasih en. Shahrun....

Tapi En. Shahrun tak anggap ni sebagai bercuti la. Sebab almost 80% adalah kerja. Kalu tak kerja, komitmen dgn family plak (pakwan aku kawin tu kn).. Selang seli jln2 tu sikit2 jela kn. Tak relaks. Sebab ada time yg En. shahrun kene sabakan anak2 sebab kene berpisah ngn mama. Huhuhuhu....

So, harap2 nya adalah sesi jalan2 2012 yg lain yer. Amin... Tak tau lg nk pegi mana. YG psti dlm Malaysia jelah. Sebab takde tiket flite murah lg dh kot tahun ni? Hehehe

Ok tu je. Daaa... :D


Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

May You RIP Whitney Houston


I was shocked to hear about the news. I've heard it as instant as it happens on twitter. I thought it was a joke. But nada, i was wrong. It was true!

I think Whitney is a great Singer. Full of heart and talented. Just look at her videos on youtube. Well, everybody is digging on her videos lately. Including me.

Just look at her. She's harmless. Just that she encounter some unfortunate events. With drugs and alcohol.

She got daughter who obviously loves her.

But her problems just wont go away.. She can't handle her emotion i guess, that's why i think she took the drugs and alcohol.

 I hope her daughter will cope with everything. May god bless and take care of her. Bobbi.. you stay strong.....

Whitney, may you rest in peace....

Wallahualam.




3 Years Old Kiddo

Benda ni berulang. Dah lama aku perasan....

Sejarah berulang.... Tak tau lah, kebetulan.. Atau perasaan.. Tp nyata memang benar2 terjadi semula...

Bermula dgn anak sulungku.. Muhammad Firdaus... Kemudian turun pulak dekat adiknya,,, Muhamad Hafiy..

Most probably 'perangai' tu dari aku, dan En. Shahrun jugak... Kemana tumpahnya kuah kn?

Firdaus sgt protective seawal usianya 2 tahun. Iaitu sewaktu kelahiran adik.. Semua benda tidak kene, kuat nangis. Takmo share mama.. Abah nk kiss mama pun tak boleh. Apatah lagi adik sendiri yang sewaktu itu masih bayi....

Masuk usia 3 tahun...Dia jadi demand sgt. Makin betah bercakap. Ada pilihan hati sendiri.. Baju pun nk pilih yang ikut taste dia. Kalau tak kami shopping baju tanpa anak2. Tapi sebab kan hal ni, kalau shopping baju kene bawa diorg. Kalu tak jgn harap la baju tu nk berpakai. Tak kene ngn citarasa awal2 die rejek. Huhuhuhu...

Dan waktu itu juga, abah dan mama runtun hilang pertimbangan. Ada je tangan or kaki naik. Huhuhuhu. Siyes. Memang mengajar erti mengawal emosi dan kesabaran... Waktu itu, nampak mcm Abah and Mama pilih kasih. Adik sayang. Tapi Firdaus marah2......

Walau sehabis kuat pun kami cuba untuk sama rata. Bila smpai saat kami tak boleh sabar lagi. Kami terpaksa menangkan adik. Dan abang pun mula mencemburui adik.... Silap kami... Namun apalah daya kami... :(...

Lagi 3 bulan lebih, insyaAllah Hafiy pun akan menginjak usia 3 tahun. Selama ini kami pupuk dan manjakan Hafiy.. Dia adik yang lebih lemah berbanding abang, jadi kami menangkan dia. 

Tapi, akhir2 ini, semua ciri2 abang tu, adik ada dh. Smpai acap kali, mama dan abah hilang sabar kt adik. Over protective, demanding, semua nk buat sendiri. Luluh hati mama sayang saat mama tak mampu nk penuhi 'impian' adik......

Tapi mama percaya, adik akan berkembang macam abang. Adik akan tolerate ngn keadaan semasa mcm abang. Adik akan mula loosen up sikit...Takde la stringent sgt.. Huhuhuhu...Mama percaya satu hari nanti semua akan ok......

Mama cube sabar lebih skit lg yer sayang. Huhuhuhu

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

February 04, 2012

Ana ikan bakar petai

Menu:
Sup cendawan
ikan pari bakar
Nasi 4