Posts

Showing posts from April, 2017

Isteri, Girlfriend.

Isteri mengandung 6 bulan. Girlfriend ajak kawin. Isteri tak kisah bermadu, Girlfriend (perempuan melayu terakhir..puiiiii.. nak muntah la baca vavi oii huhuhuhu) tak mahu berkongsi (perempuan poyo, taknak berkongsi yang ko pi carik laki orang tu dah kenapa sundal!) huhuhuhuhuh... Pastu dalam dilema dengan soalan : GAGALKAH AKU? KO TAK RASA NAK TEMBAK LELAKI MACAM NI DENGAN M16 atau apa-apa lah senjata tajam.  HUHUHUHU. GERAM LAH KITA BACA CITER KAU NI! OK baru je pagi tadi tulis pasal beautiful mind. TROS HODOH WEIH.. Hahahaha.. Y y Y y Y???? -- Regards, Siti Fatimah Khairiah M Amin

Kahwin..

Eh asyik cakap pasal kahwin je kan? Dah kenapa? Mintak maaflah, isu kahwin memang asyik naik je sekarang. Mula-mula Jennifer Garner dan ex-husband, Ben Affleck. Lepas tu, Bratt Pitt dan Angelina Jolie. Lepas satu, satu. Bebaru ni, Serina dan Salahudin (Gavin) plak. 7 tahun jugak dah diorang kahwin. But been separated for 1 and half years. Reason being, Serina tak mahu cerita, tapi thankfully the bapak memang tells everything, So macam tau jugak kenapa.  Anyway, aku tak nak cakap pasal puncanya. Tapi, the bapak mentioned about Serina being bullied by the husband for years. And kalau baca dari apa yang the husband said pun, memang nampak la dia sangat ego, dan tak mengaku salah. Bukan aku biased, tapi tengok sendiri la apa the husband's said, "Dia keluar dari rumah, dan saya tak tahu apa-apa". What? Setahun setengah you dont know anything? Nampak sangat keegoan you yang melampau. Kalau you sayang your wife and your healthy family, you will ask your wife why. If you want to

Gaji Lambat Lagi..

Just nak cakap.. Ada 1 kedai baju ni. Saya suka saya suka material dia. Kalau termasuk situ habislah. Mesti terbang beberapa rat. Huhuhuhu. Tapi ku tahan jebat. Ku tahan. Lately, dia boleh pula hantar link boleh beli online. Sabarrr jelah! Tapi ku scroll2 jugaklah. Mujur, opis memang block link sewaktu dengannya. Mujur sangat. Tapi today is Friday. Friday is leisure day. Saya yang announce begitu.  So, kalau berkenan boleh lah pegi. Hi hi hi. Scroll punya scroll, Tak ada yang muslimah compliance. Ketat. Singkat. Memang kena tolak tepi. Tak minat dah u. 100 email u semua macam tu. Ketat. Singkat. Tak muslimah compliance. Tapi color, pastel. Simple. Clean n Nice. But no no. Kita ulang balik: Ketat, singkat dan tidak muslimah compliance. So babai. Sila ketepi! p/s: Masalahnya dah set itu spam mail. Tapi still buka folder spam and scroll2. Penyakit kan? -- Regards, Siti Fatimah Khairiah M Amin

Tak Sempurna..

Image
Semalam Hari Ni Not perfect. Nobody is perfect.

Tazkirah Mengenai Kisah Sedih...

Kenapa dalam dunia ni kita perlu rasa sedih, hiba, sentap, marah, tak puas hati, sakit hati? Mudah jawapannya, kita manusia yang penuh dengan perasaan. Kita lahir dengan pakej emosi. Dan sebagai manusia yang dilahirkan PEREMPUAN, kita tak mampu simpan semua emosi itu dan menjalani kehidupan indah seperti biasa. Perempuan perlu meluahkan.  Sebab tu la, kepada perempuan lain yang kita luahkan, pantas perempuan itu akan jadi pendengar setia merangkap teman karib. Sebab dia sudi mendengar. Walau dengan atau tanpa prejudis. Prejudis adalah kebiasaan emosi. Siapa mampu menahan emosi? Ketahanan emosi suatu cerita lain. Kita cerita di lain hari. Kepada perempuan, tolong jangan simpan emosi mu. Tidak di media sosial, luahkan lah kepada teman karib mu. Semoga suami mu seorang yang sudi mendengar. Dan biasanya suami lah insan terbaik. Tanpa prejudis. InsyaAllah. Kalau yang dengan prejudis pun ada. Tak apa, asalkan dia sudi mendengar. Kepada lelaki, tolonglah dengar luahan isteri anda. Lain kalau

Cerita Maths

Malam tadi firdaus mintak ajarkan Mathematic. Silibus sekarang ialah membuat operasi tambah dan tolak terhadap nombor pecahan. Nak pecah kepala mak kau fikir, macam mana nak bagi anak faham. Cikgu bagi soalan, 2 soalan sahaja. Dia dapat jawapan dan bersiap-siap nak tidur. Ehh mana boleh. Being you mother, i know, 1 or 2 soalan tak mencukupi. Lalu menjadi radio karat dok ulang-ulang prinsip matematik. Kalau dapat jawapan 2/4, kena kecikkan, jadi 1/2. Kalau dapat jawapan 3/1, akan jadi 3 sebagai jawapan terakhir. Bayangkan, ada 3 bola, nak bahagi kepada seorang, berapa seorang dapat? (3/1 = 3). Faham tak? Muka blur. Mak is sentap bercampur risau. Ok cuba buat 7/3, dapat berapa. Tak tau. 7/3 boleh buat 7 bahagi 3. jawapan letak kt tepi, baki letak kt atas. So dapat 2 1/3. Paham tak? Tak puas hati bagi lagi soalan lain banyak-banyak. Dia buat, dan betul. Ok faham. Jom tidur. Begitulah, closure yang harap berpanjangan. Semoga tersemat dijiwa ya Firdaus. Huhuhuu. -- Regards, Siti Fatimah Kha

Peluang dan Pendedahan

Hafiy dapat terpilih masuk pertandingan bercerita mewakili sekolah agama dia. Alhamdulillah. Itupun jenuh pujuk suruh masuk. Dia sangat tidak berkeyakinan. Tapi rasanya, inferiority complex dia tu Allah swt memang bantu. Masa dia 6 tahun, dia dapat award masuk pertandingan Robotics. Semua pun tak target dia menang. Dia dapat award Kesungguhan/Detemination. Masa bertanding, dia tau dia takkan menang, tapi dia buat bersungguh-sungguh dan rajin. Alhamdulillah. Mama dan abah pun tak harap dia menang. Kami berniat untuk beri beliau pendedahan. Anak-anak yang lain pun kami treat begitu. InsyaAllah. Cuba adil dan saksama untuk semua.  Ni dia darjah 2, ustazah pilih dia untuk masuk pertandingan bercerita. Hampir sebulan juga berlatih di rumah dan di sekolah. Setiap kali berlatih, dia akan down. Ada 3 orang ustazah latih, tengok macam mana ustazah kata, mungkin 2 atau 1 sahaja yang akan terpilih. Hari-hari balik rumah dia akan minta untuk tarik diri. Dan hari-hari Abah akan cakap, tak boleh Haf

Kahwin atau sewaktu dengannya...

Dear one and only, MYSELF. Hidup berkahwin ini subjektif. Lain orang lain penekanan. Ada juga yang sama, tapi lain pengakhiran. Tak boleh taksub, kata atas sebab-sebab kehebatan, maka kekal. Tak boleh angkuh, dan berkata, atas sebab-sebab cinta teragung, maka kekal. Tak boleh juga anggap diri masyhur, maka tak mahu terus terikat. Mahu terbang bebas, meninggalkan jerat pernikahan. Iya, pernikahan itu memang menjerat. Terjerat amanah. Terjerat tanggungjawab. Terjerat zahir, lahir dan batin! Itu memang realiti. Tapi tak perlu angkuh, tak perlu memandang rendah.  Ujian pada semuanya. Adil dan saksama. Masih berkahwin, ujian. Sudah tidak bersama, ujian. Titik. -- Regards, Siti Fatimah Khairiah M Amin