Posts

Showing posts from 2017

Mimpi

Malam tadi mimpi pelik. Tapi dah petang ni tak ingat sangat dah mimpi tu secara keseluruhan. Mimpi bela ular, banyak. Ular sawa to be specific. Ada yang kecil lagi. Ada juga yang kepala je kecil tapi badan size manusia. Kemudian ular tu macam memanjang dinding, ke ular tu macam bangun angkat kepala. Naik ke atas makin tinggi makin tinggi. Lama-lama macam nak jatuh ke arah aku. Masa nak lari, aku terjatuh. Tup-tup ular tu jatuh sebelah aku. Tindakan reflek sebelum nak bangun lari pelepukk aku hempuk ular tu. Tapi masa tangan aku nak sampai badan ular, aku terperasan aku bermimpi rupanya. Dan yang aku nak hempok tu, anak aku sendiri. Aisha baring sebelah aku.  Hohohoho. Terkezut Aisha pepagi buta mak dia tepok. Hehehe. Macam kelakar pun ada.. Pelik! -- Regards, Siti Fatimah Khairiah M Amin

Hari ini aku nak bercakap mengenai kehidupan.

Hidup ni tak adalah susah sangat. Bangun, bernafas, bersihkan diri, makan, uruskan kehidupan, dan rehat semula. Uruskan kehidupan mungkin mengambil 50% sahaja daripada keseluruhan kehidupan seharian. Mungkin boleh terdiri daripada mengurus diri sendiri atau orang lain. Priority atau kepentingan diletakkan pada mana-mana hal kehidupan yang dirasakan perlu lalu disudahkan dahulu. Pilihan dan persimpangan dalam kehidupan tu perkara normal yang akan terjadi di mana-mana titik kehidupan sehari-hari.  Bila salah pilih, mungkin akan kecewa. Bila betul pilihan, ya mungkin gembira, tapi boleh jadi juga 'Luck' atau bernasib baik. Hari yang lain mungkin tidak begitu bernasib baik. Namun hidup tidaklah boleh disamakan dengan sebuah 'conquest'. Like a game! Tidak, hidup bukanlah sebuah permainan. Langsung bukan. Ini pendapat peribadi. Hidup, untuk dialami, untuk dihadapi. Tiada butang tutup yang available untuk kalam kemanusiaan. Membunuh diri itu, bukan perkara normal! Kan? Jadi, h

Decided

I have decided to reopen this blog today. Let see if i will update it soon? Well, hopefully. I am not myself today. So every words running out my head, is being stalled. I think, it is inappropriate, so i stalled them. So here we go....

Love is UNEXPLAINABLE..

Nobody ever would explained what love truly is.. You gonna misspelled every single details you are trying to spill No can do.. It can never be true.. No to mention true love, never exists, like when you watched it in the movies. It hurts, it does hurts.. Though with a totally different ways..  different angles.. different perspective.. Thus, the truth about love is different.. from different angles.. different person.. As for me... It will always insatiable.. It will always remain demanding.. Even as careful as we can be, we will still be hurting one another.. But as god will,  we will stay true to each other, love one another.. InsyaAllah...  -- Regards, Siti Fatimah Khairiah M Amin

Kesilapan

Manusia biasa mana boleh lari dari kesilapan. Benda tu kan lumrah yang tak boleh dielakkan dan tidak disengajakan. Yang masalah, bila manusia lain tak boleh terima kesilapan orang lain. Contoh nya Siti Nurhaliza menyanyi ke laut. Adalah sebab-sebab nya tu. Dia kan manusia. Cepat je ada yang kutuk. Down kan orang tu. Entah apa punya attitude entah. Kutuk sana. Kutuk sini. Tak payah carilah kesilapan orang. Mesti akan ada! Sebab dalam dunia ni, tak ada sesiapa pun yang perfect. Kadang-kadang dah habis elak pun, ada juga. Tak boleh elak. Boleh lebih berhati-hati je.  Kadang tu hampa, sebab dah berhati-hati tapi jadi juga. Terlebih hampa, sebab semua prevention, precaution dah buat, tapi jadi juga. Mana nak tau. Kalau benda dah nak jadi. Haih! -- Regards, Siti Fatimah Khairiah M Amin

Besan..

Image
Dia ni memang selalu ada. Besan detected. Rajin ko ek fazi, walaupun jauh di mata dekat di blog gituu. Hehehe. Hai Fazi. Eh ko kan tu? hehehehe. -- Regards, Siti Fatimah Khairiah M Amin

Struggles

Allah sedang menguji saya. 1. Tak ada phone - no big deal. 2. Tak dapat bercuti oversea - no big deal. 3. Tak dapat beli perabot mewah - no big deal. 4. Tak ada maid - no big deal ( hahaha. teringin jugak rupenye ek? ;p) 5. Tak ada air cond dekat hall - no big deal. Tapi untunglah... 1. saya ada suami 2. saya ada anak-anak 3. ibu bapa saya dan suami hidup lagi 4. adik-adik saya yang hormati saya 5. adik beradik suami yang hormati saya 6. kawan-kawan yang sentiasa ingatkan saya 7. ada rumah untuk berlindung, membersihkan diri, beristirehat bersama suami dan anak-anak 8. ada kereta untuk memudahkan urusan harian saya 9. ada internet 10. ada kerja tetap - makan pakai lebih dari cukup walaupun tak mewah 11. sedang dalam semester akhir pengajian peringkat sarjana Alhamdulillah..... Alhamdulillah.... Nikmat yang mana lagi yang saya dustakan? -- Regards, Siti Fatimah Khairiah M Amin

Down

Ase down la 2 3 harini. Server Down.. Mood Down.. Mental Block.  Harap tak berpanjangan.. Amin. -- Regards, Siti Fatimah Khairiah M Amin

Drainage Bag Seorang Perokok

Image
-- Regards, Siti Fatimah Khairiah M Amin

Love Stories

Aku dah mula skeptikal dengan Love Stories. I have just one word : BORING.... Yela, umur aku pun dah berapa, dah tak berapa sesuai kot! (Bluwekkk)... Secara realitinya, drama dan kenyataan jauh berbeza. Dunia 'Too Perfect'; 'Too Easy'; 'Too Plannable'.. Tak sama langsung macam reality. Dalam sesebuah drama, mesti ada Hero dan mesti ada Heroin. Dalam kehidupan, mesti ada kerjaya yang bagus, duit yang banyak dan tidak terkesan langsung dengan kegawatan ekonomi. Kebiasaannya, Hero mestilah kaya. Kalau tak kaya pun, mula-mula miskin, tapi dengan bakat yang terpendam, tak lama tu jadi kaya. Dan kalau kaya tu, terpenuhi dengan bakat yang tak tertampung. Buat apa pun POWDERFUL. Pasti kaya dan banyak duit dan mampu menanggung apa sahaja yang diinginkan oleh Heroin. Apa sahaja! Oh my god, sangat BUKAN REALITI! Heroin pulak, tak perlu kaya. Tapi punya hati yang GOLD. Terima apa sahaja kekurangan sekeliling. Menjadi seseorang yang sangat patuh, observant dan absorb (hadam

warkah untukku hakim

Image
Aku pernah terdengar lagu ni lelaki yang nyanyi. Tapi aku tak tau sapa. Masa tu tajuk lagu pun tak tau. So harini dah tau, rupanya akim yang nyanyi. Allahuakhbar, memang kena ngan suara dia. Mula-mula aku dengar tu lagi mendayu2. Macam lagu lamunanku tu. Aris Ariwatan eh? Ahahaha. Kenangan sungguh lagu tu. Tapi masa lamunanku tu takde kenangan la kan ngan sesapa, sebab belum pandai bercinta. Ahahaha. Lawakkk... Lagu ni mendalam sangat erti katanya, tu aku macam suka. Dia macam terperangkap dalam cinta ngan seseorang yang tak cintakan dia, ke macam taknak dgr ckp dia ke, tapi orang tu pun sebenarnya cintakan dia. Tapi macam tak sebulu la ngan dia kot? Lebih kuranglah. Sama macam situasi Stacey ngn Akim. Bukan Stacey takmo dgr ckp Akim, tapi masa tu kan diorg tak sama agama. Lepas tu pulak, masing-masing, carrier wise tengah busy meletop2 sangat. Serius, sejak diorg kawin, Stacey mengandung, plus dah bersalin ni, Rindu jugak dengan beliau. Lagu baru dia tak pernah tak wow

Isteri, Girlfriend.

Isteri mengandung 6 bulan. Girlfriend ajak kawin. Isteri tak kisah bermadu, Girlfriend (perempuan melayu terakhir..puiiiii.. nak muntah la baca vavi oii huhuhuhu) tak mahu berkongsi (perempuan poyo, taknak berkongsi yang ko pi carik laki orang tu dah kenapa sundal!) huhuhuhuhuh... Pastu dalam dilema dengan soalan : GAGALKAH AKU? KO TAK RASA NAK TEMBAK LELAKI MACAM NI DENGAN M16 atau apa-apa lah senjata tajam.  HUHUHUHU. GERAM LAH KITA BACA CITER KAU NI! OK baru je pagi tadi tulis pasal beautiful mind. TROS HODOH WEIH.. Hahahaha.. Y y Y y Y???? -- Regards, Siti Fatimah Khairiah M Amin

Kahwin..

Eh asyik cakap pasal kahwin je kan? Dah kenapa? Mintak maaflah, isu kahwin memang asyik naik je sekarang. Mula-mula Jennifer Garner dan ex-husband, Ben Affleck. Lepas tu, Bratt Pitt dan Angelina Jolie. Lepas satu, satu. Bebaru ni, Serina dan Salahudin (Gavin) plak. 7 tahun jugak dah diorang kahwin. But been separated for 1 and half years. Reason being, Serina tak mahu cerita, tapi thankfully the bapak memang tells everything, So macam tau jugak kenapa.  Anyway, aku tak nak cakap pasal puncanya. Tapi, the bapak mentioned about Serina being bullied by the husband for years. And kalau baca dari apa yang the husband said pun, memang nampak la dia sangat ego, dan tak mengaku salah. Bukan aku biased, tapi tengok sendiri la apa the husband's said, "Dia keluar dari rumah, dan saya tak tahu apa-apa". What? Setahun setengah you dont know anything? Nampak sangat keegoan you yang melampau. Kalau you sayang your wife and your healthy family, you will ask your wife why. If you want to

Gaji Lambat Lagi..

Just nak cakap.. Ada 1 kedai baju ni. Saya suka saya suka material dia. Kalau termasuk situ habislah. Mesti terbang beberapa rat. Huhuhuhu. Tapi ku tahan jebat. Ku tahan. Lately, dia boleh pula hantar link boleh beli online. Sabarrr jelah! Tapi ku scroll2 jugaklah. Mujur, opis memang block link sewaktu dengannya. Mujur sangat. Tapi today is Friday. Friday is leisure day. Saya yang announce begitu.  So, kalau berkenan boleh lah pegi. Hi hi hi. Scroll punya scroll, Tak ada yang muslimah compliance. Ketat. Singkat. Memang kena tolak tepi. Tak minat dah u. 100 email u semua macam tu. Ketat. Singkat. Tak muslimah compliance. Tapi color, pastel. Simple. Clean n Nice. But no no. Kita ulang balik: Ketat, singkat dan tidak muslimah compliance. So babai. Sila ketepi! p/s: Masalahnya dah set itu spam mail. Tapi still buka folder spam and scroll2. Penyakit kan? -- Regards, Siti Fatimah Khairiah M Amin

Tak Sempurna..

Image
Semalam Hari Ni Not perfect. Nobody is perfect.

Tazkirah Mengenai Kisah Sedih...

Kenapa dalam dunia ni kita perlu rasa sedih, hiba, sentap, marah, tak puas hati, sakit hati? Mudah jawapannya, kita manusia yang penuh dengan perasaan. Kita lahir dengan pakej emosi. Dan sebagai manusia yang dilahirkan PEREMPUAN, kita tak mampu simpan semua emosi itu dan menjalani kehidupan indah seperti biasa. Perempuan perlu meluahkan.  Sebab tu la, kepada perempuan lain yang kita luahkan, pantas perempuan itu akan jadi pendengar setia merangkap teman karib. Sebab dia sudi mendengar. Walau dengan atau tanpa prejudis. Prejudis adalah kebiasaan emosi. Siapa mampu menahan emosi? Ketahanan emosi suatu cerita lain. Kita cerita di lain hari. Kepada perempuan, tolong jangan simpan emosi mu. Tidak di media sosial, luahkan lah kepada teman karib mu. Semoga suami mu seorang yang sudi mendengar. Dan biasanya suami lah insan terbaik. Tanpa prejudis. InsyaAllah. Kalau yang dengan prejudis pun ada. Tak apa, asalkan dia sudi mendengar. Kepada lelaki, tolonglah dengar luahan isteri anda. Lain kalau

Cerita Maths

Malam tadi firdaus mintak ajarkan Mathematic. Silibus sekarang ialah membuat operasi tambah dan tolak terhadap nombor pecahan. Nak pecah kepala mak kau fikir, macam mana nak bagi anak faham. Cikgu bagi soalan, 2 soalan sahaja. Dia dapat jawapan dan bersiap-siap nak tidur. Ehh mana boleh. Being you mother, i know, 1 or 2 soalan tak mencukupi. Lalu menjadi radio karat dok ulang-ulang prinsip matematik. Kalau dapat jawapan 2/4, kena kecikkan, jadi 1/2. Kalau dapat jawapan 3/1, akan jadi 3 sebagai jawapan terakhir. Bayangkan, ada 3 bola, nak bahagi kepada seorang, berapa seorang dapat? (3/1 = 3). Faham tak? Muka blur. Mak is sentap bercampur risau. Ok cuba buat 7/3, dapat berapa. Tak tau. 7/3 boleh buat 7 bahagi 3. jawapan letak kt tepi, baki letak kt atas. So dapat 2 1/3. Paham tak? Tak puas hati bagi lagi soalan lain banyak-banyak. Dia buat, dan betul. Ok faham. Jom tidur. Begitulah, closure yang harap berpanjangan. Semoga tersemat dijiwa ya Firdaus. Huhuhuu. -- Regards, Siti Fatimah Kha

Peluang dan Pendedahan

Hafiy dapat terpilih masuk pertandingan bercerita mewakili sekolah agama dia. Alhamdulillah. Itupun jenuh pujuk suruh masuk. Dia sangat tidak berkeyakinan. Tapi rasanya, inferiority complex dia tu Allah swt memang bantu. Masa dia 6 tahun, dia dapat award masuk pertandingan Robotics. Semua pun tak target dia menang. Dia dapat award Kesungguhan/Detemination. Masa bertanding, dia tau dia takkan menang, tapi dia buat bersungguh-sungguh dan rajin. Alhamdulillah. Mama dan abah pun tak harap dia menang. Kami berniat untuk beri beliau pendedahan. Anak-anak yang lain pun kami treat begitu. InsyaAllah. Cuba adil dan saksama untuk semua.  Ni dia darjah 2, ustazah pilih dia untuk masuk pertandingan bercerita. Hampir sebulan juga berlatih di rumah dan di sekolah. Setiap kali berlatih, dia akan down. Ada 3 orang ustazah latih, tengok macam mana ustazah kata, mungkin 2 atau 1 sahaja yang akan terpilih. Hari-hari balik rumah dia akan minta untuk tarik diri. Dan hari-hari Abah akan cakap, tak boleh Haf

Kahwin atau sewaktu dengannya...

Dear one and only, MYSELF. Hidup berkahwin ini subjektif. Lain orang lain penekanan. Ada juga yang sama, tapi lain pengakhiran. Tak boleh taksub, kata atas sebab-sebab kehebatan, maka kekal. Tak boleh angkuh, dan berkata, atas sebab-sebab cinta teragung, maka kekal. Tak boleh juga anggap diri masyhur, maka tak mahu terus terikat. Mahu terbang bebas, meninggalkan jerat pernikahan. Iya, pernikahan itu memang menjerat. Terjerat amanah. Terjerat tanggungjawab. Terjerat zahir, lahir dan batin! Itu memang realiti. Tapi tak perlu angkuh, tak perlu memandang rendah.  Ujian pada semuanya. Adil dan saksama. Masih berkahwin, ujian. Sudah tidak bersama, ujian. Titik. -- Regards, Siti Fatimah Khairiah M Amin

Langkawi 2017 Sum Up

Day 1, Khamis 3am gerak dari dengkil Subuh di RnR lupa nama.  Sampai Kuala Perlis dalam kul 10am. Mandikan anak-anak, pasal mama dah mandi kul 3am tadi. Abah dah mandi kt RnR subuh tadi. (Pssttt mama paling busuk wakakaka) Lepas daftar kat Roro Ferry Langkawi, dah pre-booked 2 months prior, Kami pegi lunch kat kawasan sekitar. Dalam purse masing2 ada Rm50 ja. Tetibe rasa macam neves. Takot tak jumpa mesin ATM. Bayangkan budak-budak ni pegi bantai makan ayam goreng, kena sampai RM40 untuk lunch ja. Dah tinggal 10. Nak dinner apa karang? Menangis! Hahahaha. Lepas tu, siap isi minyak, takleh pakai cc, rm50. Nak menangis. Tapi buat2 rileks je. Terlupa nak draw duit lebih awal. Naik fery dalam approximately jam 1230pm. Susun-susun elok dok depan skali bawah panas. Selamat lah kau WSK di situ. Tapi legaaa, dapat naik atas, ada kawasan berekon dan ada play movie. Masa pergi ni movie chinese kantonese. Sarikata macam jilake, tapi boleh lah paham sikit2. Ujung2 ada ucapan plak, Semoga mudah fah

Percaya Anak Kita?

Percaya tapi tak perlu melulu. Aku risau sebenarnya. Risau bila anak-anak aku masuk kategori REMAJA. Bilamana curiousity at a very high level and as parents, i might not cope. Curiousity kills the cat! Walau dengan sembilan nyawa! Skills parenting haruslah ke tahap yang ado2! Ado ke? Hahaha. Oklah. Minda kacau bilau tapi nak mencoret jugak. Itu aje. Bai. -- Regards, Siti Fatimah Khairiah M Amin

Hari Ini Dan Semalam,

Apa yang telah anda lakukan semalam untuk menjadi seperti hari ini? Apa kebaikan dan usaha yang telah anda laburkan untuk ada apa yang anda punyai hari ini? Apa kelebihan diri anda untuk berdiri atau duduk dikerusi anda sekarang? Kebendaan disekeliling anda, anda punya, tapi layakkah anda untuk punyai semua itu? Siapa anda, anak siapa, belajar di mana, berkaitkah dengan siapa anda hari ini? We don't deserve what we believe we do because of what we are. That is what i think today. I don't deserve anything of my possession. Many sleeps on the streets, have no home, have no money in the bank, have no food on the table, have no kids, have no husband, have no work, have nothing.. My mother, sends me to a house, when she went to work - someone being raped and tortured by being send by her mother to almost identical situation. I've been to a school in town, to get my certifications on high school examination - a friend of mine, went there as well, somewhere in time, she slipped sc

Yuna to Her Someone

Image
Lets make her jig saw puzzle solved? I highlighted some with similarities with my own life experiences. Well, been there, done that. That is the first step Yuna! -- Regards, Siti Fatimah Khairiah M Amin

Everything Will Fall Into Its Places

Harini aku ucapkan ayat tu kepada seseorang yang memerlukan. Lebih 10 tahun yang lalu, seseorang ungkapkan ayat tu pada aku Bila keadaan jadi penuh panca roba. Semuanya tak kena dan bila berdiri pun rasa goyah. Aku cuba bertenang, tarik nafas dan hembus. Betul ke? Semua ni akan berlalu dan semua ni akan "fall into its places?" Tapi "if she says so" jadi aku agak ia betul. Bila aku bertenang, aku mula nampak beberapa laluan yang aku boleh pilih. Aku ambil salah satu dari laluan tu. Dan dipenghujung simpang, ada lagi halangan. Aku terduduk lagi. Sekali lagi ayat itu menerpa, kali ni aku sendiri yang ungkapkan. "It will fall into its places" Bayang-bayang sebiji bola jatuh ke dalam sebuah lubang, tepat dan kemas, berlegar-legar di depan ku. Aku bangkit, dan berjalan semula. And it works! Really things does falls into its places! Terima kasih kepada sipemberi kata-kata itu! All smiles! Boleh bersurai. Bai. -- Regards, Siti Fatimah Khairiah M Amin

Perempuan

Dalam kepala aku ada 3 orang perempuan yang memang aku follow kisah hidup diorang secara maya. Nak aku senaraikan nama-nama mereka, nanti rasa berdosa pula. Risau juga kot kot nanti viral Hahahaha. Tak viral pun, nanti mesti ada yang ingat aku mengutuk depa. Jujur, aku bukan nak kutuk, tegur, nasihat mahupun membetulkan perbuatan mereka. Jauh sekali nak berlagak ustazah pilihan. Memang bukan ciri-ciri ustazah pilihan pun aku ni. Tapi saya yang rasa apa aku cakap ada positif nya amik la iktibar. Sapa yang rasa tak value, boleh la tekan butang pangkah kat atas tepi kanan tu.  Anyway, dulu before kawin, aku memang suka bercerita. Masa tu memang kerap jugak tulis blog. Tak buat kerja, tapi tulis blog. Wakakakak. Minat betul tulis blog. Masa aku mula2 tulis blog dulu, aku banyak cerita pasal pakwe aku. Hahahaha. Lawak kan. Obses sungguh aku dengan beliau dulu. Satu hari, dia tegur aku, tak ingat la dengan jelas macam mana dia tegur tu. Apa situasi semua tak ingat. Yang aku ingat, dia cakap,

Mama saya tiada baju kurung

Image
Mama beli saya baju raya yang ala2 baju kurung 1 je. Mama fikir. bukan nak selalu pakai pun. Bila nursery request nak pakaikan baji kurung setiap jumaat. Barulah mama sedikit gelabah. Nampak tak baju tu senteng? Kesian pula. Ok nampak gaya kena cari baju kurung untuk anak dara ni. Huhu

Hai Si Penulis

Hai si penulis Si penulis manja yang pantas dan mudah terasa Jika terus begitu Menulis terus terbuku Tak akan pernah mula menulis lagi Hai si penulis Dari kecil ku suka menulis Besar ku tak bisa menutur laju Kerana menutur laju itu penat Kerana menutur laju itu tidak disukai Hai si penulis Semasa kecil ku aku menulis perihal sebuah bas Bas itu buruk Bas itu dipandu seorang tua Si tua itu pemalas Tidak diselenggara bas nya Lalu bas itu rosak Maka nestapalah penaiknya Kerana tidak boleh ke sekolah Hai sipenulis Tulisan ku itu jadi bahan gaduh ayah dan cikgu Cikgu kata tulisan ku tidak masuk akal Ayah kata cikgu sengaja cari alasan untuk menghukum Sudahnya aku Aku yang keliru Mujur keliruku tak panjang Hai sipenulis Aku sedar itu minatku Menulis dalam kerambangan Tidak perlu tujuan Tidak perlu pujian Hanya menulis Hai sipenulis Namun aku butuh perhatian Biar tidak dinobat anugerah Sekadar perhentian Bacaan segelintir Itu sudah mencukupi Sipenulis yang hambar Namun kehambaran ini tidak dic

Diamkan

Banyak betul isu dalam dunia ini yang, kita diamkan, lebih baik. Tapi baik kah kita ini?  Baik di sisi Allah swt kah? Atau baik di sisi manusia lain? Nauzubillah... Isu pengusaha kantin. Di dakwa menganiaya kanak. Kita ni sebagai ibu bapa, asyik nak menjatuhkan dan mencari salah orang lain. Nasi sepinggan, ada ayam seketul RM2. Ya Allah berapa sangatlah pengusaha kantin tu untung? Kita sendiri pun nak beli barang basah, sebulan RM500 tak cukup. Bagi saya yang tak sempat memasak di pagi hari. Ok lah tu. Anak saya kenyang dan hati gembira. Balik malam lapar, dan saya dan suami sediakan makanan untuk mereka. Cukup lah anak2 alas perut di siang hari. Saya doakan semoga mencukupi. Tapi, nak menempelak orang lain yang telah bersusah payah menyediakan makanan anak-anak saya dan ramai lagi ibu bapa lain. Saya tak sanggup. Saya tak sanggup bila mana saya mengupas kepayahan mereka dengan keuntungan yang bagi saya kecil. Ya kecil. Bayangkan kos barang basah, harga minyak dan sewa. Belum lagi sara

PD 2017

Image
10 - 12 Februari Bayu Beach Resort sun burned sons aisha selamat sebab refuse to get into water

"Tahniah, seorang programmer yang berjaya!"

Malu saya cikgu! Huhuhuhu.... Itulah kata-kata motivasi dari seorang guru. Lebih 20 tahun dulu. Saya pernah didenda oleh cikgu berdiri di depan. SAYA LUPA APA KESALAHAN saya. Tapi saya tau kesalahan itu serius. Semua budak lelaki yang berdiri sebaris dengan saya terlibat dengan kesalahan serius itu. Mereka dilempang oleh cikgu. Terasa betul bahangnya muka saya ketika itu. Allahuakhbar. Tapi cikgu tak jadi melempang saya. "Ini amaran terakhir, kamu pengawas, perempuan pula tu!" Dan hari ini, lain pula dialog cikgu. Saya harap cikgu bangga dengan kejayaan saya. Saya tak beritahu cikgu pekerjaan saya mahupun tempat saya bekerja. Ucapan tahniah tu tak tahu saya cikgu dapat tahu daripada mana. Tapi saya terharu dan berterima kasih. Akan saya semat kata-kata cikgu dalam hati saya. Ia jadi sumber motivasi saya sekarang. TERIMA KASIH CIKGU! -- Regards, Siti Fatimah Khairiah M Amin

Software Engineering Mantra

And now, this is my current mantra: you didnt do what you didnt plan write what you plan  no one size fits all good enough is better or is the best is good enough? A Software Quality Journey..... -- Regards, Siti Fatimah Khairiah M Amin

Pengalaman Mengajar Kita Menjadi DIRI KITA

Cewah tajuk. Padahal nak tulis tak berkaitan dgn tajuk pun. Adalah terkait sikit. Sikittt sgt. Masa Firdaus masuk darjah 1. Aku ni risauuu sgt takut dia kena buli, takut dia tak boleh adapt dengan suasana sekolah awam. Sampaikan, aku pernah suggest kt En. Shahrun nak hantar firdaus sekolah private. Alah murah2 je. Tak jauh beza pun dgn bayar tadika dia. Cuma kena tambah kos van jek. Psl kt bangi. Jauh plak tu. Aku dgn En. Shahrun ni, mindset lebih kurang sama. Mgkn sebab nama kitorg sama S, dh tu datang dr UTM. Dah, bulan lahir pn nak dekat2. Sorg september. Sorg disember. So memang pemikiran hampir nak sama. So kitorg sebenarnya tak suka anak2 sekolah jauh. Kalau boleh ada sekolah belakang rumah. Kat situ kitorg hantar. Aku lagi over. Aku fikir, nanti dia naik van, penat. Aku teringat zaman aku sekolah dlu, memang jauh ok sekolah. Susahnya kalau tertinggal van. Aku pernah jalan kaki, pastu pakcik van jumpa aku tengah jalan kaki. Punyalah dia kejar. Yang aku pi lari, sebab takut kalau

Makanan

Dh lama tak menulis. Asek lah meroyan kt fb. Harini nk tulis kt sini. Tp tak la panjang sgt kot... Aku kan jenis tak pemilih sgt kalau nk mkn tu.  Alhamdulillah, asalkan benda tu halal, jarang nk was was sgt. Aku mkn. Boleh kira dgn jari benda yg aku tak mampu accept utk mkn. First of all, serangga2 yg kononnya rasa mcm udang, esp belalang hijau. errrkkkk. Sorry. Nak cuba pun mak taknak k. Tolong jangan paksa mak. Mak rela makan meggi. Huhuhhuhu. Kedua, benda pelik2, selain ayam, daging ikan. Mcm daging arnab ke, daging rusa ke (aku pernah mkn kot. tp mcm. cukoplah, takmo try lg, even aku takleh nk intrepret. ok ke tak ok makanan ni).. landak ke. Kerbau pun. Br ckp ini daging kerbau kembang dh tekak aku. Huhuhu. Mcm arnab n rusa tu, sbb aku rasa depa tu comel, lebih sesuai jd binatang peliharaan. Walaupun, aku bukan jenis memelihara binatang huhuhhu... Ketiga, mcm udang kering, ikan bilis, yg kita buat masak sayur, dh tu dia jd mcm lembik2. Masih berupa ikan bilis, tetapi lembik. No no