November 21, 2014

Majli Penyampaian Hadiah Muhammad Firdaus...

Alhamdulillah..

Usaha dalam less than a month ago, cepat betul dapat habuan nya. Efisyen jugak la cikgu dia buat kerja.

Tapi yang amat-amat bahagia, siapa lagi kalau bukan mak bapak budak sekolah tu. Alhamdulillah..

Pagi tu 19 November 2014, aku memang dh plan nk half day. I wasnt expecting much. Aku dah tau Firdaus dapat no.7. But keputusan dia, ok-ok jelah. Memang banyak sangat peningkatan dari peperiksaan pertengahan tahun, but still, kalau nak compare ngn orang lain.. Jauh sangat beza kot... Tapi, SK Dengkil ni, dpt Sekolah Baiah tau. If u know what i mean? Sekolah biasanya akan dpt Baiah tu kalau dapat pencapaian terbaik dalam UPSR contohnya kalau sekolah Rendah. Macam dah masuk level2 Sekolah elit la(Blom masuk lagi MACAM nak masuk ;p). Kalau nak cerita pasal SEKOLAH ni mcm-mcm jenis sekolah seluruh Malaysia nih. Hihi..

Actually, hadiah kecemerlangan ni, untuk push Firdaus forward lagi. InsyaAllah...Sebab kwn2 lain mesti pun berlumba-lumba jugak. Dia naik pentas untuk Sekolah Kebangsaan. Dalam masa yang sama dia jeles kwn dia dpt naik pentas sekolah agama. So harapnya ini suntik semangat dia lah. Dah main je keje die. Lagipun sekolah agama aku totally surrender la. Psl ntah. Maybe aku pun kene tukar skit cara lah kot. Memang nak taknak kene lah ajar dia. Huhuhu. Buat ulangkaji utk Sekolah Kebangsaan je. Huhuhu...

So mlm sebelum tu En. Shahrun ajak tengok wayang sama2. Tapi hafiy plak ada practise utk konvo day tadika dia plak. Tp dh en. shahrun ckp nk cuti, aku pn EL lah jgk. Lgpn tunggu Hafiy habis practise dh lambat. Nak mkn lg msti lmbt jgk. So bos pn maklum n ckp ok...

So lepas hantar Hafiy n Ammar ke skul memasing, kitrog tros pi skul Firdaus. Breakfast kt kantin skolah Firdaus... Punya la eksaited kn. Awal gila smpt. Pstu lepas tu tak start lg. Terpaksa breakpast. Huhuhu.

Lepas mkn majlis pn start. Masa tu dh start bukak buku aturcara ni. Ini la time touching nye. En. Shahrun boleh tenung buku aturcara tu yg ada page ada nama anak dia. Waaaa tak sangka tak sangka. Mak bapak sengal, tp anak ok plak. Allah jaga anak kami. Amin. Alhamdulillah....

Aku taip ni was yesterday. Pstu mcm alamak, tak smpt nk abiskan tulis. Pstu harini pn mcm malas. Tp sebab, initially, aku nk coret jgk pasal ni. Wpn tak ada apa nak dibanggakan. No.7 je kot? But still, dia macam penyuntik semangat untuk kitorg, to grow as a family. InsyaAllah amin. Dunia ini pinjaman. But still, you have to do, what you have to do. Right?

Firdaus dpt hadiah:

  • 5A
  • 100 markah BM Penulisan dan Pemahaman
  • No. 7 keseluruhan. 
  • Peningkatan pencapaian terbaik (Nama atas skali, bangger mak - Mcm tektik plak. Awal tahun no.45. Tetibe meningkat no. 7. Wakakaka....)
Semoga Firdaus meneruskan kecemerlangan dan menjadi bantu tanda dan contoh untuk adik2, Hafiy dan Ammar. InsyaAllah amin. Semoga semua anak-anak mama Firdaus, Hafiy dan Ammar cemerlang terbilang dan gemilang Dunia dan Akhirat. Amin.....


"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin." 

"Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan"

Bittaufiq Wannajah fil imtihan! Ya rabbi najjihna fil kulli imtihan fid dunya walakhirah..

Ya Tuhan berikanlah kami kejayaan dalam setiap ujian di dunia dan akhirat..amiin











November 03, 2014

Borak Pagi

Assalamualaikum,

Lama betul tak menulis kat sini kan? Entah kenapa hilang idea. Lagipun, kawan-kawan yang biasa singgah aku tengok busy masing-masing jarang singgah jenguk sini. Aku tau Puan Che Hannan yang paling rajin singgah. Sorry Hannan. Busy yang entah apa yang busy nya entah.

Kat office biasalah kan. Neverending tasks.

Kat rumah, tak ada laptop, tak ada internet. Harapkan dataplan henpon. And henpon plak sentiasa kene rampasan kuasa anak-anak. Aku memang nak reduce kan anak-anak pegang fon/gadjet. Antaranya aku sendiri kenalah kurangkan pegang jugak. So- takpegang maka tak cinta lah. Wakaka...

Anyway, aku just nak share apa yang aku borakkan pagi tadi dengan anak-anak.

Malam tadi, Hafiy suruh aku cari tajuk ni dekat youtube- yer dia buat ayat sendiri. Aku dapati Hafiy ni intelek dia memang lain macam sikit perkembangan. Mula-mula perasan dia suka perkataan2 yang bagi aku BOMBASTIK untuk usia dia. Contohnya macam - BERPERIKEMANUSIAAN, MENGANDUNGI.. sumthing like that. Yang bila aku dengar dia sebut, aku ase masa aku darjah 5 pun terkehel2 kot. Memang macam tamparan bagi aku. Macam kalau aku tak pandu/arah dia dgn jalan yang betul.. Hmmm... Risau pun ada dlm masa yang sama. Huhuhuhu....

So dia suruh aku cari ni:
"Orang yang membuat naga dengan kertas"

Confirm takdek la kan? Hahahaha. Dia igt youtube tu pandai sgt?

So aku translate carikan ORIGAMI -tapi dia tak jumpa jgk yang dia nak. Ada la kriteria dia. Aku citer kang tak abis plak citer aku. 

So since aku hanya tau 1 origami ni je. Aku buatkan lah. Origami Burung.

Pagi tadi lepas aku mandi, tengah pakai2 krim. Firdaus dah hulur kertas suruh aku buat. Masalah bebudak ni, takmo 1. Nak banyak2. Pstu asek bukak2. Pasal kononnya nak belajar, tapi tak paham.

Aku cakap la, tak sempat mama nak buatkan, mama nak pergi kerja ni. Nanti petang mama buat.

Lepas tu Hafiy dtg bwk bekal nugget, ammar pun dtg suruh aku bukakkan bekal tu. Abah dia dh jeling - tak kasi mkn dekat dlm bilik. 

Tgn kanan Hafiy bekal nugget. Tgn kiri Origami Burung yang dah siap.

Masa aku tengah kelam kabut, aku nampak la Firdaus amik Origami Burung Hafiy dan bagi Hafiy kertas yang dia hulur dekat aku tadi. Being Hafiy, anak yang tengah, yang selalu mengalah, dia tak gaduh, sebab kalau dia gaduh, dia tau dia yang kalah. Lepas tu, Ammar pulak rampas kertas tu dan bagi dekat aku. Since kertas tu dh kt tgn aku, Hafiy pun tak rampas dh kat Ammar.

Hafiy biasanya pagi2 memang sangat sangat suci murni sikit hati dia. Jarang sgt dia nak ajak gaduh pagi2. Tak gaduh ngn abg. Tak pukul adik. Towards petang tu baru dia rebel sikit and extra sugar in his blood- i dont know why, mungkin sebab dh tak larat nk menanggung kot. Both Abang ngn Adik memang buli dia. Firdaus and Ammar share same perangai - rasanya based on observation aku.

So aku pun decide utk buatkan origami. Which i dont have much time left. But i suppose, i have to- so.

Masa buat, Firdaus dah mula pulangkan origami yang dah siap tadi kt Hafiy. So aku tak bagi, then aku ckp.

Mama : Firdaus tau tak kenapa mama tak bagi Firdaus tukar lagi?
Firdaus : Tak tau...
Mama : Tadi mama tak mo buat burung Firdaus tukar kertas dengan burung dekat Hafiy kan?
Firdaus : Ha ah (sambil senyum pasal terkantoi dengan aku).
Mama : So, sebagai HUKUMAN Firdaus tak dapat yang baru, Firdaus kena amik je burung yang Firdaus tukar lagi (Being me, i tak mo tukar panggilan Firdaus kepada Along ke Abang Long ke atau sebagainya. Sebab niat aku panggil nama tu memang aku nak dia jadi penghuni Syurga. Amin... Dan masa dia besar dah ada anak buah pun aku nak Anak Buah dia panggil Pakcik Firdaus jugak...... Dan kalau panggil nama jarang - hampir tak pernah, aku panggil dengan nama lain.... Huhuhu)
Firdaus : Kenapa pulak?
Mama : Inilah akibatnya, tukar dengan adik, rampas mainan adik. Firdaus buat tadi tu jahat ke baik?
Firdaus : Jahat ( i see him truly understand, his bad habit just now)
Mama : Dah tau jahat buat lagi, inilah akibatnya. Kalau Firdaus tak tukar tadi Firdaus dh dapat yang baru dah kn? Ha ni, amik yang lama tu. Yang ni Hafiy punya...

Since aku explain, Firdaus paham, dia tak amik dh dekat Hafiy. Bukan slalu dapat explain macam ni. Biasanya memang tak smpt explain dan benda dah jadi sebaliknya. Alhamdulillah syukur...

Tapi aku tak sempat habiskan sampai siap, Ammar dan bising nak suruh bukakkan bekal. En. Shahrun pun dah siap pakai baju. So kelam kabut turun and nak gerak dan pi kerja.

Smbil aku load barang dalam kete. Dan Ammar dan Firdaus masuk kereta. Aku cari En. Shahrun utk salam. Lepas tu aku tengok Hafiy masih kt tangga baru nak turun. 

Bila aku tengok dekat tangan hafiy, dan siap dan dia lipat. Dia cakap, mama, smpai sini je hafiy dapat buat. Eh ok la tu. Dah siap. Pandai anak mama. AKu soh dia salam and cium dia.

What a nice memory... Saja aku nak cotetkan. :D....

Ok bai.. Dah lama sgt ni habis masa kt sini. Huhuhu

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin