October 25, 2013

Salam Jumaat - Minggu Berdarah

Ini pendapat aku lah.. 

Astargfirullah al azeem....



Kejadian pertama - Pelajar 15 tahun yang mempertahankan maruahnya sehingga dibunuh, dimasukkan ke dalam beg dan di buang pulak. 

Kejadian kedua - pegawai bank ditembak semasa menjalankan tugas. 

Kejadian ketiga - Seorang penjual rokok yang siko, menikam ala rambo 4 mangsa. 2 parah dan 2 meninggal dunia
.

Kejadian lain yang juga melibatkan kematian - empangan di Cameron Highland. Pecah ke melimpah ek? Hehehe, tak fokus sgt time brite.

Kejadian sebelum minggu ni - motor yang eksiden di Putrajaya tu.

Aku terpanggil untuk menyeru sekalian rakan pembaca blog aku. Tak kisahlah korg memang kawan aku tau sekadar singgah nk baca. Sorry kalau aku agak poyo... Tp aku rasa, sudah masanya kita keluar dari kelompok pemikiran dunia ketiga. I'm not talking about politics here, cuma aku rasa wajar ada sedikit keterbukaan dalam pemikiran kita. Aku pun ada kekurangan juga sebab terlalu terbuka dalam pemikiran. Aku pun ada egois aku sendiri. Tapi sama2 lah kita saling mengingatkan yer. Insya Allah...

1. Mohon berhenti sebarkan gambar-gambar mangsa yang telah meninggal. Sayu hati keluarga, ibu bapa, suami/isteri, anak2 sekiranya keaiban mangsa dipertontonkan. Contoh kitalah mangsa tersebut dan gambar kita dipertontonkan. Apa perasaan kita? Aku dah lama perasan benda ni tak baik. Dlu ada org sebarkan gambar bayi yang dibuang dan bersemut. Tak boleh ke sekadar menggambarkan keadaan dengan perkataan? Tak perlu nak dipertontonkan. Yes, picture worth thousands of explanation rather than words.  But it just hurts me or aku ase ramai juga yg lain hurts to see it. Hurts kalau setakat sebab kesian ok lagi. Kalu hurts the mind?

2. Andai kata anda salah seorang manusia yg beruntung tetapi berakal yang mempunyai peluang menangkap penjenayah. Jgnlah dihukum penjenayah berkenaan sblm org itu di bawa ke muka pengadilan atau jatuh ke tgn penguat kuasa. Dari aku kesian dekat mangsa yang dibunuh dan dicederakan jadi aku kesian dekat penjenayah tu. Sebab percayalah, anda mungkin terover hukum OKT tersebut. Kalau ni memang sah2 kes bunuh ok lagi. Andai kata anak anda sendiri, org tersalah anggap dia penjenayah padahal dia tak buat mcm mana? Fikirlah sebelum bertindak. Fikir kesan dan fikirkan mungkin anak, adik, atau sesiapa sahaja ahli keluarga kita, rakan taulan yang kita sayang. Mungkin juga mereka pun boleh ditempat yang sama.

Tapi walau bagaimanapun. Bagi aku penyebaran tentang stories tu memang wajar. People may take precautions.. 

Apa-apa pun, kebenaran, yang terbaik hanya dari Allah swt. 

Chill people and peace. Wallahualam....

Sekian, tq. ;p

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

October 24, 2013

Life

Ok kali kedua dh tulis.

Nampak sgt aku boring benar harini kn? In fact, mulut aku pun tak berapa diam. Mcm2 aku ckp mcm2 otak aku fikir. 

Dun know why.

Tapi harini mmg mcm2 jadi pun. Mcm semua benda pun memerlukan aku fikir.

Aku mcm dh naik gila ke? Nauzubillah.. Huhuhu....

Benda2 yg jadi tu bkn lah ada kaitan ngn aku secara langsung atau tidak. Tp benda2 tu membuatkan aku berfikir, merasa simpati dan mcm2 lah perasaan.

Ok la aku nk pegi solat. Br nk solat zuhur. Huhuhu.

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Ketenangan

Laut, Biru, Udara sepoi-sepoi, Pandang, Hadam...

Tenang....

Tarik napas lepas..

Bukak kerja, bukak blog, 

Bukak kerja, bukak fb,

Bukak kerja, salah buat kene buat balik. 

Tarik tapas lepas...

Laut, Biru, Udara sepoi-sepoi, Pandang, Hadam...

Bc balik kt atas smpai bawah..

Sabaq naa... Huhuhuuh

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

October 23, 2013

Poyo

EEeeeeeeeee geramnyer geram nyerrr...

Dekat suami sendiri.. Hahhahaa.....

Eh gelak plak....

Kita ajak pi jln2 takmo. Sombong byk kerja la apa la...

Pstu kita dh komit ngn tugas tetibe dia plak ajak pi jln. 

Pstu kata kita plak poyo...

Eeeeee geramnyerr...

Hehehe.. 

Saje je nk gedik... Release tensen jap. 

Eh nk buat mana 1 dlu nieh.... Huhuhuhuhu

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

October 21, 2013

Hujan

Hujan rahmat 2 3 hari ni kan? Alhamdulillah...

Bagai membasuh segala luka
Bagai membersih segala dosa...

Wallahualam....InsyaAllah...

Sejuk dan nyaman je dlm hati. :D

Skg ni pagi2, en. shahrun mcm otomatik bgn, solat turun dapo buat brekpes utk anak2. Hohohohoho. Bagus kn? Siap basuh pggn mlm td bagai. Huhuhuhuhu.............Aku mcm berterima kasih sgt sgt.... Harap aku buat sume mmg tak buat la.

Stail aku ngn en. shahrun dlu. Mana smpt buat buat. Mana tak terbuat biakan. Hohohoho....(Kain bj atas sofa melambak tak berlipat nih. Kain baju kerja en. shahrun melambak tak bergosok nih. Huhuhu)

Tu mata en. shahrun dh sakit sgt la tu. Last2 dia buat.... Mana yg aku smpt tolong aku buat kn la.... Tp skg dh jd mcm tugas utama dia. Sbb mmg dia je yg dok buat. Hihihi.

Aku uruskan anak2.. Dr mandi smpai siap. Beg2 anak2. Anta amik anak2. Layan anak2. Susukan anak2.  (cewah sj je nk bg nmpk byk kerja aku, hohoho)

Melegakan beban isteri tu sunnah Rasulullah saw kn? Itu memang perwatakan dan perbuatan Rasulullah pun. 

Contoh ada sahabat citer. Rasulullah balik rumah. Kira kt luar dh penat la buat mcm2. Balik2 rumah. Tgk2 takde apa kt dapo. Tros dia yg preparekan. Bersih2 kan rumah. Kemas2 apa yg patut. Then br dia duduk and bermesra plak ngn anak isteri. 

InsyaAllah, dpt pahala meneladani Rasulullah saw. Amin...Hehehe...

Ohye, wiken aritu aku buat 2 benda baru dlm idop aku...

1. Rainbow cake. Sonang baitu gilerrrrr. Janji ade mixer. Eee tak sabar nk bli mixer. Jd tu jadi tp ase kene bakar lebih lama skit ngn api perlahan.. Pstu kene bahagikan sama byk....Br lah nmpk cantik je kn... 

2. Kari Tulang Lembu.... Masa nk masak tu en. shahrun just ckp. Masak tulang ni. Aku pn prepare2 ler nk buat sup. Mmg selama ni dok masak sup jela. Pejam mata pun bleh sedap dh skg. Ehem2.. Hehehe. Skali en. shahrun kata nk buat kari.. What...... Kari ikan, daging, ayam tu besela buat. Kari tulang tak penah lak. Tp sebab tulang ni kena masak lama kan. So kari tu mmg betul2 masak. Ada beza tau kari yg masak ngn kari yg tak ckp masak... Bila kari yg overcooked. Rasa dia wallah nalek sapedek. Siyes wa ckp lu. Dh mcm kari kawah dh. Hehehe. So next time boleh masuk dlm list menu. :D....

Sekian, sj je nk melaporkan. 

Ok jom wt keje. bai. :D

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

October 11, 2013

Tuhan Aku Terbiasa

Tuhan aku dh terbiasa
 
Balik rumah tv ku menayang wajah-wajah merah kuning hijau
Kartun Kartun Kartun
 
Menayang tendangan-tendangan padu
Bola Bola Bola
 
Aku tak tahu lagi apa cerita terkini
Tak tahu lagi siapa hero terhebat
Heroin tercantik
 
Aku dah terbiasa
 
Tuhan aku dah terbiasa
 
Kadang-kadang hati pantas hendak berkongsi rasa
Tapi aku matikan niat
 
Kadang-kadang tangan pantas menari-nari kehendak hati
Tapi aku padamkan tarian
 
Aku tak betah lagi berkongsi hati nurani
Marah, Sedih, Kecewa atau apa-apa pun
 
Tuhan, aku dah terbiasa
 
Pergi ke pejabat, aku mahu disalami, diciumi dan disayangi
 
Balik dari pejabat aku mahu ditenungi, dicari dan dibutuhi
 
Aku dah terbiasa
 
Aku tak rasa ada yang kurang
 
Aku bersyukur
 
Lalu aku buntu
 
Andai aku pergi dulu, Aku belum betul betul bersedia berdepan dengan realiti aku seorang yang penuh dosa
 
Tapi kalau mereka meninggalkanku?
 
Bagaimana harus aku teruskan tanpa keterbiasaan ku?
 
Allahuakhbar
 
Buntu.....
 
Tuhan, sesungguhnya aku telah terlalu terbiasa....
 
~~ Bersambung - kalau ada masa laa. Hihihi

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

October 04, 2013

iPhone 5s - 50 juta tahun lagi.

Apple iPhone 5s (32GB, Gray, iPmart Warranty)




  • 30 Days Return
  • 1 to 1 Replacement
    within 7 days on manufacturer defects
  • Free Pickup
    within 14 days on manufacturer defects
*for malaysia customer only





Item ID : 
396701
Apple iPhone 5s (32GB, Gray, iPmart Warranty)
IPHONE 5S
 
 
Seller : IPMART
 
Condition: BRAND NEW
RM 3,249.00

October 01, 2013

Tolong Jgn Beritahu Anak Buah Saya

Few dah boleh bernapas. Alhamdulillah.
 
Dh pndai bwk diri dh kt tmpt br.
 
HAHAHAHAH dh dokek 3 bulan br nk menyesuaikan diri. PUIIIII sgt. ;p...
 
Anak2 buah masing2 dh ada tugas sendiri. Perghhh diorg mmg tak bernapas la kot.
 
Ada kerja aku buat. Ade kerja aku delegate. Tak semua aku delegate.
 
Tibe2 kerja yg aku buat dh settle kowtim.
 
Ada kerja lain ke? Ase mcm ada. Tp di mana ya? Oh emel lasweek tak abis check lg. Hohohoo..
 
Sgt poyo kn? Nk update blog?
 
Ammar dh boleh jalan 2 langkah - usia dia 10 bulan sminggu. Jatuh bgn jatuh bgn. Nnti dia dh fully walking aku update lg ek? Ada sesapa kesah? Hohohoho...
 
Ammar dh tumbuh gigi 4 batang. Last thursday tumbuh sebatang. Alih2 arini nmpk kuar 4 btg. Aku ckp ngn teacher as usual smlm lg dia dh nmpk. Hpmmphhh.. Takpelah. Redho la Ammar ada awek br ken. Hehehehe...
 
Firdaus dh boleh baca komik. Sikit2 aku bacakan english word. Ntah dia igt kt tak ntah. Ayat dia, Firdaus dh igt ada dalam otak Firdaus dh. Pstu abah dia tanya. Tau ke otak tu apa? Otak tu dlm kepala ni la. Hahahaha. Klaka aku ase... Heheeh..
 
Hafiy, ermm mamat tu kasanova semcm. KWN2 DIA YG BAIK SEMUA PEREMPUAN!!! YG LELAKI SEMUA JAHAT@. Awak tu kalau main ngn org lembut2 xpe jgk. Main pn boleh tahan ganas. TP kalu kawan dia ganas dia takmo kwn. Adabaika? Adoiai... Lantak ko la situ nak. Huhuhuu..
 
Dr 2 minggu lepas dok mimpi nk buat RAINBOW CAKE - Hati, teruskan bermimpi okeh. Hahahah.
 
Ok bai. :D

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin