Teks Ucapan
First Time buat.. here is how it goes. Ok tak? Ho ho
TEKS UCAPAN ALUAN dot dot dot UNTUK SESI dot dot dot
Tarikh sekian sekian
Tempat sekian sekian
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Yang Berusaha Tuan bla bla bla
Yang Berusaha Puan bla bla bla
Yang Berusaha Encik bla bla bla - incik vendor
Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin yang saya hormati sekalian
Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang dan juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua kerana sudi hadir bagi menjayakan program ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak dot dot dot khususnya dot dot dot kerana telah sama-sama dengan kami bagi menjayakan perlaksanaan projek pembangunan Sistem dot dot dot.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Seperti yang tuan-tuan sedia maklum, Sistem dot dot dot dibangunkan bagi memudahkan urusan pendaftaran dot dot dot serta meningkatkan tahap kecekapan dan perkhidmatan di dot dot dot seluruh Negara.
Pelaksanaan Projek Pembangunan dot ini telah dibuat melalui dot pada tahun 2010. Sistem dot telah dipertanggungjawabkan untuk dibangunkan oleh Syarikat dot dot dot Manakala pengeluaran Kad dot pula telah dipertanggungjawabkan oleh Syarikat dot dot dot
Pada masa ini Pihak kami, kementerian dot dot dot bersama-sama Jabatan dot dot dot sedang melaksanakan Latihan dan Perluasan dot mengikut Zon. Dan Zon Sabah merupakan Zon yang ke lima. Manakala, Empat Zon terdahulu iaitu Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Utara dan Zon Timur telah selesai dilaksanakn. Zon yang terakhir ialah Zon Sarawak.
Dengan adanya dot, dot dot dot atau dot boleh membuat permohonan Kad dot secara online. Selain memudahkan urusan pendaftaran dot, dot juga diharapkan dapat mempercepatkan proses pendaftaran dot di mana dot dapat mewujudkan rekod masing-masing melalui sistem secara online.
Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan-tuan yang telah sama-sama terlibat dalam sesi User Acceptance Test dan Final Acceptance Test dan telah sama-sama terlibat dalam proses penambahbaikan sistem menjadi sebuah sistem yang lebih baik seperti hari ini (ni poyo sket. ada aku kesah? hohoho). Walau bagaimanapun, saya mengalu-alukan teguran penambahbaikan daripada tuan-tuan sekiranya masih terdapat kekurangan pada sistem dari masa ke semasa terutamanya pada sesi kali ini.
Sedikit mengenai program kali ini yang ingin saya sentuh ialah:
1. Program akan terbahagi kepada beberapa modul iaitu Modul Pendaftaran dot, Modul Pemadanan Kerja, Modul Latihan dan Kursus dan yang terakhir Modul Laporan dan Statistik;
2. Pada hari kedua, tuan-tuan dan puan-puan akan diajar bagaimana menggunakan kamera yang akan diedarkan oleh pihak dot dot dot.
3. Tuan-tuan dan puan-puan juga dialu-alukan untuk mengemukakan sebarang komen penambahbaikan pada sesi ini; dan
4. Tuan-tuan dan puan-puan juga diminta untuk memberi cadangan tentang bagaimana sistem akan digunakan melalui sesi Latihan Dalam Kumpulan.
Akhir kata, pihak kami mengharapkan agar sistem ini dapat digunakan secara menyeluruh di pejabat tuan-tuan dan puan-puan. Semoga sistem ini dapat meningkatkan lagi kecekapan dan perkhidmatan sedia ada di pejabat tuan-tuan dan puan-puan. Sebarang kesulitan dan kekurangan sistem amat saya kesali dan pihak kami akan mencuba sedaya upaya untuk memperbaiki kekurangan tersebut.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Hehehe...
--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin
Comments