Baki kekuatan

Maria pasrah kalau ini ketentuan. Kalau hatinya takkan pernah berubah. Kalau janji tuhan, bahagia di hari muka. InsyaAllah. Maria yakin dengan kehendak tuhan. Muka Maria sedang dirias oleh pak andam untuk majlis perkahwinannya. Lega juga hati sebab majlis pernikahan semalam berjalan lancar. Dia sekarang sah bergelar isteri kepada Nazri. Namun, Maria pasrah kalau perkahwinan ini bukan kehendak Nazri.

"Dik, kau ni nak kahwin. Senyum la sikit dik oi. Hilang manis seri pengantin!"

Maria cuba menguntum senyum. Namun kelat, pahit dan hambar. Sebak di hati tuhan sahaja yang tau.

Tiba-tiba puan rohana muncul di bibir pintu biliknya.

"Ya ok?"
"Ya ok mak, makanan semua ok ke?"
"Ok jer, cantik anak mak!"

Maria tersenyum lagi. Pahit lagi. Puan rohana mengerti. Namun tiada dapat dibendung lagi, air mata Maria menitis. Terharu dengan ibunya yang sangat menghormati keputusannya. Walau ibunya tidak menyukai Nazri, namun ibu dan ayahnya tetap membanting tulang memastikan majlis puteri mereka berjalan dengan lancar.

"La puan maria! Awak menangis pulak. Abg jo nak kene pi cari tisu jap. Aishh!"

Puan rohana tersenyum melihat gelagat abg jo. Lalu datang kepada Maria lalu memeluknya. Cuba memujuk, namun pasrah bila air mata semakin laju membasahi.

"Ya takut mak, mampu ke ya mak? Mampu ke ya nk hadapi semua ni?"
"Takpe ya, ni ketentuan tuhan. Kita terima je ye nak."

Semalam Maria menerima sms yang berbunyi:

"Awak jangan teruskan perkahwinan ini. Saya baru selamat bersalinkan anak Nazri. Tolonglah, awak pun perempuan awak mesti faham!"

Tak sempat untuk maria berbuat apa-apa. Majlis telahpun berlangsung. Nazri akhirnya dinikahkan dengannya.

Betul ke perkara ni? Betul ke?

Bentak hati Maria yang telah siap dirias. Kesucian wajah perawannya tetap terserlah menyembunyikan perasaan tidak keruan. Nazri tetap tersenyum memandang isterinya yang sah. Bangga! Nazri tekad untuk melayari bahtera ini jikalau ini kehendak ibu dan bapanya. Dia tekad untuk berubah. Tapi tuhan penentu segalanya.

[KPWKM]

Comments

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed