Baki Kekuatan
Berat kaki Maria melangkah masuk ke dalam rumah agam yang hampir mencecah 3 tahun lebih diduduki bersama suami tercinta. Lebih berat lagi langkah kaki itu, daripada langkah kaki nya sewaktu keluar daripada kereta. Satu keluhan dilepaskan bagi menghilangkan beban di hati.
3 tahun berlalu pergi dengan sekelip mata. Tanpa sedar. Tanpa dia mengerti. Apatah lagi 2 cahayamata yang cerlang tersenyum memandangnya. Cahaya bulan hatinya itu tidak memahami walau sekelimit kisah hatinya yang berlegar-legar ini.
Bau semerbak pencuci lantai menusuk hidungnya saat Maria mencampakkan kunci rumah di atas meja. Dalam jerih payah semalam sewaktu meninggalkan rumah itu, sempat lagi Maria membersihkan rumah itu. Seolah-olah dia membersihkan luka dihatinya yang bagai dicarik-carik. Sambil matanya menyusur satu persatu perabot dan peralatan di dalam rumah itu, sambil mindanya berlegar-legar peristiwa yang baru sahaja berlaku malam semalam.
"Kata, nak balik kampong dah pukul 12 malam ni kenapa tak sampai rumah lagi?"
"Nantilah! Nanti aku balik" Langsung tiada berhalus lagi jawapan daripada Nazri. Seri dan manis perkahwinan mereka terasa hilang dengan sikap Nazri itu.
"Kalau macam ni, awak balik sorang lah" Ganggang diletakkan.
Tersentak Maria daripada lamunan. Begitu marah dia malam semalam kepada Nazri. Hanani menangis malam itu. Tak tahu kenapa bayi itu tidak culas untuk tidur seperti malam-malam sebelumnya. Tidur anak sulung Maria, Jumail pn terganggu. Gelisah Hanani seakan memahami kegelisahan hati Maria. Kesian mereka. Nazri tidak kesiankah dengan anak-anak kami?
Dilipat dan disusun kemas baju anak-anak untuk dibawa kerumah ibunya. Tak jauh daripada rumah yang dikongsi bersama Nazri selama lebih 3 tahun ini. Inilah pengakhiran kasih suci kami. Maria pun tidak mengetahui. Hanya Dia yang lebih mengetahui.
Memungut satu persatu baju Hanani dan Jumail seakan memungut sebutir demi sebutir kekuatan dirinya yang telah lama pudar. Ya Allah, di bawah jagaanmu aku memohon ko berilah aku kekuatan Ya Allah.
4 bulan yang lalu, Maria menjumpai sesuati yang amat sulit untuk difahami. Bil telefon suaminya naik mendadak dengan menghubungi serta menghantar SMS kepada satu nombor yang tidak dikenalinya. Setelah diselidiki, barulah dia tahu bahawa nombor itu kepunyaan seorang wanita yang cukur dia kenal. Wanita itu yang hampir memusnahkah kisah cintanya dan Nazri lebih 4 tahun dulu. Wanita yang merosakkan kepercayaannya terhadap Nazri. Dan hari ini Wanita itu telah kembali untuk merobohkan istana cinta Maria dan Nazri. Cekalkah dia menerima kembali kedatangan wanita itu? Cekalkah dia untuk menghadapi situasi di mana Nazri diam seperti tunggu padahal hatinya bergelora gelisah seperti ombak yang rakus memaut ditepian pandai dan membawa pergi pasir yang memagari dataran?
Maria duduk. Diam membisu. Air mata laju mengalir, tak daya ditahan lagi. Rumah itu sunyi. Nazri masih di kampung. Baju anak-anak masih separuh di dalam beg separuh terletak di dalam almari yang dibeli bersama Nazri. Malahan beg itu pun Nazri yang pilih. Terbayang senyuman puas Nazri tatkala membawa beg itu kepada Maria.
"Cantikkan sayang? Abang memang tak sangka abang berkenan sangat dengan Beg ni. Comelkan Sayang?"
Oh Nazri! Air mata Maria jatuh lagi. Benci marah kesal kecewa semua perasaan itu muncul satu persatu dalam benaknya. Hatinya parah. Luka yang dalam dan parah. Sampai hati abang!
Jam menunjukkan pukul 5:30 pagi. Pagi selepas kejadian Maria membentak Nazri agar pulang supaya mereka dapat pulang ke kampung bersama. Dan malam ketika Maria kecewa dengan bunyi ditepian orang bertertawaan di belakang talian. Sedangkan dia gusar mengapa Nazri belum pulang sedangkan hari sudah lewat. Dan kecewa saat Nazri menenking, Nanti! Membentak marah, Nanti! Berdesup terdengar bunyi tunggangan 4 roda yang mereka kongsi bersama sepanjang usia perkahwinan mereka. Nazri pulang ke kampung berseorangan. Baju-baju Maria dan anak-anak telah dikeluarkan. Dan Maria pasrah andai ini suratan takdir ilahi terhadapnya.
Sepenuh kekuatan, Maria membawa anak-anak kerumah ibunya dan kembali hari ini untuk mengutip saki baki kekuatan yang ada.
--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin
Comments