Langkawi 2017 Sum Up

Day 1, Khamis
3am gerak dari dengkil
Subuh di RnR lupa nama. 
Sampai Kuala Perlis dalam kul 10am.
Mandikan anak-anak, pasal mama dah mandi kul 3am tadi. Abah dah mandi kt RnR subuh tadi. (Pssttt mama paling busuk wakakaka)

Lepas daftar kat Roro Ferry Langkawi, dah pre-booked 2 months prior, Kami pegi lunch kat kawasan sekitar.

Dalam purse masing2 ada Rm50 ja. Tetibe rasa macam neves. Takot tak jumpa mesin ATM.

Bayangkan budak-budak ni pegi bantai makan ayam goreng, kena sampai RM40 untuk lunch ja. Dah tinggal 10. Nak dinner apa karang? Menangis! Hahahaha. Lepas tu, siap isi minyak, takleh pakai cc, rm50. Nak menangis. Tapi buat2 rileks je. Terlupa nak draw duit lebih awal.

Naik fery dalam approximately jam 1230pm. Susun-susun elok dok depan skali bawah panas. Selamat lah kau WSK di situ. Tapi legaaa, dapat naik atas, ada kawasan berekon dan ada play movie. Masa pergi ni movie chinese kantonese. Sarikata macam jilake, tapi boleh lah paham sikit2. Ujung2 ada ucapan plak, Semoga mudah fahami apa yang disarikatakan. Eh eh. Macam tak ikhlas je buat sarikata. Hahahaha.

Sampai Langkawi jam 3:30pm. Lama kan dok dalam feri? Settle tunggu nak keluar bagai, 4pm macam tulah jugak baru keluar. Gile penat dah kami. 

Kami makan apa yang ada bekal. Dalam kete budak2 jerit lapar lapar lapar. Hohohoho. Pastu tak ingat pi mana, tapi yang pasti dalam dekat kul 7pm baru sampai hotel. Mandi and solat. Then budak2 pi mandi swimming pool. Mama kemas-kemas apa yang patut. Lepas maghrib, kami siap-siap untuk keluar makan malam. Adalah korek2, dalam rm40. Then, makan area tepi hotel, kami duduk dekat pekan kuah, tapi bukan yang dekat jetty tu. Dekat dengan Haji Ismail Group lama.

Lepas makan, singgah HIG kejap tengok harga coklat, boleh tahanlah tak tahan nak beli, tapi tahan lah jugak. Bilik kami kecik, takot tak muat space nak terus shopping. Malam pertama ni nak tidur dengan selesa.

Day 2, Jumaat
Sebenarnya aku keterlupaan bahawa hari ini adalah jumaat. Aku layan jek. Kul 7am, kami dah siap mandi dan terus keluar nak pergi tengok Lima. Pagi tu breakfast dekat luar, bukan di hotel. Hotel ni 1bintang je, tapi hotel baru. Keadaan bilik bersih, tapi serba kekurangan. Tapi okeylah.

En shahrun singgah tepi jalan beli nasi bungkus, dan kami makan dalam kereta. Kul 8am sampai tepi airport untuk tengok Lima. Budak2 fully equipped dengan kasut dan topi demi menghadapi cuaca yang panas. Air pun bawak berbotol2. Kena mendaftar sebelum masuk, dan wallah, kami pun masuk kawasan aeroplane tu. Ingatkan aeroplane tu untuk display je, rupanya boleh terbang. Tengok persembahan sedikit sebanyak, lepas tu amik gambar dengan pilot2 and cameraman pilot. Gambar dengan askar Korea tu sebenarnya tukang pegang kamera untuk amik gambar persembahan. Hahaha. Ntah2 bukan askar pun. :p.

Dalam kul 12tghari tuh, aku ajak en shahrun keluar dah. Tak larat aku panas sangat dan budak-budak pun ngadu lapar dan penat. Depa tak enjoy pun macam bapak nya terlebih enjoy. Huhuhuhu. Then, kami decide nak ke Cable Car Langkawi. Otw tu singgah dekat Petronas untuk buang sisa-sisa kumbahan. Kat situ jumpa Maybank. Alhamdulillah.

Then bila jalan kedepan sikit, jumpa kedai makan, Aisha siap tumpang tidur kat buaian makcik foodcourt tu yang muda dari aku. Tapi sukati akulah nak panggil dia makcik kan. Huhuhuhu. masa tengah makan, Aisha nangis-nangis terkejut, tak pernah2 tidur dalam buai, panas pulak tu takde kipas. Hahahaha.

Lepas, dah isi perut, off we go to Cable Car.

Aku macam dah habis bateri dah. Dekat situ boleh hiking sikit pegi kawasan jauh sikit. Tapi aku malas. Lepas tu ada pakej pi muzium gambar pelik2 tu dengan ada show trex. Aisha nak pegi, Ammar takmo pegi, tapi Aisha tak boleh berpisah dengan aku. So, Aku je bawak budak2. Ammar tinggal dengan abah. Lepas show aku ajak balik rehat. Tak larat kau. Tengah2 tu Aisha berak. Nak menapak balik kat kereta punyalah jauh. Fuhhh......

Lepas tu, otw balik masa semua orang tidur, abah singgah pasar petang dekat area Tanjung Ru? Ntah ye kot tu nama dia. Lepak tepi pantai sambil budak2 ni mandi pantai pakai seluar jeans. Gile tensen nak basuh suar tu lepas tu. Huhuhuhu.

Lepas mandi pandai kami pun pulang ke bilik. Lepas mandi solat, keluar semula untuk makan malam. En shahrun mencari burger, tapi tak ada. Malam kedua ni, kami ke Idaman Suri chekidaut sikit. Beli tuala, murah dan kain cotton best. Beli selimut budak2 dan cadar. Ok lah kain sedap dan murah. Lepas tu, balik otel makan apa yang ada je, sebab tak jumpa burger.


Day 3, Sabtu

Kami makan di hotel untuk pertama kali nya. Ermm boleh tahan lah sedap, walaupun breakfast spread dia ada 2 jenis makanan, 2 jenis air, roti jem dan marjerin sahaja. Oklah dari takde. Budak2 pun makan alas perut. 

Pagi tu, en shahrun pegi mendobi pakaian. Dan aku bawak budak2 mandi swimming pool. Kejap je, lepas tu budak2 dah kepenatan. Balik mandi kemas-kemas apa yang patut.

Dalam kul 1230pm baru en shahrun habis 'mendobi'.

Then kitrog pi HIG yang Big Mall tu. Memang sederet dgn jalan Idaman Suri. Tapi besar gila lah kan. Masa nilah kitrog memborong coklat-coklat. Sampai2 tu lapar, so makan lunch dulu dekat food court. Kat luar panass. Masuk HIG sejukkk. Best. Tapi orang macam piranhna. Macam tak pernah tengok coklat. Padahal banyak je depan mata, siap nak tolak2. Siap kena sound dengan pekerja dalam tu. Sabar boleh tak, ada lagi ni saya nak topup. Aku punyalah menjaga tak mo berlanggar dengan orang, dia boleh selumber masuk line and tolak2. Grr. Memang ada manusia macam tu dalam Malaysia terutamanya. Grrr....

Lepas di HIG, balik bilik kemas-kemas, dan tidur sekejap. Bangun-bangun budak-budak terus ke swimming pool lagi. Aku bawakkan bekal meggi. Ammar langsung tak bangun, punyalah penat. hahahaha. Kesian dia. Hilang 1 peluang mandi swimming pool. Kecik je pool nya, tapi puas lah budak2 ni mandi. 

Lepas mandi, solat magreb dan gerak semula keluar cari makan. Dan cari klinik jugak, Firdaus semput pulak. Mungkin sebab aircond hotel ni memang sejuk gila. Kitorg bestlah, tapi Firdaus tak tahan. Lepas jumpa klinik, hujan sikit. Aku kemain order nak makan busat. Tapi Firdaus tak makan, hafiy dan ammar bukan makan sangat. Aku je beriya2 makan. Aisha, dia makan apa yang aku makan. Tapi, mujur lah, apa yang lebih tak makan (macam biasa, ayam goreng je pun) tapau dan makan keesokkannya. Habis jugak lah semuanya, tak ada buang.

Lepas makan, singgah HIG kecik, beli lagi coklat yang tak sempat beli. Kinder Mini dan dibeli oleh piranhna2 yang tak ingat orang belakang. Hahahaha. Tak sempat aku nak beli. So sad. 

Day 4, Ahad, Final Day

What a short trip. Dah nak balik dah. 

Breakfast lagi kat hotel. Sedapnya. Kul 8am dan kena gerak dah pi ferry. Ferry kul 9am. Masa duduk en shahrun announce, kita ada masa 5 minit je untuk makan. Nak tercekik asenye. Huhuhu.

Sampai Ferry kul 9am, dalam 1130am sampai balik Kuala Perlis, bagi aku, a long journey dan memenatkan.

So sampai-sampai tu, siap2 nak drive balik Dengkil semula. Memang masa tu aku, en shahrun, budak2 motion legged sangat. Rasa nak tidur je. Bahayakan. Budak-budak oklah tidur, driver and co-driver bahayakan. So next time, kena cari tempat dekat-dekat, tidur dulu semalam. Before gerak balik. Memang penat naik ferry bawak kereta rupanya, sebab jarak dia lebih panjang, dan masa dia pun lebih lama. Penat weih.

Banyak kali kami berhenti rehat-solat-tidur-makan. Dan akhirnya sampai jugak dengkil jam 130pagi.

Esoknya bangun memang tak larat, aku tidur balik tak jadi jumpa lecturer seperti dijanjikan oleh aku. Janji dicapati oleh diri sendiri.


Ok tu je journey kami ke Langkawi. Nanti aku update budget juga. Sangat save budget punya journey. :D

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed