Kahwin atau sewaktu dengannya...

Dear one and only, MYSELF.

Hidup berkahwin ini subjektif.

Lain orang lain penekanan.

Ada juga yang sama, tapi lain pengakhiran.

Tak boleh taksub, kata atas sebab-sebab kehebatan, maka kekal.

Tak boleh angkuh, dan berkata, atas sebab-sebab cinta teragung, maka kekal.

Tak boleh juga anggap diri masyhur, maka tak mahu terus terikat. Mahu terbang bebas, meninggalkan jerat pernikahan.

Iya, pernikahan itu memang menjerat.

Terjerat amanah. Terjerat tanggungjawab. Terjerat zahir, lahir dan batin!

Itu memang realiti.

Tapi tak perlu angkuh, tak perlu memandang rendah. 

Ujian pada semuanya. Adil dan saksama.

Masih berkahwin, ujian.

Sudah tidak bersama, ujian.

Titik.

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed