Tazkirah Mengenai Kisah Sedih...

Kenapa dalam dunia ni kita perlu rasa sedih, hiba, sentap, marah, tak puas hati, sakit hati?

Mudah jawapannya, kita manusia yang penuh dengan perasaan. Kita lahir dengan pakej emosi. Dan sebagai manusia yang dilahirkan PEREMPUAN, kita tak mampu simpan semua emosi itu dan menjalani kehidupan indah seperti biasa. Perempuan perlu meluahkan. 

Sebab tu la, kepada perempuan lain yang kita luahkan, pantas perempuan itu akan jadi pendengar setia merangkap teman karib. Sebab dia sudi mendengar. Walau dengan atau tanpa prejudis. Prejudis adalah kebiasaan emosi. Siapa mampu menahan emosi?

Ketahanan emosi suatu cerita lain. Kita cerita di lain hari.

Kepada perempuan, tolong jangan simpan emosi mu. Tidak di media sosial, luahkan lah kepada teman karib mu. Semoga suami mu seorang yang sudi mendengar. Dan biasanya suami lah insan terbaik. Tanpa prejudis. InsyaAllah. Kalau yang dengan prejudis pun ada. Tak apa, asalkan dia sudi mendengar.

Kepada lelaki, tolonglah dengar luahan isteri anda. Lain kalau dia meluahkannya kepada anda dengan kalau dia meluahkannya kepada orang lain. Bila dia meluahkan kepada anda, insyaAllah anda lebih kenal buruk baik isteri sendiri. Mudah untuk anda mengatur bicara dengan baik kelak. Malah mudah untuk anda menang dalam pertandingan debat dengan beliau. Kerana anda kenal beliau! 

Sekian, cerita petang pula.

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed