Hari ini aku nak bercakap mengenai kehidupan.

Hidup ni tak adalah susah sangat. Bangun, bernafas, bersihkan diri, makan, uruskan kehidupan, dan rehat semula.

Uruskan kehidupan mungkin mengambil 50% sahaja daripada keseluruhan kehidupan seharian. Mungkin boleh terdiri daripada mengurus diri sendiri atau orang lain.

Priority atau kepentingan diletakkan pada mana-mana hal kehidupan yang dirasakan perlu lalu disudahkan dahulu.

Pilihan dan persimpangan dalam kehidupan tu perkara normal yang akan terjadi di mana-mana titik kehidupan sehari-hari. 

Bila salah pilih, mungkin akan kecewa.

Bila betul pilihan, ya mungkin gembira, tapi boleh jadi juga 'Luck' atau bernasib baik. Hari yang lain mungkin tidak begitu bernasib baik.

Namun hidup tidaklah boleh disamakan dengan sebuah 'conquest'. Like a game! Tidak, hidup bukanlah sebuah permainan. Langsung bukan. Ini pendapat peribadi.

Hidup, untuk dialami, untuk dihadapi. Tiada butang tutup yang available untuk kalam kemanusiaan. Membunuh diri itu, bukan perkara normal! Kan? Jadi, hidup bukanlah sebuah permainan yang bila mana datang situasi yang menyesakkan lalu butang tutup ditekan (bunuh diri).

Suka atau tidak, ianya masih perlu ditembusi dan dihadapi. Dan itulah kehidupan.

Dalam hidup ini, kita perlu tabah. Semua orang yang hidup sebenarnya mereka semua tabah. Siapa yang tidak pernah mengalami kekecewaan? Kesedihan? Kebuntuan? Ada, pasti semua merasa.

Sabar, dan terus ke depan. Itu saja yang kita sentiasa perlu ingatkan diri sendiri dan orang tersayang.

Bukan terlupa, tapi kadang kekecewaan dan kesedihan itu membuat kita lalai dengan peringatan itu.

Begitulah yang aku nampak, orang-orang istimewa yang terpilih menghadapi kepayahan hidup lakukan. Mereka bukan tidak sedih. Mereka bukan tidak takut. Tapi mereka sangat positif. Mereka mampu tersenyum dan membangkitkan kegembiraan. Kedukaan mereka letakkan dibelakang. Hebat bukan?

Nanti aku tulis lagi.

Terima kasih kepada yang membaca!

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed