Perempuan

Dalam kepala aku ada 3 orang perempuan yang memang aku follow kisah hidup diorang secara maya.

Nak aku senaraikan nama-nama mereka, nanti rasa berdosa pula. Risau juga kot kot nanti viral Hahahaha. Tak viral pun, nanti mesti ada yang ingat aku mengutuk depa.

Jujur, aku bukan nak kutuk, tegur, nasihat mahupun membetulkan perbuatan mereka. Jauh sekali nak berlagak ustazah pilihan. Memang bukan ciri-ciri ustazah pilihan pun aku ni. Tapi saya yang rasa apa aku cakap ada positif nya amik la iktibar. Sapa yang rasa tak value, boleh la tekan butang pangkah kat atas tepi kanan tu. 

Anyway, dulu before kawin, aku memang suka bercerita. Masa tu memang kerap jugak tulis blog. Tak buat kerja, tapi tulis blog. Wakakakak. Minat betul tulis blog. Masa aku mula2 tulis blog dulu, aku banyak cerita pasal pakwe aku. Hahahaha. Lawak kan. Obses sungguh aku dengan beliau dulu. Satu hari, dia tegur aku, tak ingat la dengan jelas macam mana dia tegur tu. Apa situasi semua tak ingat. Yang aku ingat, dia cakap, kalau ada apa-apa tak puas hati pasal dia, berterus terang, bawak berbincang dan bukan melepaskan meroyan dekat blog atau fb (masa tu belum ada fb, friendster kalau tak silap). Ayat dia lain la kot. Tapi lebih kurang begitu lah maksudnya. Diplomatik kan pakwe saya? Hehehehehe

Tapi kalu private mesej kawan-kawan tu adalah. Cuma kalau terpampang tu tidak lah. Bukannya private mesej tu dibolehkan, sebenarnya tak boleh jugak. Tapi dah kata manusia durjana. Tak boleh diblog atau diwar war kan kepada umum, private mesej tu buat jugak. Huhuhuhu. My bad.

Anyways, 3 perempuan yang aku tujukan ini. Memang memasing secara sangat terang-terangan menceritakan perihal rumahtangga. Pasal atas katil tu, aku no komenlah. Sebab kalau ada part-part tu aku baca then skipped. Tapi yang aku tekankan ni pasal contohnya, isu Kerja Rumah, Isu anak-anak, isu pendapatan, isu orang gaji and other related domestic issues. Kadang-kadang tu sampai dah jatuh mengutuk dan merendah-rendahkan suami sendiri. Lepas tanggungjawab lah. Tak di didik dengan baik masa kecik lah. Dengan tak semena-mena termengutuk mak mertua sendiri juga. Huhuhuu. Aku huhuhu sebab aku pun ada buat secara private mesej.

Aku pernah tegur, salah seorang dari mereka bertiga itu. 5 or 6 years ago. Dia ada problem dengan suaminya, perihat keluarga suami dan nafkah, lebih kuranglah, aku pun tak ingat. And this person, secara terbuka meroyan di media sosial. Memang kutuk gila-gila. I dont understand why. I know, by reading her posts, she is pained by what her husband did. Tapi aku highlight 2 kesalahan dia. Hemat aku, untuk dia perbetulkanlah. Aku nak kontak suami dia untuk tegur, bukan suami dia yang meroyan kot. Dia yang openly meroyan, so dia lah kononnya paling rapat dengan netizens and obviously netizens akan serang dia. Kalau tak serang pun bagi komen. Baik  ke buruk tetap kepada dia, even nak kutuk si suami tetap kepada yang reveal kisah rumah tangga tu kan. So, aku tegur lah. Pertama, dia tak boleh lah kutuk sangat mak mertua dia tu. Apa-apa hal mak mertua tu juga lah yang lahirkan anak dia tu. Kena cuba juga cari jalan berbaik ngn mertua, paling tidak, balik lah rumah mertua dan tunjuk muka. Takkan lah nak halau. Kalau halau sekalipun, at least balik. Tapi masa balik tu better jangan meroyan lah. Kalau meroyan confirm kena halau. Adoi... Lepas tu, cerita keburukan suami, tak perlulah diwar warkan dekat media sosial secara sangat terperinci macam tu. Dah lah memburukkan dia. Elok-elok dia nak maafkan dan berbaik, terus menyampah, geram, benci, dan lagi tak selesai masalah.

Itu pendapat dan pandangan akulah.

Individu tersebut langsung tak dapat terima, malah dia block aku terus dari baca posts dia dah. hahahaha. Merasalah aku kena blok. So pengajaran untuk aku jugak selepas tu. If you got nothing good to say, better keep it to yourself. Your opinion is not welcomes to anyone. Gituuuuh...

Tu je nak citer. Ok bai. Huhuhuhu.

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

Siti Fatimah said…
aku sendiri lupa siapa 3 org tu hahahaha. tp bila igt2 balik... 2 from 3 tu blogger lah. jgn ada sesapa nk terasa lak ye. blogger yg bukan dr kalangan kwn2 aku. oh ye. salah sorg tu artis hihihihi

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed