Cerita Maths

Malam tadi firdaus mintak ajarkan Mathematic.

Silibus sekarang ialah membuat operasi tambah dan tolak terhadap nombor pecahan.

Nak pecah kepala mak kau fikir, macam mana nak bagi anak faham.

Cikgu bagi soalan, 2 soalan sahaja. Dia dapat jawapan dan bersiap-siap nak tidur. Ehh mana boleh.

Being you mother, i know, 1 or 2 soalan tak mencukupi.

Lalu menjadi radio karat dok ulang-ulang prinsip matematik.

Kalau dapat jawapan 2/4, kena kecikkan, jadi 1/2.

Kalau dapat jawapan 3/1, akan jadi 3 sebagai jawapan terakhir.

Bayangkan, ada 3 bola, nak bahagi kepada seorang, berapa seorang dapat? (3/1 = 3).

Faham tak? Muka blur. Mak is sentap bercampur risau.

Ok cuba buat 7/3, dapat berapa. Tak tau. 7/3 boleh buat 7 bahagi 3. jawapan letak kt tepi, baki letak kt atas. So dapat 2 1/3. Paham tak?

Tak puas hati bagi lagi soalan lain banyak-banyak.

Dia buat, dan betul. Ok faham. Jom tidur.

Begitulah, closure yang harap berpanjangan. Semoga tersemat dijiwa ya Firdaus. Huhuhuu.

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

Popular posts from this blog

Pulau Tioman

Azizah Mahzan