Peluang dan Pendedahan

Hafiy dapat terpilih masuk pertandingan bercerita mewakili sekolah agama dia. Alhamdulillah. Itupun jenuh pujuk suruh masuk. Dia sangat tidak berkeyakinan.

Tapi rasanya, inferiority complex dia tu Allah swt memang bantu. Masa dia 6 tahun, dia dapat award masuk pertandingan Robotics. Semua pun tak target dia menang. Dia dapat award Kesungguhan/Detemination. Masa bertanding, dia tau dia takkan menang, tapi dia buat bersungguh-sungguh dan rajin. Alhamdulillah. Mama dan abah pun tak harap dia menang. Kami berniat untuk beri beliau pendedahan. Anak-anak yang lain pun kami treat begitu. InsyaAllah. Cuba adil dan saksama untuk semua. 

Ni dia darjah 2, ustazah pilih dia untuk masuk pertandingan bercerita. Hampir sebulan juga berlatih di rumah dan di sekolah. Setiap kali berlatih, dia akan down. Ada 3 orang ustazah latih, tengok macam mana ustazah kata, mungkin 2 atau 1 sahaja yang akan terpilih. Hari-hari balik rumah dia akan minta untuk tarik diri. Dan hari-hari Abah akan cakap, tak boleh Hafiy kena masuk juga. Bila mama tanya kenapa taknak, sebab tak boleh hafal, susah. Sebab tak boleh syair, susah. Tak ada apa yang susah Hafiy yang penting usaha. Akhirnya mama pun cakap, macam ni, Hafiy tak menang pun tak apa, yang penting Hafiy masuk, rasa macam mana masuk bertanding, rasa macam mana berusaha. Dia akur. 

Over the weekend, struggle nak suruh dia baca teks. At least baca, tak hafal tak apa. Petang semalam, balik sekolah, "Mama!!! Hafiy dah hafal semuanya!" Alhamdulillah.....

Peluang dan Pendedahan penting untuk semua anak-anak kita. Walau mereka paling lemah dalam mata pelajaran, tapi berpeluang menyertai apa-apa event dalam bidang akademik, bersama-sama mengeluarkan Adrenalin, tau erti kalah, faham erti menang, InsyaAllah. Dengan meningkatkan kematangan berfikir, sedikit sebanyak dapat bantu dia dalam pelajaran.

Berjaya tak berguna tanpa usaha! Usaha tak mengira kalah, tewas atau hampa, Malah akan terus cekal berusaha sehingga menampakkan hasil. Hasil yang diperolehi dalam susah senang insyaAllah lebih berbaloi dan bertahan lama. Amin.

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed