Percutian Keluarga

Skang ni telalu cepat masa berlalu. Ase mcm br je lg pegi bercuti, dah ase nk bercuti lg. Hik hik. Kalau ikotkan, ada duit lebih elok la simpan pi haji ke umrah ke kn. Tak tau nape aku dh terpiki kesitu. Sbb aku ase mcm tiap2 tahun pi bercuti, elok simpan duit tu pi haji umrah. Tp tu la napsu. Kata pun manusia, mana da yg perfect. Mesti nk gk pegi becuti. Hehehe...

Masa aku kenal ngn hubby aku, ekceli kitrog tak penah berckp2 la. Dh kenal since first year. kitorg 2-2 nama start urop S. Konon nk namakan anak pn S la. Skali tetibe dh lari tema. Sbb aku kalu boleh, biarlah nama anak tu ada makna. So everytime kita panggil, mcm kita doa utk dia, insyaAllah. So dr nama Saifullah - pedang Allah. Tuka jd nama Muhd Firdaus. Hubby lak, dia pn like the idea huruf S, tp dia takmau nama panjang2. So jd la Firdaus je. Tp dh ada Muhd. Jd panjang jgk la. Tp taklah over kn. Kira ok lah. Tp dh takdela huruf S tu. Sbb Saifullah tu panjang sgt la kalu nk letak muhd. Pstu hubby tak suka nama pn. 2nd Baby pn jd Hafiy je. :D. Dlu2 aku bangkang gk. Tp skg ni aku suka lak. :D.... Dh anak2 aku takkan nk benci lak kn. Ho ho ho..

Ok bebalik kepada bercuti2 tu td. So masa betul2 kenal hubby aku ialah masa tahun 3. Cm nk final year dh. Masa tu br la rapat ngn geng geng Sahabat Rimba. So geng2 kami ni mmg 1 kepala sebab kitrog suka pi bercuti. Masa bercinta ni kami dh pi beberapa tempat mcm kt bawah ni.

  1. 2003 - Pulau Pangkor - Masa ni belom officially bercinta lg. Ada sorg mamat ni aku admirer dr Tahun 1. Dia rapat ngn hubby aku, bila org tanya die tolong ckp kan. Sedang mengenali diri masing2. Ntah cemana ntah ayat dia. Hahaha. Nk muntah. Bajek artis ke ape ktorg time tu kn. Takdelah, hubby aku tak pernah bercinta. So dia tak pandai nk ckp. Ye, saya suka minah tuh. Dia mcm geli nk ckp cmtu. Boleh? Aku plak, aku pompuan takkan la aku nk jerit. Iyaaaa sy suka diaaa. Tolong lah suruh dia pinang saya sekarang. Ho ho ho. Over kn. Tp masa ni la 1st time. 1st time kami lepak tepi pantai. 1st time aku letak tepi pantai ngn seorang LELAKI. Mlm2 lak tu. Tp kami bkn la buat apa2. Just lepak, layan pantai.... Siyes. Tak tepiki la nk buat perkara2 keji lg. Masih suci. ;p... Mmg saat momen yg paling best. Masa tu la aku tau, dan aku terasa yakin la, dia ni siyes suka kt aku. Ohohoho.... Pstu balik dr pangkor, 1st time dok sebelah LELAKI. Officially masa kt sini la kami start couple kot. Sbb lepas tu mcm dh terikat je 2-2. Hihihi. Kami tak declare pn. Cenggitu2 jek.
  2. 2003/2004 - Tg Balau - Dh couple lah masa ni. :D
  3. 2004 - Janda Baik - Dh couple dh kerja
  4. 2005 - Ada kitrog pi air terjun mana ntah pegi balik hari. Kt pahang ke apa. tak igt. Tp dh couple dh masa ni.
So mmg kami ni suka berjalan. Hubby mmg sejak kt skolah2 dlu. Aku pn sbb mak aku Auditor, kdg2 bwk aku pi outstation skali. Tp sekadar ikot pi penang, singapore, melaka. Tmpt2 lain dia tak bwk sbb die ckp tak best. Ho ho ho. Pstu kenal lak dak2 SR, mmg suka pi jln2. So lepas kawin mmg kami continiu minat tersebut. So ni aku listkan mana yg aku igt la kot. Ke suma aku igt. Hehehe. Tp kalu takde cite aku tulis jela. Ho ho

  1. 2006 Honeymoon - Pulau Redang Terengganu. Masa ni kami tak byk ongkos. Guna pn duit kutipan derma kilat, masa kahwin MEPS. Siyes. Hahaha. Duit singgit2 segumpal hubby bwk. Tau2 time balik dh pokai giler.
  2. 2007 - Langkawi - Masa ni aku pregnant 6 bulan. Bli tiket murah Air Asia. Sewa keta Gen-2 kaler kelabu. Masa ni tak larat sgt nk bwk body yg gemuk + pregnant. Hubby lak sgt eksaited. Sbb masa kt ganu mmg kitrog byk jln kaki. Maklumlah nk sewa teksi mahal. Gile sgt...
  3. 2008 - Langkawi lagi - Ni hubby dh niat la nk bwk mak pak dia. Masa pegi ni Firdaus umo 8 bulan. Siap bwk nestum susu bagai. Mmg brg byk la. Tp sonok la tgk mak mertua aku sopping. Nk harap aku sopping mmg tak ah. Kami suka berjalan je. Mmg bkn jenis sopping2. Lgpn mmg takde peruntukan utk tu pn. Tp tgk org klau pi mana2 msti bli utk org2 kt opis ke apa ke kn. Kami takde. Ase cm janggal n tak sedap ati la jgk. Kami cuba utk perbaiki.
  4. 2009- Tahun ni byk lawatan. Nnti aku listkan 1-1
    • Cameron Highland - Masa ni baru2 tau pregnant. Ntah kenapa tibe2 ase nk pi CH. Pstu kt sini aku tetibe badmood, majuk ngn hubby. 1 mlm jela. Pstu dia bwk pi ladang teh. Aku yg memula takmo pi sbb penat. Mlm takleh tdo kenapa ntah la. Ala besela ngengada time pregnant. Skali smpai ladang teh. Minum teh, mkn kek. Aku tros ase hepi giler. Cm nikmat tak terkata. Mcm dlm iklan pn ada. Tmpt tu cantik sgt. Kt sini kami start 1 hobby. Kami bli yg lekat2 kt peti ais tu. Hehehe. Kira pi sopping cr bende tu sbb nk bgtau ni tmpt yg kami dh pi.
    • Penang - Pi penang sbb nk cari makanan sedap. Slalu tgk AFC byk makanan2 sedap. Tu yg nk pi tu. Kami bli gk magnet2 tu.
    • Melaka (Around March) - Big bos hantar aku kursus. Aku plan bwk hubby n firdaus. Naik Eyes on Malaysia. Best sgt. :D.. Aku pi kursus hubby lepak otel jaga anak. Cm tak sangka plak dia boleh cuti n ikot. :D..
    • Johor - Lepas melaka, kami lajak ke Johor. Ke sblm Melaka kami lajak ke Johor cmtu la. Pstu kt johor nk carik balik tmpt2 dating dolu2. Bubur sentosa. Duduk pn hotel seri malaysia. Pekena Mee Rebush. Johor skg dh lain. Siap singgah UTM. Jejak balik UTM. Sgt swit. Mcm 1 hadiah yg sgt bermakna la bg aku.
    • Bukit Tinggi - Masa aku sarat pregnantkan Hafiy. Tetibe hubby - Jom kita pi Bukit Tinggi. Aku pn jom. Takde story sgt. Just lepak2 tgk2 org je. :D
    • Kemamang - Kupit kawin. Masa ni Hapiy dh lahir. :D
  5. 2010 - Pn ada beberapa lawatan. Bermulalah lawatan dgn 2 anak. :D
    • Delegasi Ke Terengganu + Kelantan - Kt Ganu de org kahwin. Masa ni teman Mak Ngah aku pi pasar payang. Masa kt ganu ni jimat gila. Sbb makngah aku suka masak. Aku ni penat2 smpai dr KL, tros hubby paksa buat tomyam. Huh menyampah. Hahaha. Ha kami ada lg 1 hobby. Kami kalu bersama lama2. Kecuali kt kt rumah sendiri, sbb masa aku bersalin kalu hubby lepak umah ok jerk. Tp kalu pi honeymoon cmtu. Mmg suka gaduh2. Kecik2 ati. Dr kt pangkor lg. Masa kt pangkor, hubby kecik ati sbb dia igt aku takmo kawan dia. Aku pn kecik ati sbb dia layan pompuan lain. Pstu aku pn layan lelaki lain. Hahaha. Korg jgn layan peel kitrog ni. Kami mmg cmni. ;p... So masa kt ganu ada la scene gaduh2 jgk. Tp gaduh2 manja gitu. :D... Suka suka. Kalu tak gaduh bkn SFK n SH la tuh. Hohohoho... Pstu pi kelantan plak. Konon ni br nk blaja2 shopping2. Tp tak pandai gk. Aku tak tau nk bli apa kt org2 opis. Percayalah aku mgm tak reti. Aku bli makanan jerk utk dorg. Sbb kalu keychain tu aku tgk mcm tak relevan je. At least nk sumthing yg diorg bole rasa / guna.. :D. Masa ni kami pi Duty Free Shop. Kami bli periok ngn cawan2. Sbb umah kami takde cawan yg best2. Cm best jek. Konon nk bli pingan mangkuk skali. Tp dh takde bajet.. HI hi hi
    • Bandung - Ni latest cuti cutian kami. Pn kami tak tau nk sopping2 apa. Tgk org lain mcm2 je dia bli. Masa ni aku dpt la lepak2 ngn rakan2 seperjuangan hubby yg dia slalu cita2. Dorg suma lg tua dr hubby, tp lg budak2 dr hubby. Sapa kenal hubby aku tau, dia tu perangai cm budak2 skit manja2. Tp kwn2 dia ni laaaagi manja2. Best sonok. Cm biasa aku cuba la takmo gado2 ngn hubby. Nk balik tu ade jugekkk. hahaha. Mmg takleh elak lah bang. Tak tau nape. So kita sabar jela ek. Ehehehehe....Masa ni kami crk magnet2 peti ais tu lg. Tp tak jmpe. Cm sedih je. Yela, bandung ni ober the sea, susah nk pegi. Tp takde cenderahati utk diri sendiri. Kami bli kepok2 je utk kwn2 opis. Sodap. :D
    • 26 Jun 2010 - Sitiawan - Teluk Batik - Aktiviti: teman anak2 mandi laut, berkelah aka picnic, lepak2 tgk laut, ah indahnya. Teman mak mertua shopping dekat Lumut. Nak pegi lagi next month. Plan nk celebrate birthday Firdaus yg ketiga tahun. Mesti meriah. Nk ajak la sesape yg sudi. :D
    • 3 - 24 Ogos 2010 - Aku pegi KOREA beb. Tak sangka ada rezeki dpt pegi sana. Berkursus selama 3 minggu lebih. Kat sini merasalah suka duka berjauhan dr Suami dan Anak2. Lepas tu merasalah mcm hidup merempat. Nk smyg pun kt tepi2 meja, atas kusi bas, celah2 tmpt sempit jek. Hu hu hu. Merasalah makanan yg eh halal ke tak halal ni. Tp yakin jela. Kalu was was, mau kurus aku. Dh le aku menompang mkn ngn org. Sbb aku tak bwk mknan byk. Wpn org tak sound, tp aku takmau la kn. Tp takdela aku order tros. Okeh kasik babi sepinggan. Aku pilih2 la jugek. Kt sana aku dpt jmpe magnet2. Siap dpt magnet2 dr Monggolia, kwn seperjuangan. Hehehe. Siap ada buat iklan video. Kalaulah diorg share video tuh and ada org tertengok, msti diorg komen, org bodoh mana la blakon video murahan nih. huhuhu. Pengalaman pegi tmpt2 bersejarah kt Korea, tgk cara dan gaya hidup dan cara mknan org Korea. Diorg basically BANYAKKK mkn sayur, no wonder kulit cantik! Kurus2. Tapi makanan diorg ni takleh trime skit kot. Pedas tu pedas jgk la. Tp cm kuat sgt mkn babi. Ke sbb diorg asek bwk kitrog mkn luar? Ada gk kuih diorg sama ngn kuih melayu. Mcm kuih buah melaka tuh. Masa mkn luar mmg totally tak sedap ase ntah hape2. Tp ada skali peluang masak sendiri, masakan Korea. Sedap jek. Best jek. Aku sokaa. hehehehe. Ok lah tu je.  
  6. Tahun 2011
    • Tirai 2011 keluarga kecilku dibuka dengan sesi Reunion Sahabatrimba ke Sungkai Hot Spring. 29/1/2011 - 30/1/2011. Kehadiran kwn2 rapat sgt dinanti2kan. Dh lama tak lepak lama2. Keluar balik dialog2 kanak2 yg dh lama dilupekan. Ecehcehwah. Tingat balik zaman2 bercinta, tp dh ada 2 anak. Dan ada sesi BBQ. Thanks to Puan Roshda, wpn tak dpt join, tapi atas usaha beliau jgk sme nih. Alhamdulillah sumenye berjalan lancar. Thanks to all yg participate. Here aku attach a few pics, just for my own record. Firdaus berlengging, sbb dh takde bj, 2 kali jatuh basah, musim hujan kn. BBQ dlm hujan. Huhuhu
    •  26 Feb 2011, sekali lagi kami ke Sungkai Hot Spring. Kali ni, kami bwk parents hubby plak.
    •  9 - 11 Mei - Aku pegi ipoh ada kerja skit kt sini. Jd trainer utk sistem. Bwk anak2 dan suami. Sonok. Tp hotel Seri Malaysia je. So very the hampeh n kotor. Hohohoho.
    • 11 - 12 Mei 2011 - Penang for a holiday. Kami dok Tune Hotel. Kami memang suka pegi penang sebab kami suka makanan kt sini. Basically semua cuisin dekat Penang ni telah memenuhi citarasa kami sekeluarga. :D.
    • Ada a few times aku ke Kelantan, Sabah dan Sarawak untuk tujuan kerja, sebab aku pegi berseorangan aku tak mo la cite detail. ;p.
    • 8 - 11 Oct 2011 - Kami pergi ke Sabah sebagai Our Anual Holiday... Kali kelima kami naik flight utk percutian Keluarga. Kalu ikut En. Hubby dia kira 10 kali sebab pegi dan balik. Kah kah kah. ;p.... So Firdaus dh 3 kali naik fligh. Hafiy dh 2 kali naik flight. Kami melawat dan jalan2 cari mkn sekitar Kota Kinabalu, Kundasang, Tuaran, Ranau, Kinabalu Park (kaki gunung kinabalu). Tempat paling masyuk ada 2 tempat. 1 Kinabalu Park dan 2 Kundasang - tmpat penternakan Lembu. Minum freshly processed expressed cow milk. Nyuum.... Kompem nk pegi lagi! 
    • Aku akan ke Korea lagi pada 5 - 12 Nov 2011. InsyaAllah. Training je, dan berseorangan.
  7. Percutian Tahun 2012
    • 21 Januari 2012 - Teluk batik bersama dengan mak aku dan mak en. Shahrun. Rujuk entry ini.
    • 4 Februari 2012 - Kuantan Pahang. Rujuk entry ini dan ini (ana ikan bakar petai. nyum..erk boleh la. hehehe).
    • 6 - 7 Februari 2012 - Kenduri Pakwan aku dekat Batu Pahat.
    • 8 - 10 Februari 2012 - Bengkel SMOKU dekat Langkawi. Rujuk entry ini
    • 15 April 2012 - Pagi tu aktiviti sukan Hafiy & Firdaus, lepas sukan dalam kul 1 tghari terus gerak pi Kuala Besut lalu gua musang. Sampai Kuala Besut dalam pukul 9 malam mcm tu. Lepas dinner tros boom. Tapi takleh tido sebab duduk Samudera Hotel. TAK BESH!
    • 16 - 19 April 2012 pagi tu kami gerak naik Boat ke Arwana Pulau Perhentian. Our Anual Holiday for 2012. Risau gk naik boat time pregnant nih. Tak seteruk naik boat masa kt Sabah pi Pulau Manukan aritu. Dung dang dung dang. So Alhamdulillah. Semua okey! :D.... Kami sekeluarga balik tu ikut Kuala Terengganu. Singgah dekat tepi Pekan Losong makan dan Kemamang makan kepok lekor.... Pastu tros balik KL. Smpai KL malam jugak la. Tp dlm kul 740 cmtu. Aku ajak en. shahrun smyg kt luar, so takyah smyg asing2. En. Shahrun taknak. So kami kono la smyg asing2 mlm tu.  Tsk tsk..... 20hb aku check up 3rd baby kt Kelinik Kesihatan Seri Kembangan untuk kali pertama. Sooo eksaited. :D
    •  2 - 4 Mei, kami menginap di hotel Pan Puteri Johor Bharu. Aku ada sesi perluasan SMOKU. Konon2 nk pi Universal Studio, tapi tak bwk surat beranak anak2 plak nk buat passport. So tensen en. Shahrun. kalu tak 6 Mei tu baru nk balik KL. Tp 4 Mei kami dh pulang. :D... Cuti2 pendek2 je. Dpt mkn Bubur Sentosa tebayek, Makan kt Stulang, Makan Mee Rebush Stulang. Melawat balik UTM, tapi tak dpt mkn goreng pisang enak.. Tapi dpt mkn chakoi. Bebaloi bg aku sebab 2 in 1. Tak berbaloi bg En. Shahrun sebab masa aku pi keje die kene jd babysitter. Hahahaha. :D...
    •  13 - 14 Oktober 2012. Lepas mei, aku dh tak berjalan ke mana-mana dh. Hahaha. Balik kg jela kn. Raya balik Melaka. Huhuhu. Last year, percutian tahunan pi Sabah hujung tahun kn. This year, awal tahun haritu pi Pulau Perhentian. So lepas tu dh takde bajek. Lgpn, sebahagian besar simpanan utk percutian kene la simpan sikit utk Baby! Dan jgk tahun ni, insyaAllah kami akan berpindah ke rumah baru. Kunci tak dpt lg. Huhuhu. So, on short notice, kami decide nk pi Cameron Highlands! Lepas kt Casa De La Rosa. Tmpt ok, strategik. Dekat ngn Century Pines. Mkn pn ok la, takdela sedap sgt. Tapi asenye bilik cm kecik kot. Dlu duduk Century Pines mcm besar gk bilik. So next time kalu pi sini lg, akan book utk Century Pines, wpn mahal skit tp keluarga pn dh bertambah besar.. Selesa la skit kalu dpt bilik besar sikit kn.. Heheheh.. Perancangan nk pi sini mmg 2 mggu sblm tetibe out of nowhere. Anak2 SANGAT happy. Balik tu singgah Lata Iskandar, makan goreng pisang ngn keropok rangup. Nyum nyum. Tp geli skit la Lata Iskandar tu. Siap bg warning air situ mmg koto. Asenye mcm lebih2 air diorg tapis dr pembetungan lalu situ kot. Euwwww. Yela kemana lg nk salurkan air kn? Huhuhuhuuhu... Sib baik en. Shahrun bawak bekal air paip dlm botol. So lepas budak2 tu mandi kitrog bilas ngn air dlm botol tu. Takdela ngadu gatal2 ke apa. Anak2 aku mmg le senang naik gatal2. Sbb diorg nye kulit very the sensitif. Very brief out break.. Tapi puas hati. Dpt mkn strawberry, jagung, keledek buat keria, cendawan - memang beli yg sedap kt anak tekak je. Tak sedap wpn cantik - bolayan! Formula en. shahrun. Bunga pn aku cadangnya nk bli, tp aku tak bli, sebab aku nengok dh layu dh bunga tu sbenanye. Tp sebab dia kopek2 kelopak pstu jual balik.Tak tau tahun ni ada percutian lg tak? Maybe ni penutup la kot. Lepas ni fokus utk bersalin anak no3.. Due 25 Nov 2012, tp bese aku akan bersalin awal 2 minggu. InsyaAllah.
    • Disember. Aku bersalin 18 Nov kn? Aku pi Kuantan 15 and 16 Disember 2012. Hihihi.Dlm pantang beb. Aku tak buat post. Sbb takot komen2 yg menusuk. Hihihi. Alhamdulillah. Everything went well. Ammar mmg behave sgt. Go Ammar... Hehehehe. Exxon Mobil yg off shore team ada buat mcm Bengkel apa ntah la. So boleh bawak family. Hahaha. Klaka plak. Kalu bese Bengkel opis aku. Bole bwk family bwk anak2 jelakn. Bapak aku siap bwk cucu! Ko ada? Aku igt dh lobih la tu kn. Skali borak2 ngn org lain. Ada yg bwk MAK MERTUA PAK MERTUA ok??!! Hahahahah.. Nasib bdn. Bes jgk. :D...
  8. Percutian Tahun 2013:
    •  25,26,27,28 Januari, Kenduri Aqiqah Ammar kt Sg Besar. Suka la tu En. Shahrun dpt lepak Kampung lama2. ;p...
    • 1 Feb, kami ke gombak ada member kawin. Hey Hany kawin. Balik kenduri teros ke Kuantan.Tdo semalam kt Homestay Sg Isap ke apa ntah.
    • 2 Feb  Kenduri member baik kami En. Sulaiman. Pergghh bapak besar kot rumah parents dia ni. Then tros kami pulang ke rumah.
    • 9-11 Feb, kami ke Sungkai Hot Spring. Kenduri Aqiqah Ammar kali kedua. Murah btol rezeki budak bertuah tu. 2 kali kenduri. Tp ni kecil2 jela. Family belah ayah aku, adik beradikdia, atok nenek aku pn ada skali. Best. Enjoy. Entertaining. Everything lah. :D...
    • (Insya-Allah end of Mac kami akan ke hatyai plak. Nanti aku update sini. :D)
    •  Selepas Arwah atok aku kembali ke rahmahtullah pada 9 Mac 2013, betul2 sebulan selepas trip ke Sungkai, kami sekeluarga meneruskan Fast-Pace life kami mcm biasa. Al- Fatihah, so kami ke Hatyai jgk as planned.
    • 29th April 2013 - 1 April 2013 - Hatyai. Aku tak igt dh nk cite panjang. Hahaha. Bkn apa, aku dok hold2 story smpai ke sudah. But it's a very nice moment of mylife that i dun want to miss it. Ringkas pn ringkaslah janji aku jot gk sumthing rite? Hehehe. So kami pegi naik flite 29hb tu. Pg2 bgn, parking kete kt opis then naik bas-lrt blablabla smpai lcct. Jmpa mak ayah n adik aku faiz n zayed. Aku satu family. I dun know, but the trip has been a blast! Semua org sgt happy. Despite br je lepas bersedih kn? Then on the 31 of March. Mlm tu kitrog naik tren plak dr Padang Besar. Merasalah jalan kaki ngn kendong baby dan beg. Hohohoho. Sgt mind blowing. Sib baik ada adik2 aku sama. Tak da shopping sgt. But still. Happy sgt. En. Shahrun kata dia tak brapa suka trip ni sebab penat. Hohohoho. Shopping and travelling bukan jiwa dia. Br aku tau. And shopping n travelling rupanya memang jiwa aku...Hahahah.. Walau tak bli apa cuci mata pn aku suka dh. Hehehehe. Tapi Travelling n tgk laut pn bes gk. I like. :D
    • 3 Nov - 6 Nov :  Alhamdulillah, setelah lama tak pi bercuti, outstation pun lama tak pi akhirnya kami pi Pulau Pangkor. Kami dok sebuah resort yang agak terpencil, saja nak mode lari dr masalah. Anak2 sgtlah happy. Kami pun happy tgk anak2. Alhamdulillah. After 10 years, kami ke sini, bermula detik cinta kami, ewah, akhirnya kami kembali.. Kali ni berstatus, BERKAHWIN.. dan bersama 3 anak. Allahuakhbar!... :D
  9. Percutian Tahun 2014
    • Alaaaa dh lama tak update sini. So dh lupe pi mana. Eh? Ke memang xde pi mana2? Hahahah... Ase mmg xde kot. Hahaha..
    • Actually ada, Kenduri kt Melaka - Junaida Jaafar.. Anak pak japar n mak jemah uols. Ada aku citekan kt entry bulan februari 2014... Malas nk link. Heheheh. :D -Short gateways je. During weekends je. :p
    • So pembukaan (dan maybe penutup kot? hahaha) untuk percutian kami 2014... Kesian plak kt diri sendiri. Tp kami ok je.. Happy je, Alhamdulillah. How time flies so very fast... MasyaAllah.... Ok pada 5 dan 6 April 2014, a week after cuti sekolah, kami pergi Legoland malaysia. It was so so so WONDERFUL... Enjoy sgt. Alhamdulillah. Balik tu singgah plak JPO... Sesi mengepow En.Shahrun always the best of all... eheehehe..Dh la laki ku itew kering. Di pow pow lak. Makin kering laa.. Hehehe. Takpe die relee.. Huhuhuhu.... Aku ade cite kt entry ni pasal package yg kitrog bli. Mmg berbaloi2... :D.
    • Thailand Tour (31st May to 4th June 2014): Cerita kt sini. Confirm nak repeat! Hehehehe...
    • USS - Singapore - JPO from 14 - 16 Disember 2014. Ini lah percutian penutup utk 2014. Alhamdulillah. Masa dekat JPO, it was MY BIRTHDAY! So aku dpt hadiah tapi pilih sendiri dari En. Shahrun. Im so touched. Sayang nak pakai. Tp pakai jugak. Sebab memang dh lama sgt nak Handbag baru. Tp sekarang, En. Shahrun akan muflis for couple of months nk menghabiskan bayar harga handbag tersebut. Huhuhuhu..... Harap kami tabah hadapi hari2 depan. Kitorg memang tak suka berhutang. Mmg cuba cuba untuk clearkan hutang. But it was so irresistible. Lagipun bukan selalu kan pi JPO. Huhuhu. Tp kami ok so far. Plan clear kan sikit2. And avoid dari jadi bukit. InsyaAllah. 
  10. Percutian Tahun 2015 - tak sangka akan membuka tirai tahun ke sepuluh Alam perkahwinan kami. Tapi kalau kira.. 2006 - 2015, on 4th of Aug ni, kami dh 9 tahun la berkahwin. Alhamdulillah. InsyaAllah... Berkekalan hingga ke akhir hayat.. Amin...
  11. Percutian Tahun 2016
    1. Tak ingat
    2. Ingat hujung tahun pergi Penang, Gold Cost Penang.
  12. Percutian Tahun 2017
    1. 23 - 26 Mac 2017 : Langkawi naik Feri bawak WSK
Kesimpulannya. KAMI MEMANG SUKA PEGI HOLIDAY!!!

UPDATE : Aku akan guna post ni utk update2 tmpt percutian. Kalau ada gmbar mgkin aku akan letak skali. I'm doing this for me, to remind me of my happy times. :D..

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin