Hai Si Penulis

Hai si penulis
Si penulis manja yang pantas dan mudah terasa
Jika terus begitu
Menulis terus terbuku
Tak akan pernah mula menulis lagi

Hai si penulis
Dari kecil ku suka menulis
Besar ku tak bisa menutur laju
Kerana menutur laju itu penat
Kerana menutur laju itu tidak disukai

Hai si penulis
Semasa kecil ku aku menulis perihal sebuah bas
Bas itu buruk
Bas itu dipandu seorang tua
Si tua itu pemalas
Tidak diselenggara bas nya
Lalu bas itu rosak
Maka nestapalah penaiknya
Kerana tidak boleh ke sekolah

Hai sipenulis
Tulisan ku itu jadi bahan gaduh ayah dan cikgu
Cikgu kata tulisan ku tidak masuk akal
Ayah kata cikgu sengaja cari alasan untuk menghukum
Sudahnya aku
Aku yang keliru
Mujur keliruku tak panjang

Hai sipenulis
Aku sedar itu minatku
Menulis dalam kerambangan
Tidak perlu tujuan
Tidak perlu pujian
Hanya menulis

Hai sipenulis
Namun aku butuh perhatian
Biar tidak dinobat anugerah
Sekadar perhentian
Bacaan segelintir
Itu sudah mencukupi

Sipenulis yang hambar
Namun kehambaran ini tidak dicuri
Barangkali meniru corak
Tapi datang dari dalam hati
Rambang tidak bertepian

Sekian.


--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed