Aku Dia Dan Kamu..
Menekur di titian tasik titiwangsa dah bagaikan makanan Amy hari-hari. Itu yang lebih gemar dilakukan di waktu petang. Lebih baik di sini daripada di rumah yang sepi dan menyesakkan. Tatkala matahari perlahan-lahan menjauh, Amy melepaskan keluhan. Berat sekali kakinya melangkah ke kereta. Bagaikan terpaksa sekali dirinya memandu pulang ke rumah.
"Ko pegi mana Amy senja-senja baru nak balik"
"Adalah kenapa?"
"Si Remy dari tadi call ko. Tapi ko takde.."
"Eleh, kan dia boleh call henset aku jerk. Sj je dia ni tau"
"I don't know, u have to tell him yourself"
"Ko nk apa Remy?"
"Ko pegi mana, jenuh aku cari ko"
"Tak kemana, nak apa?"
"Tak kemana, nak apa?"
"Ni ha, aku nk sampaikan pesan"
Hati Amy terus berkira-kira, dia dah tau pesan apa yang nak disampaikan.
"Dah la Remy, tak ada masa aku nk dengar pesanan-pesanan ni. Hari dh maghrib. Aku nak semayang.. Ok bye"
Geram betul!! Getus hati Amy sendiri. Geram! Kenapa bukan dia sendiri yang menghadap dirinya. Cakap ajelah. Ini nak berpesan-pesan pulak. Rimas!!
Selesai mandi, seperti biasa Amy pun menghadap komputernya. Banyak tugasan yang perlu dilangsaikan. Satu persatu buku rujukan dan laman rujukan ditelaahnya. Bila bosan dia pun membuka laman emel peribadinya. Mata terus tertancap pada suatu emel peribadi dari penghantar yang amat dikenalinya.
Amy,
Saya tahu awak marah. Tapi izinkan saya menerangkan satu persatu kepada awak. Sebetulnya secara tak sengaja, saya berjumpa dengannya pada hari itu. Apa yang awak nampak bukan seperti yang awak fikirkan.
Saya masih mengharapkan agar awak buka sedikit ruang masa awak untuk kita bertemu dan berbincang pasal tu. Tolong lah Amy. Jangan biarkan saya macam ni.
Yang benar,
Casey
Huh! Amy hanya melepaskan keluhan. Tak boleh lupa pada hari itu, Casey hanya membuat pandangan sebelah mata padanya. Tak boleh lupa juga pada hari itu, Sebelah tangan Casey memang memaut pada bahu perempuan itu. Siapa perempuan itu pun Amy malas hendak ambil tahu. Biarlah. Buat apa Amy perlu cemburu.
Casey,
Kenapa pulak awak nak jelaskan kepada saya. Awak tak buat salah apa-apa. Apa yang saya fikirkan atau ingatkan tak penting.
Kita hanya perlu teruskan kehidupan kita macam biasa. Sudahlah, saya tak ada masa nk berbincang apa-apa pun dengan awak.
'Lelaki ni memang kerjanya menyakitkan hati kaum perempuan aje!!' Desis Amy di dalam hati.
Tiba-tiba bunyi sms pada telefon bimbit Amy pula berbunyi.
"Amy, tolonglah maafkan saya"
Sms itu dibiarkan tanpa jawapan.
"Oklah, suka hati awaklah. Gud nite."
Setelah lama sms itu dibiarkan sepi sahaja...
Sebelum tidur mata Amy tertancap pada kipas syiling biliknya.
'Sebetulnya aku pun tak tahu apa yang aku marahkan sangat. Apa yang aku jaki sangat dengan lelaki tu. Tapi hati ni memang rasa sakit. Rasa tak puas hati.'
....
'Tapi aku puas, puas buat dia tercari-cari aku. Padan muka dia!!!'
Amy tersenyum puas. Tak lama selepas itu dia pun tertidur. :)
--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin
--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin
Comments
nk fesbuk xle. ok lagi. nk tulis blog xle. cube la tahan lagi. tp nk chat kat gmail pon xle?? aku tensennnn!!!!!
(sori...xde kne mengene lak drama ko dgn drama aku nih :P just tumpg nk luah perasaan je. ikotkan bole je emel kat ko ek :P ehehehe )