Atkins Diet

**Kredit to link yer**

Pagi tadi time pegi makan. Tetibe Kak Limah tegur aku nmpk berisi.. Wuwaaat. Aku mmg dh pasan dh aku berisi since benti breastfeedingkan si hapiy back 3 4 months ago. Mmg ase sedap2 jela badan nih. Tapi slagi jeans time anak dara aku boleh zip, aku buat tak tau jelah. Muahahahahahaha. Tp bila dh ada org tegur mcm tu, terpaksa lah fikir gak kan.

Aku peluuu diet!!

But still, aku sbenanye masih lebih kurus dr aku sblm kawin dlu. Nak jgkkk.

So aku nye reader list, antaranya cik peanut nih. Beliau telah mengsharing is caringkan Atkins Dietary Programs. So meh kita tgk 1-1 sama ada kita wajar ikot atau tidak. Kita tu aku lah. Takkan korg plak. Korg dh cantik menarik tertarik ko memang deboom bakpe mung nok diet gih. ish ish ish. Heheheh.

Okeh, aku petik:

Semasa 2 Minggu Induction Ini janganlah dimakan
1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan yang sebangsa dengannya.
---> This one if so, must die la. sehari mesti nk jmpe nasik sekali. huhu -VE
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.
---> takleh gk, rugi la aku br bli roti smlm. Tggu roti tu expired. haha -VE
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
---> this one, easily done. Aku tak fancy sgt air manis. ade ade. takde pn takpe. yeke? +VE
4.) Elakkan Buah-buahan
--- > Aikk? cmne aku nk berakk? -VE
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)
---- > Makin pelik plak dietary programs ini... tang minuman bergas tu ok, but jus buah buahan? such air kelapa tak bergula? -VE
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
--- > I dont mind at all
+VE
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal,ataupun kacang je soalan exam....
--- > I dont mind at all +VE
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
--- > I dont mind at all +VE
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
          ----> Abih donut segere aku satu tupperware dlm peti ais tu sape nk mkn? Firdaus sorg mkn? -VE

 
Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.
5.) Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..semangkuk maksimum sehari..
6.) Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari..
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari..kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan..
8.) *edit...jangan ambil daging burger..carbs agak tinggi..kecuali brand beef pride..carbs rendah..tapi hargenye mahal,4keping rm8..ade bran nak beli? huhu
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Diingatkan! Air bole cepatkan proses pembakaran kalori..jadi,minum!!! Banyak!! Air kosong k...
AIr mestilah lebih daripade 10 gelas sehari dan mesti diminum sebelum makan atau pun ketike dalam keadaan perut kosong...
Mesti air kosong..kalau minum air manis,boleh la buat blog taknakkurus.blogspot.com pulak...huhu

Contoh sarapan / Breakfast

1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
----> Mahal dietary programs ni. yg berbentuk tradisional melayu takde ke? huhu  -VE

Makan Tengahari / Malam

1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
----> Sup ayam masak sendiri kot? Where got time meh nk msk. N takkan nk mkn sup ni hari2? -VE
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !

Alamak, aku takleh nk gi la dietary programs ni.

Nk stop sini dlu boleh?

Tak bleh blah laa.

Huwaaaaaa

Korg boleh sambung bc kt : sini

Daaaa
--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

Popular posts from this blog

Pulau Tioman

Azizah Mahzan