A Luncheon...

Hubby: Kat mana?
Aku: Kt opis la.
Hubby: Ada kt kerusi? Dpn meja? Dpn PC?
Aku: Aaaa (sebab pelik tetibe die tanya gitu), iyelah kt mana lg. (Padahal tgh layan mangga kt meja Kak Sariyah. Hihihi)
 
Lepas tu terus letak. Eh pelik. Pstu aku tgk die online tp status die oren = Away. Ish. Aphal plak nih. Aku tepon hubby aku balik.
 
Aku: Abg dekat mana?
Hubby: Dekat opis la. Eh jap jap. Nnti abg call balik. Ok
 
Erm. Pelik sungguh. Lepas tu dia tepon balik.
 
Hubby: Rupanya dekat tang ling ada kedai ikan bakar sedap eh?
Aku: Bkn yang u bwk i dlu tu yg ada goreng pisang tu. (Tetibe aku pun teringat, itu bukit aman. Tang Ling kn yg kt klinik tuh)..
Hubby: Bkn, tu bkn lah
Aku: Ooo yang tepi klinik ada bwh tu KTMB tu eh?
Hubby: Haaa...
Aku: Kenapa nk mkn situ ke?
Hubby: Arrrrr jap2 nnti i call balik....
 
Herm.... Ok takpa kita tunggu.
 
Hubby: Jom lah kita gi mkn sana.
Aku: Ok u nk kuar skg ke?
Hubby tak lg 10 minit tunggu kt LRT dpn opis u tu.
Aku: Ok.
 
Ok ni suatu cerita di suatu tengahari (Tengahari td, br je. Hehehe) Setelah sekian lama. Asenye before puasa aritu kot last mkn sama time lunch. Lepas tu takde dah. Hubby aku busy. Mmg dia hari2 pn busy. Tp hari ni dia senggang skit.
 
Ha aku ada cerita. Kelmarin kul 3 ke 4 cmtu hubby aku call. Hari isnin. Hubby aku ckp ada member dia, India meninggal. Tetibe collapse. Mamat tuh ada history Operation By Pass jantung, jadi tak hairan lah dia meninggal sebab jantung. Tp still kene post morterm jgk sbb baru umur 44.
 
Lepas tu smlm, masa on the way nk bli brg2 masak, hubby aku balik awal skit smlm. Aku pulak dtg melawat Faidz, dia kene chicken pox, berjangkit dengan anak2 sedara dia la (Firdaus dan Hafiy yang dah pulih dr Chicken Pox). So hubby aku kata masak kt situ jelah. Aku pn since apa yg dia suruh masak tu senang. Ok jelah. Kalu susah mau aku muncung jgk. Warghahahaha. :p. So dia kata, masa kt opis td (selasa) kwn2 pn story2 la psl india tu. Kesian dia kata. Masa diorg cuba nk call bini mamat tu, tak dpt. So diorang dh tunggu lama, so tepaksa tepon rumah. Yang ada cuma anak simati dan nenek. Nenek pulak tak reti ckp melayu/english. So tepaksa bgtau anak si mati yang bapak dia dh takda lg. So cm kesian la. Budak tu dlm darjah 5 kot. So bila keluarga si mati dtg hospital nk tuntut mayat, marah lah diorg dekat kawan ni yang talipon bgtau ckp bapak budak tu dh takda dekat budak kecik. Mmg la ikotkan kesianla budak tu kecik2 dh kene dgr the killing truth. Tp nk wt cemanakn. Tp tu la kengkawan office hubby ckp. Kalau ada benda2 emergency mcm tuh, jgn la sorg dua je yg dtg teman mayat/jenazah. Kene berkawan2. Sbb nk kene face family si mati kn. Buatnya diorg angin ke amuk ke. Tak ke terkulai sorg2.
 
Mamat tu tgh borak2 tetibe rebah. Dlm kete on the way gi hospital lg dh mcm sejuk2 biru2 dh. So smpai2 hosp mmg doktor tak boleh buat apa. Kesian, tapi dah ajal....
 
Takdela sbenanye aku tulis entry ni sbg ingatan kepada hubby aku. Dia tak romantik. Jauh skali menunjukkan sifat penyayang lebih2. Tp kadang2 aku lupa apa yang benda2 kecik yang dia buat untuk aku. Sepatutnya aku igt. Dan hayati. Ewah hayati pulak. Contohnya makan tengahari tadi, Terima kasih abang. It means a lot! Aku bkn nk buat cerita sedih ke apa. But dgn dh hampir sebulan lebih tak dpt gaji. Bayangkanlah bape je yg ada. Tp aku sanggup bayar duit mkn td. Wpn separuh jelah. Haha. Mahal woo mkn situ. 2 org mkn rm18. Sedap mmg sedap. Lenkali bang, kalu u nk bwk i kuar mkn. Kita mkn kt MARA jek. Ikan bakar nasi sayur sorg RM5. Air sorg RM1. Br RM12. Tmpt pn selesa. Sejuk. Sedap jgk. Wpn tak byk pilihan lauk. Hihihi...Eh tp beza RM6 jekn. Sbb td ada masak lemak perut lg. lepas tu sambal tumis petai....
 
Lepas tu masa hari ahad aritu. Br lepas berselisih paham skit. Wakaka. Takde apa la. Small matter. Lepas kejadian dpt mkn free tu. Kami nk seberang jln nk gi ke kereta. Aku tgk seberang tu ada kedai buah. Tak igt jual buah apa ntah. Salah satu nya buah rambutan. Aku tgkk je buah tu. Aku perasan hubby aku tgh tgk kete nk seberang. Lgpn br lepas perang. Sorg utara. Sorg selatan. Hik hik.
 
Lps balik hubby tros nk kuar. Nk gi pasar katanya. Aku pn oklah. Buat la kemas2 apa yg ptt sikit2. Lepas tu dia balik die bwk Rambutan! Aku tros tanya. Mcm mana u tau i nk mkn rambutan. Tp dia jwb. Murah. 2 kilo RM5. Tak tau la die nk sorok dia bli sbb dia nmpk aku teringin ke. Atau mmg btol2 dia bli sbb murah ke. Atau masa nk seberang jln tu mmg aku terckp, eh rambutan. But walau apa2 pun. I know he did that because of me.
 
Tak kira apa pun, i tau u sayang i. ;p... If only u read up until this point lah. ;p
 
Oklah tu je. Ingatan buat suami. :D

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed