Marah
Persoalan 1
Dalam hal yang jadi hari ini,kita kaitkan kisah Adam dan Iblis dalam Quran .Adam dicipta dan Iblis disuruh untuk sujud pada Adam.Sedangkan Iblis waktu tu adalah makhluk Allah yg paling hebat laa.Bila dia diuji untuk menyembah Adam,barulah keluar kelemahan diri dia.Bila dia diuji,barulah nampak apa yang kurang pada dia.
Adam juga diuji.Adam berbuat silap memakan buah dari pohon yang telah Allah larang.
Kedua-dua makhluk Allah diuji.Tapi ada satu perkara yang bezakan dua makhluk ni.
Adam sedar kesilapan dan bertaubat 100 tahun
Iblis tak mengaku kesilapan,angkuh dan berjanji dengan Allah untuk sesatkan ummat manusia.
Dan hari ini Allah nak uji aku,dan Allah nak aku tengok kelemahan yang ada pada aku.Sama ada aku ikut langkah Adam.Atau aku ikut langkah Iblis…
Persoalan 2
Sabda Rasulullah saw :
" Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: " Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? " Baginda menjawab : " Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya." (Muslim)
Sabda Rasulullah saw :
" Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah saw ditanya: " Mengapa demikian ya Rasulullah? " Baginda menjawab: " Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup." (Riwayat al-Bukhari)
Sabda Rasulullah saw :
" Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali. " (Thabarani di dalam al-Awsat)
Persoalan 3
Tip membina kemahiran anak-anak untuk mengawal atau meluahkan perasaan marah
Reply Quote
1. Berkomunikasi dengan anak. Setelah mereka agak reda dari kemarahan, bantu mereka:
- memberitahu apa yang mengganggu mereka dan apa yang menyebabkan mereka marah.
- memahami yang ibu bapa sedia mendengar dan membantu mereka.
2. Sekiranya anak belum ada kemahiran verbal, ajak mereka bermain. Kanak-kanak suka permainan. Pilih alat permainan yang paling mereka gemari atau yang boleh membantu mereka mengalihkan fokus kemarahan atau ubah persekitaran dengan mengajak mereka ke ruang atau tempat lain.
3. Bantu mereka untuk mengawal emosi marah dengan mengajar mereka teknik pernafasan dalam(deep breathing technique). Ibu atau bapa meletakkan tangan kanan di atas dada kiri dan bernafas dalam. Minta anak melakukannya dan ajar mereka bernafas, sekurang-kurangnya dua kali. Setiap kali anak menunjukkan kemarahan, ibu bapa meletakkan tangan di atas dada sebagai isyarat yang jika anak itu melakukannya mereka akan berasa reda daripada kemarahan atau lebih tenang.
4. Ibu bapa melakukan sentuhan mesra, belaian, pelukan atau ciuman untuk menunjukkan bahawa mereka menyayangi mereka dan tidak marah atau benci kepada mereka.
5. Bagi yang beragama Islam, ketika anak dalam keadaan marah, pimpin tangannya ke tempat wuduk dan ajaklah dia berwuduk atau mencuci mukanya. Jika dia marah sambil berdiri, bimbinglah agar dia duduk. Ibu bapa juga boleh membimbing mereka membaca ayat al-Quran yang pendek.
Persoalan 4
Di antara cara mengawal perasaan marah sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah :
1. Mengucapkan Taawudz (A'udzu billahi minasy syaithoonir rajeem – Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
2. Diam atau tidak berbicara.
3. Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.
4. Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah
Comments