~IMAUS~

Bila kita ada satu
Adakah kita pasti kita hargai
Adakah kita pasti kita taati

Bila kita ada satu
Dan kita tahu kita sayang
Bila kita disakiti
Akankah hati kita sabar
Akankah diri kita tegar
Menerima semuanya
Seadanya

Bila kita ada satu
Dan hati kita merindu
Jiwa tak tenteram dengan ketiadaannya
Tak tenang bila berjauhan
Tapi adakah kita redha
Jika sudah ketentuannya
Jika jarak menjauhkan
Masa memisahkan
Bukan milik kita sepenuhnya

Bila kita ada satu
Sakit atau perit
Jerih atau payah
Penat atau lelah
Tapi bahagiakah kita?

Takkan pernah cukup
Walau hidup beribu tahunpun
Ada dia, disisi kita

Kerna dengan ada satu
Demi keimanan
Demi tuhan
Demi hati
Bahagia sentiasa meraja
Bangun disebelahnya
Walau bukan hari-hari atau selamanya
Tapi itu kemanisannya
Itu erti redha
Itu erti cinta
Itu erti pengorbanan yang harap berpanjangan

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

Ida Chan said…
huhuuu..jiwang di pagi khamis :D
dah lame ko xaktif tulis puisi2 nie kan? mcm menarik..

eh, nape ko xjawab komen2 aku? bz ke?
Siti Fatimah said…
tu la. mcm best plak berpuisi. ni kes air naik kepala kot ni. wakakaka

tula. ada busy ada yg aku nk reply skali internet slow. sorry ek. ada masa aku sure nk reply nye. hik hik
iu rf said…
wa.. byk bakat terpendam ko..

leh ngarah filem.. leh wat novell... leh wat puisi.. gile ah..aku pun x leh wat cam ko wat.. jeles siottt...

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed