Ketetapan..

Eh tajuk mcm tak bole blah. Mcm takde kaitan pn ada gk..

Herm. Where to start?

Aku ada isu ni. Isu yang aku pn tak tau ada kaitan ngn aku ketak. Tp yg pasti. Mendatangkan isu jgk la dlm kepala otak ni. Dok piki2 gk.....

Aku ada kwn ni, kt opis la. Manjang aku ni isu opis je kn? Ho ho. Hampir sepenuhnya kehidupan aku habis kt opis. Balik umah ptg pn dh penat. Mkn2 tros tdo. Nk borak2 ngn kwn serumah pn kdg2 tak smpt. Takdela i mean. Mmg byk life aku kt opis memandangkan aku dh kerja. So isu kebanyakkan bekisar psl opis jgk. Kalu rumahtangga lain. Tu isu melekat akan aku kisahkan kepada hannan, ida atau gurlz di opis saat mengtalkkan diri memasing. Wakakaka....

Ok kwn aku nih. Dia baik2 sj pada mata aku. Dia di antara manusia yg dtg kt aku, saat manusia2 lain aku tgk mcm taknak je dekat ngn aku. Mcm aku dgr seolah2 diorg ckp kt aku. Timah tu teruk. Timah tu teruk. Wpn diorg tak ckp. Tp mgkin syaitan bisik aku aku. Eh diorg kata ko teruk. Wakakaka.

Aku cm rendah diri. Aku down. Aku ase mcm takda sapa memahami aku ketika itu. Yg aku tau. Diorg tak suka aku sbb aku kedekut. Sebab aku out spoken. Sbb aku suka kutuk2 org. Tapi aku ase diorg tak memahami aku malah takleh accept kelemahan aku. Bkn sorg dua aku rasa mcm tu terhadap aku. Malah hampir keseluruhan ofis aku ase cmtu. Yalah, korg yg bc blog aku msti tau zaman kejatuhan aku haritu tu. Masih tepalit parut ase besalah dan rendah diri dan down aku tuh. Nak2 balik2 umah husband aku tambah lg dgn. Tu la u. Cuba diam je. Wakakakaka. Kira aku tak dgr sendiri, aku assume. Dan of cos la asumption aku tuh ada tambahan perasa dr bisikan2 Syaitonirojim. Wallahualam....

Skali kwn aku nih dtg kt aku. Ckp dia kesian kt aku. Dia suruh aku sabar. Dia ckp semua ni akan berakhir. Kalau org tu salah, dia akan menerima balasan dr Allah. Allah tu maha adil. Igt Allah dia ckp. Dan dia bg warning kt aku jgn percaya semua org. Maksudnya jgn cerita celah kain apa semua kt org. Cuba blajar simpan2 skit. Dan kalau boleh kalau tak puas hati jgn la cerita kt blog. Org tak suka. Mana yg hak timah, timah jaga. Tp hati org lain timah kene jaga. Aku appreciate sgt kedatangan dia tu. Sbb bg aku tak ramai kawan dlm dunia ni sanggup dtg kt kita dh kasi nasihat kt kita terang2. Wpn cara halus. Aku mengaku, time tu airmata aku gugur dpn dia. Aku ni mmg jenis org mudah menangis sebenarnya. Tp disebabkan ego aku tuh, aku tak menangis dpn org lain. (Wpn slalu kantoi kalu gadoh ngn hubby nangis kt meja, kdg2 tetibe lak org dtg kt meja ini. Wohohoo). Tp psl2 opis ni jrg la aku nk menangis. Wpn aku sedih. Wpn aku sakit hati. Tapi hari dia dtg kt aku pujuk2 aku, nasihat2 aku, aku nangis. Aku akui saat tu aku rasa gelap. Aku takmo dok sini lg. Aku takmo keje sini. Aku tau mana aku berdiri. Di mana aku ase semua tak suka aku. Semua tak memahami aku. Tapi bila dia dtg tu, ada jgk yg memahami. Ada jgk yg berani tegur aku dpn2. Jadi aku amat hargai. Aku jd tenang. Aku jd lebih berhati2. Dan aku jd berfikir panjang.....Memang aku berterima kasih kt dia. Huhuhuhu.... Hubby i pn tau tau. Wakakak.. ;p

Tapi hari ni. Aku tak tau mcm mana nk tolong dia. Aku tak tau kenapa dia plak mcm down. Apa yg mengguris dia. Aku tak tau...... Kenapa dia buat org yg slama ini dia kongsi mcm2? Org yg sebelum ni dia pn pernah bg kata2 semangat. Org yg dia baik. Org yg dia share saat duka suka. Org tu pn slalu bg mcm2 makanan kt dia. Kenapa dia treat org tu mcm tu. Aku tak paham apa yg mengguris dia.

Aku tak tau mcm mana nk approach dan tanya dia. Bende ni dh makan 2 3 minggu jgk macam tu. Tu yg aku tulis kt blog ni. Kdg2 dia ngn aku ok. Kdg2 aku senyum pn dia tak pandang. Smpai aku ase, yg aku ckp2 tanya2 ngn dia dia ok tu sbb aku ni penilai pertama dia je. Kira kene la jg gk kn. Tp kdg2 aku ase, eh aku ke yg bersalah?

Bkn aku sorg. Bkn unit aku sj. Ngn unit lain pn. Even teman2 pergi mkn dia pun, bila diorg nk pi mkn, diorg carik dia tak jmpe.

Aku penah emel dia tanya kenapa dgn nada main2 jelah. Tp dia tak jwb.

Ada org penah sms dia tanya kenapa. Dia ckp sbb dia tak sehat.

Tp pokok persoalan kenapa. Siapa pun tak tahu. Hanya Allah dan dia je yg tau....

Sbbkan bg aku, dia pernah tolong aku satu masa dlu (ala dlm tahun ni gk, tak lama dlu pn, so kalu aku tak igt tu mmg la kn) aku rasa nk tolong dia. Tapi aku tak tau mcm mana. Kn org kata sarang tebuan jgn dijolok.

Yg aku mampu stakat ini cuma mendoakan agar kekusutan ini terungkai. Moga kwn aku sorg tu, reda dr amarah dia yg tak tau psl apa. Moga Allah tunjukkan jalan demi kebaikan semua dlm opis ni. Amin...........


--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

hamas said…
This comment has been removed by the author.
hamas said…
HablumminALLAH dan HablumminanNAS .. jaga hubungan dgn Allah dan jaga hubungn sesama manusia...

dgn manusia kn "Husnuzon" iaitu bersangka baik..mungkin member tu sakit kot or ada masalah peribadi..tu yg di down skit kot

Popular posts from this blog

Pulau Tioman

Use Tea Tree Oil To Combat Body Odor