Cerita Sedih Petang Tadi..

Aku dh pernah terbaca cerita sedih mcm tu actually. Tp bezanya, pelakon atau watak utamanya Lelaki instead of Perempuan. Pernah bc tak, psl sorg minah ni, ada penyakit, lepas tu dia bg duit utk mak abah dia aku tak igt utk apa. Last2 dia mati. Semua org sedih gila. Ntah aku tak igt cerita apa, tapi lebih kurang lah dgn cerita yang aku tgk ptg td.

Mungkin, kalau org lain tgk. Lain yang dia rasa. But this is just how i feel lakn. Basically, kalau ada cerita2 yang berkaitan keluarga, adik beradik, memang aku sedikit emosi. Sbb mcm ada kaitan dgn keluarga aku. Yg smpai sekarang aku tak rasa akan settle. Mcm cerita ni jgk. Takkan settle unless one of us dead!

Cerita dia berkisar tentang seorang ayah, bersama 3 orang anaknya. Abang, Kakak dan Adik Bongsu lelaki. Ayah dia Jalil Hamid, Abang dia Ijoi laki Sharifah Shaheerah tuh. Kakak dia Watie Elite dan adik dia Faizal ex-husband Siti Nurdiana. Bg aku semua nama di atas pandai berlakon. Kecuali Watie tuh, br2 ni jek aku nmpk dia pandai belakon. Si ijoi tu plak, sejak pegang watak mat rempit. Mcm sesuai lak. Mmg muka kaki perempuan. Wakakaka. So sejak tu aku nmpk ijoi tu pandai je blakon. So pointnya. Jd best la citer tuh bila dorg pandai bwk...

Si Ayah ni nk gi haji. Dlm pada nk gi haji tu mcm2 lah jd. Nk gi Kelana Jaya takde org nk anta lah. Apalah. Tp pelik gk la apsal smpai 2 3 4 kali nk gi Kelana Jaya. Tepon sudah. Wakakaka. Ok fine tu lain cita. Kira anak dia yg 1st ngn 2nd tuh kerja opis. Berjaya la kira. Anak dia yg Faizal tuh keja kilang jer sbb masa skolah dlu mls blaja ke apa tak tau. Jadi si Ayah ni slalu lah beza2 kan anak2 dia. Mmg sedih siut masa ni. Wpn masa ni tak tau lg anak bongsu dia ni sakit apa. Bkn sedih apa la. 1 sedih sbb dok kata anak dia tu tak mampu bli kete. Pstu dok bwk motor buruk. Mmg tak pandang langsung. 2 sdih anak dia ni baik la balik kg, masakkan utk ayah. Siap smpai 1 tahap ayah dia ni sakit kaki terpijak kaca, anak bongsu dia ni sanggup benti kerja. Sbb abang ngn kakak dia takmau gilir2 jaga ayah diorg. Pstu ayah dia taknak mkn apa dia msk. Hari2 ckp anak dia tuh tak berguna la apalah. Sedih masa dia dh tau dia sakit, lepas tu dia cubalah nk berbaik ngn ayah dia. Sbb dh tau dia takkan hidup lama. Dia masakkan pstu ayah dia taknak mkn ckp tak lalu. Aku phm perasaan penat cuba nk impress org. Skali org tak appreciate. Sedih aku.

Yang ketiga, sedih sbb anak dia ni nk kawin. Dia dh ckp, dia dh kumpul duit dh ckp. Dia takkan menyusahkan ayah dia la kn. Ayah die ckp. Ko pikir elok2. Ko tu dh la keje kilang je. Mana cukop nk besarkan anak org. Lepas dia dh tau die dh sakit. Dia pn ckp ngn ayah dia, dia tak jd kawin. Ayah dia ckp, sedar pun diri ko tu. Lenkali cermin diri tu dulu. Sedih siot aku dgr cmtu. Time dia nk putuskan hubungan ngn awek dia tuh lg la aku sedih. Awek dia ni baik. Siap slalu la kasi kata2 semangat. Tenangkan mamat ni tiap kali mamat ni sedih psl ayah dia. So masa dia dh putus, pstu ayah dia buat mcm2. Ckp mcm2. Dia takde tmpt nk mengadu. So masa dia mengadu kt Allah tuh. Aku pn ternangis skali. Itu aje yg dia ada.

Dia kena kanser. Sbb tu dia slalu pitam2. Kanser apa taktau. Tak ckp lak. Wakakak. Lepas dh tau dia ada kanser, dia kuarkan semua duit simpanan dia dan masukkan dlm tabung haji ayah dia. Lepas tu ayah die gi Tabung Haji dan uruskan daftar haji semua. Kira dh ready nk gi haji la nih. Dh naik nama semualah. Pstu dia guna duit dia belikan ayah dia ihram. Masa die blikan tu ayah die tak suka sgt pn. Still pandang slack kt dia lg. Siap ayah dia tak tau duit tu dia yg masukkan. Kira skeptikal la. Bila org tabung haji ckp duit pakcik dh ckp. Tros die ckp tu anak2 dia yg abang ngn kakak tuh la. Mamat kerja kilang tuh mana ada ckp duit. Huhuhu.

Tak lama selepas ayah dia tau dh nk gi haji, tiba2 die sakit yg amat sgt. Lepastu dia pn meninggal. Ayah dia balik tgk2 dh terbaring. Tak smpt tgk ayah dia gi haji.

Masa kenduri apa ntah, tak sure kenduri nk gi haji ke kenduri tahlil. Mgkin 2-2 skali la kot. Ayah dia ckp terima kasih kt kakak n abang sbb masukkan duit. Pstu abang ngn kakak ckp mana ada. Masa ayah die mintak tambah duit dlu, si abang kene marah ngn isteri ckp tak payah bg. Si kakak lak kononnya dh guna duit utk melabur. So ayah die pelik sapa yg masukkan. PStu adalah yg bersuara. Tu adik bongsu dorg yg masukkan. Duit tu pttnya nk buat kawin. Tp sbb dia tau yg dia dh nk mati, die pn bg ayah dia semua. Padahal ayah dia tak ckp lg 5k je. Kira lebih tu utk blanje la. Siap masa kenduri tu, awek dia pn ada. Sedih awek dia bila dgr. Lg sedih silap2 ayah mamat tu yg masuk minang. Tak dpt anak ayah pn boleh ke? Wakaka. Ok tu aku sj buat lawak bodo. Hehehe.

Simple la cita die. Tak berat. Ok la smbil2 pujuk hubby nk kuar jln2. Hehehe...

Naik2 kete nk kuar, aku ckp la. Yeye dpt kuar. Patu hubby sambung. Yeye kuar tp duit takdak. Huhuhu. Ampeh. Janji dpt hirup udara luar. Takleh lah wiken dok umah je. Dpt kuar naik kete kejap pn jd lah. Eh tp sabtu dh kuar. Kira hari2 mau lah. Wakakaka

Okeh aku dh merepek. Plak. Kira citer sedih tu citer sedih kt TV1. Bkn citer sedih aku. Alhamdulillah...... Moga Allah lindungi aku dan keluarga aku. Amin...

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

Aishah Hamzah said…
taw psl cte tur.....ape tajuknye lupe plak.....tp ble ade elemen lagu yg sedeih tu lagi membuatkn citer tue sedey.....

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed