Absurd!

Aku dah lama nak tulis. Tapi tak tertulis2. Aku tak paham. Aku tak nampak rasionalnya. Aku taknak la mencucuh api kt minyak tanahkan. But seriously. Things are really getting more and more absurd (pelik, menjengkelkan dsb). Chewah mcm kalau aku ckp bhs inggelij org tak paham lak. Hahahahaha. 
 
Aku tak puas ati psl golongan yang katanya mereka lahir di badan yg salah. Yang lahir perempuan, katanya punya naluri lelaki. Yang lahir lelaki, katanya punya naluri perempuan. Aku guna perkataan katanya instead of 'kononnya' sebab aku br nk mula cerita. Nanti dh habis bc bolehlah buat kesimpulan sendiri mana satu yang sesuai. Anda tentukan. Wakakaka. ;p.
 
Pada aku takde beza dh sgt lelaki atau perempuan dalam zaman moden ini. Maksud aku dr segi kerja kt opis. Kerja kt rumah. Mmg la typical melayu, kononnya, okeh ni btol kononnya. Masak, basuh baju, sidai kain, kemas rumah, jaga anak -> kerja perempuan. Tapi ada je lelaki yang boleh buat semua semua tu dengan lebih baik. Malah lebih elok lebih kemas dr perempuan. Pokoknya lelaki itu sendiri dia nk buat ke tak. Bkn sebab dia lelaki, for sure kalau dia buat semua salah/semua terabur. Kira point aku, tak kira ko lelaki ke ko perempuan ke. Kerja-kerja tu semua bergantung kepada kau sendiri. Boleh ke tak boleh ke. Di sini aku bukan mempersoalkan psl suami isteri apa tanggungjawab masing2. I just making up a point that, tak banyak beza ability lelaki mahupun wanita dalam kerja2 sama ada dipejabat mahupun dirumah. 
 
Kira aku mempersoalkan, apakah naluri lelaki/perempuan yang diwar war kan sgt tuh? Naluri perempuan sebab dia nk pakai bj perempuan? Naluri lelaki sebab dia nk pakai bj lelaki? Adoi tak bebaloi langsung. Ko berdosa, nabi tak mengaku umat, mati ntah kemana. Syurga apatah lagi (aku bukan kata aku kompom masuk syurga okeh. Aku tau aku byk dosa. Tapi aku just nk ketengahkan, kita semua tau, jadi gay/lesbian itu dosa!). Pada aku, ok fine, ko suka pakai bj perempuan. Pakai jelah. Tak payah nk kata naluri ko lelaki or perempuan. Kalau kau dh lahir perempuan ke lelaki je. Ko terima jela. Semua tu Allah bagi lengkap Alhamdulillah. Tak payah ko nk persoalkan atau nk kata ko tu malang sebab lahir kt badan yang salah. Eh tetibaku lak emo ek. Ekekeke. Ok cool cool. Kira pada aku kalau dr segi baju je. Erm baik tak payah. Aku memang dr kecik, wpn dr lahir mak ayah aku dokla pakaikan aku skirt mekirt bagai. Aku tak pernah ok merasa pakai seluar smpai la aku darjah 6 kot br aku pandai demand nk pilih bj aku sendiri and br la mak ayah aku bg kebenaran. Aku smpai skg. Aku suka pakai seluar. Wpn dah dipupuk dr kecik pakai skirt. Tapi aku rasa aku takda masalah lahir di badan yang salah. Kalu dari segi baju lah. Ok mungkin golongan2 tu akan kata. Sebab naluri ko masih perempuan walaupun kau pakai baju lelaki. So aku still tak paham. Naluri macam mana lagi tuh? Ermm......
 
Ok kita dh smpai ke part yg lebih sensored dan lebih jauh. Hikhikhik. Bagi aku, ikot logik akal akulah. Perempuan dilahirkan cukop semua agent sex dan begitu jugak lelaki. Ni bagi yang normal dan tidak cacat la. Kalau kita tengok nyah / pengkid / gay guy, mereka sebenarnya cukup sifat. Hanya 1 kecacatan sahaja, mereka lahir dibadan yang salah. Itu je yang aku nampaklah. Tak tau lah kalau ada kecacatan yang lain. So to make up my point here, kalau dia lahir perempuan maka organ sex dia ckp sebagai seorang perempuan. Dan semua maklum macam mana perempuan nak diransangkan. Organ-organ ransangan seorang perempuan. Begitu juga lelaki. Kalau tak tau bole belajar. Muahahaha. Bknlah. I'm not talking about sex ni. I mean, semua tu dh sedia cantik disediakan Allah, kenapa perlu tukar? senget ke organ sex dia smpai die rasa die bkn lelaki/ bkn perempuan? Smpai die tak boleh menikmati hubungan kelamin yang normal? Smpai dia perlu jadi perempuan untuk bersama lelaki? Smpai dia perlu jd lelaki untuk bersama perempuan? Tak bosan ke? All the sex organ are the same? Kn? Ok dia kata, die tak teransang kalau adakan hubungan kelamin dgn pasangan normal. Maksudnya kalau die lelaki, dia tak ghairah kalau nampk perempuan. Ataupun sebaliknya. 
 
Terangsang atau tidak bukankah itu permainan minda kita sendiri? Bknkah kalau kita terikut, ikut sangat smpai tersampuk, maka kita pun memilih jalan sebegitu. Memilih seperti tak sepatutnya.
 
Aku berani kata, golongan-2 yang kidding with themself ini hanya mempunyai masalah otak. Sebab mereka cukup sifat. Semua ada, smpaikan nk tukar lagi. Smpaikan perlu makan pil hormon. Sbb mereka ada hormon yang bertentangan dengan kehendak mereka. Sebetulnya kehendak mereka itu yang perlu diperbaiki.
 
Aku terfikir, kehendak mereka itu sebenarnya datang dari minda mereka yang telah dirosakkan. Aku kasihan. Aku harap aku boleh membantu. Aku harap aku mampu yakinkan mereka, Anda silap. Anda terlalu ikotkan kata hati. Kata hati anda yang telah dirosakkan. Anda sepatutnya sujud dan menghadap Allah. Berdoa kepadanya. Minta bantuannya. Agar Allah tunjukkan anda jalan. Mungkin membetulkan sedikit kerosakkan minda yang telah anda alami itu. Wallauhualam. 
 
Lagi satu beza terbesar perempuan dan lelaki ialah, perempuan boleh mengandung. Sebenarnya paling besar adalah akal. Akal lelaki ni banyak. Tapi itu pemberian Allah. Lagipun banyak mana sekalipun akal yang ada, tapi kalu guna ke arah yang tak betul, atau tak gunakan langsng atau twisted tak guna jgk kan. Ok so, lets talk about pregnancy. Ok guys now talk to me. Kekekeke. Memang lelaki takleh mengandung sebab diorg takde rahim. Smpaikan part nk buat anak pun, Allah dah lakar cantik2 untuk kita. Sperma lelaki, Ovum perempuan. Simpan di Uterus. Betul kan Sue Aus / Miniace? Hehehehe. Mcm mana nk tukar tu? Takkan boleh kan?
 
Or so to say, bila lelaki nak jadi perempuan, mereka maukan naluri sebagai perempuan di mana perempuan boleh mengandung. Tapi, lelaki takkan boleh mengandung unless ada doktor yang sanggup researchkan dan buat lah apa2 yang patut untuk pindahkan ovari dan uterus ke dalam badan lelaki. Ovari dan Uterus yang seorang perempuan nak jadi lelaki taknak boleh sedekah dekat lelaki yang nak mengandung sebab nk jadi perempuan ni. Nak buat ayat pun bunyi berbelit2. Bila translate into real world. Tak ker 1 kerja tu. Blom tentu berjaya atau tak. Jadi untuk lelaki merasa untuk mengandung, memang tak boleh! Titik. Habis di situ.
 
So bila perkara ni too imposible, jadi mereka pn tarik nafas. Ok takpelah. Since pemindahan ovari terlalu berbahaya kepada kesihatan dan juga blom tau boleh berjaya. Transgendering pn bahaya, too riskfull.
 

Jadi takpelah. Kami still perempuan (tapi sebenanya lelaki!) dan akan bercinta dengan lelaki (yang kononnya straight tapi ditakdirkan bersama dengan perempuan yang sebenarnya lelaki).

 
Atau
 

kami still lelaki (tapi sebenarnya perempuan) dan akan bercinta dengan perempuan (yang kidding with themself yang kononnya putus cinta dengan lelaki sebenar tetapi lelaki sebenar tak memahami kehendak perempuan. Tapi lelaki yang sebenarnya perempuan ni tau apa perempuan nak. Hellooooooo... Tidakkah ini maksudnya anda memerlukan seorang kawan perempuan yang rapat?)

 
Ok aku dah babbling byk. Akhirnya otak aku ke satu arah yang kononnya jawapan. Perasan tak aku byk guna perkataan kononnya sekarang? Dh pasti apa jawapan utk persoalan kat perenggan atas tadi?
 
Ok so arah yang kononnya jawapan tadi? Ke satu arah iaitu sex! Maksudnya tak kisahlah apa jantina aku. Apa yang aku ada. Apa yang aku dpt tukar. Yg pasti aku suka org yang sama jantina dgn aku! Dan aku tau mcm mana nk puaskan dia, sebab aku sama jantina dengan dia. Dan dia pn samalah. Tau macam mana nk puaskan aku. Aku tak pernahlah search mcm mana pasangan sama jantina ni memuaskan diri masing2. Tapi aku for sure lah. Diorg akan ransangkan titik2 tertentu tu. Bende tu dah macam onani atau masturbate la pulak kan. Sebab mereka tiada alat lengkap. Ada alat yang berat sebelah. Tapi sebabkan interupted mind mereka tadi mereka kata mereka puas dan inilah yang mereka mahukan. Tu lah aku ckp, mereka ni bergurau dengan diri sendiri! Menipu diri sendiri. Ikotkan sangat kata hati tu.
 
Mereka seolah2 menganggap diri mereka ini malang, cacat sebab mereka lahir dibadan yang salah. Jadi AKU atau orang lain yang normal ni sepatutnya kasihan dengan mereka ini. Padahal mereka lengkap alat tubuh badan cuma minda sahaja tidak boleh menerima apa2 organ yang melekat dibadan sebab mereka ada kemahuan dan keinginan yang berbeza.
 
Aku tak faham sebab, bagi aku mereka tak perlu merasakan diri mereka cacat. Mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan. Mungkin perlu belajar untuk mengawal nafsu mereka. Mungkin mereka perlu menghadap Allah lebih lama. Kerana ujian untuk mereka memang besar, sebab minda mereka telah dirosakkan. Dan memang sukar untuk kembali ke arah yang normal. Tapi boleh, bukan tidak boleh. Kalau mereka yakin dengan kewujudan dan balasan Allah S.W.T. Mereka pasti boleh menukar keinginan yang songsang itu!
 
Kerana hidup ini terlalu indah untuk disia-siakan. Terlalu singkat untuk dibiarkan dengan hinaan cacian. Bkn sahaja didunia, malahan diakhirat kelak!

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

mini_ace said…
dulu su keje kat klinik ada la laki2 dtg nak suntik estrogen nak ada dada semua tu. tak paham jugak dgn dorg ne sbnrnye. sbb tak paham apa yg dorg cuba buktikan? betul ke ada naluri yg bertentangan tu. rasanya semua tu sbb dorang ikut nafsu and tak berpikir pada jalan yang btl. mungkin dorg rasa best nya kalo jadi ppuan, so terus nak jadi ppuan. yang ppuan lak konon2 kecewa dgn bf, terus nak jadi laki. apa2 dorang wat ne rasa nya semua atas bisikan syaitan je nak pengaruh dorg ne. moga2 sempat la dorg bertaubat.seriau rasa dgn kes2 skrg ne.rasa dunia mcm nak kiamat je
Siti Fatimah said…
tu la tu..suma ni bisikan syaitan...

dorg tak nk di hina, padahal.....

cmne nk kesian..sendiri cr penyakit sebenarnya..hehe

*geleng2*
itu semua dugaan Allah bg kat diorg.. dugaan di dunia, kita yg tengok, tak rasa beban yg Allah bg kat diorg... doakan jek la yg mana baik utk dia..

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed