Happy Anniversary..

Dah 5 tahun dah.

Pejam celik pejam celik. Homai Homai... Tak sangka...

Sejak dr awal perkenalan. Sambil tgk dia mkn dekat NZ Bawah - Dlu ada NZ Atas NZ Bawah. Hohoho. Sehingga lah ke YM. Smpai ke Pangkor. Menginjak ke Tg Balau dan Janda Baik. Smpai ke detik2 gigil2 kaki tgn sume bila perkenalkan dia kt ayah aku. Dan lepas tu aku pulak jumpa Mak dia. Dan akhirnya kami tunang. Kami kawin. Dpt Anak 1. Skg dh Anak 2. Dari aku kerja kt Freescale - masa baru2 kahwin. Smpailah aku kerja kt KPWKM, iaitu sekarang. Dia pun mulanya kerja dengan MEPS, dan akhirnya skang dh kerja kt CIMB. Berkembang dan terus berkembang, Alhamdulillah. Rezki Allah tu memang tak diduga atau disangka2.

Stakat ini ujian memang macam2. Perasaan memang mcm2. Ujian tambah lg 1 tu belum lg la. Huuhuhuhuhu. Alhamdulillah. Buat masa ni mental dan fizikal aku pun belum bersedia lagi? Tapi Allah tu maha kaya, perancangan Dia maha hebat..... :D

Alhamdulillah, dalam hati aku masih ada dia. Dan yakin dengan ketentuanNya.

Aku harap, walaupun kami berubah. Biarlah kami berubah menjadi yang lebih baik dari hari ini. Masing2 biarlah semakin paham dan ambik berat dengan tanggungjawab dan amanah masing2 terutamanya anak.

Kami, memang banyak kekurangan. Dan kami sentiasa berharap kekurangan itu dapat kami perbetulkan dan perbaiki dari masa kesemasa, insyaAllah.....

Ok untuk target masa depan yang belum dipenuhi lagi:
  • Nk pergi UMRAH / HAJI
  • Nak blaja isi Quran. Blaja, Pandai Baca n PAHAM. huhuhuuhu...
  • Aku nak beli mesin jahit
  • Aku nk beli oven
  • Aku nk beli mesin putar nk buat kek tu
  • Haha ntah apa2. Ada korg kesah - eh termasuk dlm list plak. ;p
  • En. Kuyu nk 5 anak. Aku kalu boleh nk celen mak aku 6 anak. Tp hitung2 asenye smpt 4 anak je kot. ;p kite tgk cmne
  • Aku tak kisah, ada anak perempuan ke, takde anak perempuan ke... Aku syg sume,.... :D
  • Aku nk kurus, n mekap2, dressing2. Hohoho
  • Aku nk bli rumah teres - kalaulah Allah perkenankan keinginan aku ini. hehehe
  • Aku nk bukak bisnes kononnya.
2 yang terakhir tu tak bole bla kn. hahahaha. Tapi target mesti ada. Kn?

Tu harapan aku la. Dh mcm harapan tahun baru lak.

Buat yang tersayang baca tu. Aku harap kalau die nk kawin 2 ke 3 ke 4 ke, jgn lah sorok2, bgtau aku. Tgk ler aku nye reaction cmne. YG penting tgjwb die sume terbela. Jgn cm skg aku dh terbiasa sume bergantung ngn dia, die tinggal gitu je kn kn kn. Huhuhuhuu.Tp aku tau, perancangan Allah. Tak amik ngn cara begitu, amik ngn cara 'lain'. Dan mgkn jgk aku yg kene 'ambil' dulu.READ:MATI. Wallahualam. huhuhuhu....

Aku nak stay as his wife, for the rest of my life. Itu yang pasti, masih dalam hati aku. Amin....


--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

Happy Anniversary Siti + Kuyu..
Semoga dapat apa yg dihajati...

Esok, turn aku pulak, hehehe
misshannan said…
tahniah.harap suma cita2 ko tercapai.amin.

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed