Yang Sudah Tiada.. Al-Fatihah!

Aku mula2 konpius gk pasa aminulrasyid ni. Tp lepas bc 1 persatu kt web. Aku ase aku mula paham.

Bkn apa, aku mmg rasa salah la dia kene tembak. Dan pihak polis mcm begitu bertegas, bahawa tindakan itu betul.

Dan keep saying Arwah salah, sebab memandu tanpa hala tuju. Malah memandu tanpa lesen.

1st of all, mana dia tau Arwah baik ke jahat ke - sbb dia masih dlm kereta. Lepas tu pulak mlm, mgkin tak jelas. So mgkin polis tak tau and amik tindakan cmtu. So aku backing polis.

TAPI. Mana dia tau Arwah takde lesen?

Mgkin sbb Arwah lari, dia igt Arwah pesalah. Kebetulan plak ada kejadian rompakan ke apa ntah aku tak psti. So die suspek Arwah. Arwah mgkin panik dan terjadilah apa yg terjadi.

So bkn salah Arwah, dh ajal dia. Bkn jgk salah polis, dh ajal dia.

Tapi yg org risaukan, WAJARKAH polis tros bertindak melulu menghukum sorang budak bwh umur yang memandu kereta dgn hukuman mandatori = tembak smpai mati? Kira risau la, polis buat tindakan melulu mcm tu. Mak Arwah sure sedih giler. Mak2 org lain? Setimpalkah kesahan tersebut dgn hukuman yang arwah dpt?

Ok aku mls nk ulas panjang. Korg bc la apa yg ditulis di bwh. Just nk share je.



1. Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) melahirkan rasa kesal dengan reaksi Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah dalam satu kejadian tembak sampai mati di Shah Alam.

2. Dalam kenyataannya, beliau berkata bahawa beliau akan mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dalam keadaan yang mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya jika itu kehendak masyarakat.

3. Saya melihat Tan Sri Musa Hassan gagal memahami kerisauan dan suara hati rakyat mahupun keluarga mangsa dalam kes yang melibatkan Aminurrasyid mati terbunuh ditembak oleh anggota Polis .

4. Bukan kehendak rakyat mengkritik atau membantah tindakan polis mengadakan sekatan jalanraya untuk memastikan semua pengguna jalanraya mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan .

5. Bantahan atau kritikan itu adalah terhadap anggota polis berkenaan yang telah mengambil tindakan keterlaluan dengan melepaskan tembakan tepat ke arah kepala Aminurrayid dari arah belakang sedang Aminurrasyid hanya seorang kanak - kanak bawah umur yang masih berada di kerusi tempat duduk keretanya .

6. Tidak dinafikan bahawa memandu tanpa lesen pula melanggar sekatan jalanraya adalah salah di sisi undang - undang jalanraya tetapi hukumannya bukanlah ditembak sampai mati . Inilah persoalannya . Apakah pihak PDRM telah kehilangan idea untuk membenteras gejala rempit dan pemanduan tanpa lesen sehingga satu hukuman mati mandatori mesti dijatuhkan ?


--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

Akub's said…
aku rasa budak ni badan dier besar. serious kalau aku jadi polis tu pun aku tembak...1) bawak kete laju 2) mat2 motor kejar 3) malam dan gelap. ko nak expect aper lagik selain org yg bawak kete tu penjenayah yg tgh cuber larikan diri? nak tambahkan lagik teruk, dier kluar curik2 (dier kata nak tlg kawan dier motor pancit, mane kawan tu?). naper tak naik moto jer pegi tlg dier? nape nak kene naik kete?

innalillah utk arwah.
Siti Fatimah said…
Akub's has left a new comment on your post "Yang Sudah Tiada.. Al-Fatihah!":

aku rasa budak ni badan dier besar. serious kalau aku jadi polis tu pun aku tembak...1) bawak kete laju 2) mat2 motor kejar 3) malam dan gelap. ko nak expect aper lagik selain org yg bawak kete tu penjenayah yg tgh cuber larikan diri? nak tambahkan lagik teruk, dier kluar curik2 (dier kata nak tlg kawan dier motor pancit, mane kawan tu?). naper tak naik moto jer pegi tlg dier? nape nak kene naik kete?

innalillah utk arwah.

Yakub,
aku pelik apsal ilang komen ko. ekekek. ko delete ke. tp tak kire aku nk komen gk.

Ok fine, mmg yg ko kata tu btol. mmg mcm penjenayah. mmg arwah tak ptt curik2.

BUT. pada aku kenapa pelu tembak melulu. kalu kt negeri omputih, setau aku. dorg hanya akan tembak, kalu nmpk pistol. kalu dlm keadaan. org tu kuar pistol.

ini dh terang2 budak tu tak kuarkan pistol. budak tu just lari je.

dia tros tembak.

sebab apa? sbb dlm mesia ni mmg gitu. nmpk org mencurigakan. kejar tak dpt. taknak benti = TEMBAK. senang cite.

Kalu indon bwk kete tu settle masalah lah. POLIS HEBAT!

tp silap, bkn indon. Tp rakyat mesia. Budak lg plak tu.

Cuba kau bayangkan yakub. Anak kau lelaki. Lelaki ni bkn suma cm ko kub. Baik dgr kata. Dorg ni azali mmg nakal. Suka buat sumthing yg org tak bg. Cuba kau bayangkan anak ko curik2 bawak kete ko. Anak ko yg ko jaga dr baby. Bg pakai bj MU. Dh besar org kata die belagak mcm perompak. Patu kene tembak lak tu. Apa ko rasa?

Tak tau la. Aku sbg ibu. Aku ase konsep. Nmpk penjenayah tros tembak tu, aku takleh trime. Tak nmpk pn org tu pegang pistol yg ko pi tembak kepala tros tu apahal. Napa tak tmpt tayar dlu ke. Huhuhu...
Akub's said…
ader jer komen tu. manader aku delete balik. tader keje nak tulis pastu delete balik. hehehehe.
Blacque said…
First off all aku cuma nk bgi tau yg anggota tu xikut prosuder menahan suspek ktika brlaku kejar mngejar brkenderaan..simple as that sepatutnye anggota brtugas prlu ambik langkah bgi arahan hentikan kenderaan kmudian ambik lngkah mmbrhntikan kenderaan suspek ataupun tembak tayar kereta suspek,tapi bukan tembak mati suspek...haihh sengal bongok betul polis tu,msti ponteng krusus keanggotaan..

Popular posts from this blog

Pulau Tioman

Azizah Mahzan