Ada 2 Bukit dan 1 Batang, Menang 2-1

Aku menyeru, kepada yang masih kelam.
Tapi bukanlah bermakna aku memaksa kalian.
Janganlah terus terbenam.
Bangunlah dan bukalah mata.
Media hari ini, wajar aku katakan, tidak TELUS.
Bangunlah dan bukalah mata.
Bukan berselindung disebalik kebenaran yang dipusingkan.
Bukan berselindung disebalik kesetiaan yang tiada akhirnya.
Sudahlah aku sudah muak.
Komentar-komentar yang memualkan.
Jelas menyokong kepada jiwa yang masih melukut ditakok yang usang.
BANGUNLAH, BUKAKANLAH MATA KALIAN SEMUA.

aku petik:

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit
Gantang semalam dengan memperolehi sebanyak 21,860 undi, memang sudah dijangka oleh sebahagian besar rakyat Malaysia sebenarnya. Senario politik dan faktor semasa menguatkan lagi hujah tersebut biarpun ia tidak dapat diterima oleh sebahagian besar penyokong UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya. Nizar bukan sahaja menang, malah mencatatkan majoriti 2,789 undi berbanding 1,566 undi yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008. Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang ini menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi. Kamarul hilang wang deposit. Undi rosak pula adalah sebanyak 456. Nizar dalam ucapan penerimaan keputusan itu, yang diumumkan secara rasmi kira-kira pukul 9.45 malam tadi, menyifatkan ia sebagai satu petanda rakyat mahukan kerajaan demokrasi, urus tadbir baik dan adil. Ketika ditemui pada sidang media, Nizar berkata, pihaknya akan meminta agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan untuk membuka laluan kepada pilihan raya baru di negeri itu. "Kita boleh memperoleh majoriti besar," katanya.


Komen aku: Kalau betul BN kuat, silalah buat pilihan raya sekali lagi. Kita tgk PKR ni sekadar cakap ke atau apa?

Comments

iu rf said…
alhamdulillah... sonot 'kite' menang.. Allah sentiasa membantu org-org yang sentiasa berusaha menegakkan agamanya.. walaupun kadangkala kejayaan tak diperolehi sekarang.. insya allah lambat laun akan kelihatan juga..

semangat mak buyung ni...
nt bb dlm perut tu semngat cam mak dia.. hehehehe

takbirr!!! :)

Popular posts from this blog

Pulau Tioman

Eye On Malaysia Malacca - 18 Feb 2009