Ulat Mulong

Aku ase mcm tak salah aku sebarkan bende ni. Terpulang la kalu nk pecaya atau tak. Tapi sekurang2 nya bole mencetus idea kt minda masing2 untuk lebih tercari2 mengenai kebenaran artikel di bawahnya. Tp kalau anda yakin mmg ulat tu bole di makan enak diratah. Silakan. Aku bkn nk menimbulkan was2 tp aku ase logik gk la. Seigt aku ustazah aku dlu pn kata ulat dlm buah je bole mkn. Masalahnya ulat mulong ni bkn dlm buah. Tp dlm batang. So pikir2 n beringat2 la kwn2. Apa2 pn aku mmg geli nk mkn ulat ni... Eyeeee... Kredit to Puan Hannan. Link kt sbelah kanan ye. Tq.

Saya (Ikhram Husin) pernah belajar dan menetap di bumi Sarawak.
Berikut
sedikit perkongsian. Mohon sebaran
Saja nak kongsi dgn sahabat2
ya...Sebagaimana ditontonkan di Majalah 3minggu lepas perihal ulat mulong.
Berikut antara intipati pengajian dpdKitab "Sabilal Muhtadin" .Ulat
MulongRupa-rupanya masih wujud kekeliruan dalam masyarakat kita berhubung
hukummakan si-at atau ulat mulong atau ulat batang sagu ini.Dalam mazhab Syafi`i
yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelahsini, segala macam ulat
dihukumkan haram memakannya.Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang
terwujud dalam cuka atau
buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi
untuk dibuang, yang dimakanbersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni
lebih tepat diistilahkansebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah
buah sedangkanulatnya ikut termakan sekali".Jadi menjadi satu syarat yang ianya
dimakan bersama - sama buah tersebutkerana sukar hendak dibezakan dan
dibuang.
Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka
tetaplahhukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab
fiqhmu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132 serta
syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445Syaikh Muhammad
Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "SabilalMuhtadin" dengan jelas
pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:-
Bahawasanya telah
dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat,
dan jika ada ia suci
pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.Ulama-ulama Sarawak
termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji AbdulQadir Hasan, turut tidak
ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnyamemakan ulat mulong
ini.Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak
mendengarbeduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i.
Kepadapenggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu
adalahharam hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan
keramenurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan
rasanyaseperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah
udang.
Al-Haqir ila ALLAH Al-Ghaniy : Ikhram Husin Mohon sebaran

Comments

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed