Just For Thought...

Aku rasa ini something yang semua org kene bc. Sbb sebenarnya, kalau kita benar2 yakin dgn undian dan pilihan kita, kita wajar matang dan bertindak bijak dalam membahaskan pendirian kita. Bkn emosi dan memaki hamun. Ia hanya menunjukkan kelemahan kita dan bertindak seakan2 lalang yang tumbuh selepas hari hujan. Dengan kata lain, dah sbb ramai org kata mcm tu, kita pn ikot jela. Lepas tu bila org berbahas mulalah bertubi2 menghukum, melontarkan maki hamun (mcm aku jgk kadang2. hehe) padahal sejarah dan background cite - zero. Aku ase article ni buat aku sedar, n wajar kalau kita sama2 bc.

In people's mind, it's not something that we can easily hacked or whacked. Kalu dh putih, putih la. Kalau dh hitam, hitamlah. Lepastu plak dgn bisikan dan deruan syaiton nirojim. Walau tak tau hujung pangkal. Main belasah aje.

Oklah aku taknak ckp panjang dh. Read this :

Apakah Benar Kita Matang Dan Toleran?
A Kadir Jasin


SAYA tergerak untuk menulis coretan ini berikutan reaksi kepada tulisan saya mengenai perbandingan antara dunia pelacur Hong Kong Suzie Wong dan dunia Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam posting lalu.

Tulisan saya itu menimbulkan kemarahan dan teguran ramai pembahas. Banyak yang marah dan berang.

Ada yang menuduh saya mengamalkan “tabloid journalism” dan penulisan picisan.

Rasa-rasanya tulisan saya itu bukan kewartawanan tabloid mahupun penulisan picisan. Sebaliknya saya rasa ia lebih mirip kepada genre (jonra) satira. Dalam bahasa Inggeris, satire (sataya).

Dalam satira, perlakuan jahat, sumbang, kegila-gilaan, kebudak-budakan dan kelemahan manusia didedahkan dan diadili melalui cemuhan, sindiran dan ironi dengan tujuan mencari kebaikan.

Maafkan saya kalau saya katakan bahawa ramai pembahas begitu emosional dan marah malah kasar apabila saya menulis sesuatu yang tidak memihak kepada pembangkang apatah lagi apabila saya mengkritik pembangkang.

Tetapi apabila saya kritikal terhadap pemerintah, begitu ramai yang menyokong saya dan berapi-api mengkritik dan mengutuk pemerintah.

Jadi saya kadang-kadang bertanya kepada diri sendiri, apakah benar seperti yang diuar-uarkan, iaitu pengundi kita semakin matang, bijak, toleran, demokratik, liberal dan menghormati hak asasi manusia?

Kalau benar mereka lebih menghormati hak asasi manusia, mereka tentulah tidak mencemuh apatah lagi memaki hamun orang lain semata-mata kerana fahaman atau afiliasi politik yang berbeza.

Kalau mereka lebih liberal (terbuka) mereka tentulah tidak mencemuh apatah lagi memaki hamun orang lain yang tidak sependapat dengan mereka.

Begitu jugalah kalau mereka lebih demokratik dan lebih toleran, mereka tentulah tidak mencemuh apatah lagi memaki hamun orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka.

Lebih-lebih lagilah jika mereka benar-benar matang, bermoral dan berhemah tinggi, “Islamic” dan Muslimin seperti yang mereka dakwa, mereka tentulah lebih bertimbang rasa dan toleran.

Mereka menguar-uarkan kemunculan gabungan tidak rasmi Pakatan Rakyat sebagai manifestasi kepada aspirasi rakyat jelata yang mahukan sistem dua parti yang sejati.

Tetapi pada masa dan dalam nada yang sama juga, mereka memaki seranah parti lawan dan tidak putus-putus meramal dan mendoakan kepupusan Umno serta Barisan Nasional.

Ramai melemparkan pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap parti lawan (dan tidak kurang terhadap saya), tetapi tidak bersedia mendedahkan identiti. Malah ada yang seolah-olah takut untuk menggunakan nama samaran.

Kita tidak boleh mengakui diri kita matang kalau hujah dan tindakan kita penuh emosi dan mengikut rasa hati. Kita tidak boleh mengakui diri kita matang kalau tidak arif mengenai sejarah, tidak kaya dengan pengetahuan dan tidak berminat mengilmukan diri.

Akhirnya jadilah kita umpama dulang yang mengata paku serpih atau menterjemahkan peri bahasa Inggeris, periuk yang mengatakan cerek hitam.

Kadang-kadang saya terfikir untuk tidak langsung menyiarkan komen-komen seperti itu. Tetapi saya menyiarkannya juga supaya kita boleh mengukur sejauh mana matang atau tidak matangnya kita. Atau siapa yang matang dan siapa tidak.

Sebagai penulis, saya tidak mengharapkan simpati atau rasa belas kasihan. Falsafah saya lebih kurang ‘berani tulis, beranilah tanggung’.

Tetapi apabila sesetengah pembahas membuat ulasan yang terkeluar daripada batas kesopanan dan kewajaran, saya berasa terkilan sikit.

Comments

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed