Kontrak Air di Selangor...

Satu lagi artikel yang korg kena baca. Haih.......... Kenapalah, aku nampak semua tapi orang sekeliling aku tak nampak? Huhuhuu. Why shud be me alone? I seriously feel lonely....Kalau korg tak faham and masih rasa PKR ni menipu... Aku tak tau nk ckp apa. Aku pn bkn 100% yakin org dlm PKR tu tak menipu. Tp at least, diorg sedar diorg tu takda kuasa mutlak. KO buat lah hal. Kami takmo undi ko lg next PRU. PKR sedar benda ni. Tapi BN? Dia yakin dia akan menang selama2 nya smpai lah kt padang masyar nanti. SO dia mcm rasa dia dh ada kuasa mutlak...... 


I feel lonely.. Seriously! :(

Cara kerja BN mahu banyak kontrak bukan tolong orang kata MB Selangor


MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membidas laporan akhbar yang mengatakan paras air di terusan air Sungai Sireh yang sedang menyusut.

Menurutnya, kerajaan persekutuan tidak boleh tipu orang, dan beliau turut mendedahkan bukti foto terbaru menunjukkan paras air sungai sudah melimpah ruah dan difahamkan air sudah lebih dari paras cukup.

Projek Langat 2

Jurutera pakar kerajaan negeri Selangor telah mencadangkan kaedah lebih jimat, iaitu meningkatkan tahap kecekapan dan kapasiti pengeluaran air di 27 loji-loji sedia ada, berbanding pembinaan Projek Langat 2 yang dilihat begitu mahal.

Malah menurut Tan Sri Khalid lagi, merujuk kepada sebuah syarikat pakar daripada Kanada, kos untuk meningkatkan kadar produktiviti loji-loji air sedia ada yang menyamai kadar produktiviti Projek Langat 2 hanya RM750 juta berbanding RM3000 juta untuk melaksanakan Projek Langat 2.

"(perbandingan) RM3000 juta dengan RM750 juta, (lebih baik) saya bagi sumbangan kepada orang ramai" katanya yang melihat Projek Langat 2 sebagai satu pembaziran wang rakyat.

Penapisan air bermembran

Berhubung kenyataan Muhyiddin Yassin baru-baru ini yang mengatakan cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menggunakan teknologi penapisan bermembran sebagai tidak praktikal, Tan Sri Khalid menjemput pakar kerajaan persekutuan untuk bertemu dengan pakar kerajaan negeri untuk diberi taklimat.

"Saya ingat dulu punya cara kerja (BN) dia fikir mahu banyak kontrak, bukan mahu tolong orang" tambahnya lagi.

Sila rujuk video di bawah untuk mendengar dan melihat sendiri penjelasan Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung isu air yang sedang hangat disensasikan oleh media-media arus perdana.

Popout

Sent from my BlackBerry®


--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

Ibu Aqmar said…
No..ur not lonely k. I'm wt u... :)

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed