Pak Nwar atau Pok Jib?

Aku nak share sikit apa yang aku bc pagi ini. Rasanya, tak sempit minda kita kalau cuba baca sikit... :D....

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 8)

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 8)

 klik

Anwar Dengan Najib
Antara Karektor Dengan Reputasi?

Seronok tengok telatah dua orang pemimpin ini. Sorang Perdana Menteri dan sorangl agi Ketua Pembangkang. Pertembungan yang menarik antara dua personaliti. Sorang ada karektor dan sorang lagi ada reputasi.

Anwar Ibrahim sebagaimana yang satu dunia sudah tahu adalah merupakan seorang tokoh politik yang hebat. Kelicikkannya berpolitik dan kepetahannya berpidato memang tidak boleh di sangkal lagi. Sudah terkenal di seantero dunia.
  

Anwar ni… Kalau nak cerita pasal reputasi… Reputasi apa yang dia ada.  Berbelas tahun media arus perdana hentam dia. Main bontotlah, main bini oranglah, main pelacurlah, agenYahudilah dan bermacam-macam lagi tuduhan yang di buat keatas beliau. Hampir setiap hari. Untuk membina persepsi yang beliau ini sangat tidak bermoral. Macamlah yang lain-lain tu bermoral sangat. (Komen aku: !!!!!.. Kan???)

Lagi pun, dalam persekitaran sekular, yakni sebuah gagasan kehidupan yang meminggirkan agama dari sistem kehidupan, moral apalagi yang kita nak cerita ni!
Menganut fahaman sekular dan menyerah kepada sistem sekular tanpa sebarang penentangan ni bukan sahaja tidak ada moral bahkan tidak ada Aqidah dah. 

Hancur lebur aqidah. Yang tinggal cuma rasa perasan dan syok sendiri aje yang kita ni ada moral dan ada aqidah. 

Balik pada bab Anwar tadi, yang pelik nya si Anwar ni, makin hari makin ramai  orang yang sokong dia. Semakin hari semakin ramai pulak yang percaya yang hanya Anwar sahaja yang mampu membuat perubahan di Negara ini. (Komen aku: Aku tak rasa he's the only one. Sebab aku telah ditunjukkan kepada seorang manusia bernama Khalid Ibrahim. Tp Tan Sri bukan pemidato mcm Pak Nwar. dan Tan Sri jgk bkn league dlm politik. Tan Sri ni, org bisnes. Dari kecik bisnes minded. Tapi, kepimpinan dia terserlah. Terbukti, tak semestinya pemidato licik mcm Pak Nwar je boleh lead a country. So aku dh tak letak 100% keyakinan sgt kt Pak Nwar. Aku percaya ada org lain yang boleh. Tapi setakat ini, paling berwibawa ialah Pak Nwar. At least BETTER dr Pok Jib yang ckp mcm takde ilmu. Bg aku la. Bg org lain gua tak tau. Huhuhu..)

Sampai naik mengelabah kerajaan BN di buatnya.Macam mana boleh jadi sampai macamtu? Ini yang menarik untuk di analisa!
Bagi teman le… Anwar ni adalah seorang tokoh yang mempunyai karektor yang kuat. Karektor sebagai seorang street fighter dalam politik. Karektor yang telah terbina sejak dia di universiti lagi. Karektornya terus berkembang dalam ABIM dan semakin menyerlah bila dia menyertai UMNO. (Komen aku: Sebetulnya dia dh tunjuk belang dari zaman Universiti lagi. Memang a tough man. Being jailed for reasons yang pelik2. Memang pelik Pak Nwar ni, dh pernah kena jail, ISA, tak pernah berhenti melawan. Itu yang aku respect dia ni....)


Dia berjaya mengharungi sepak terajang dalam UMNO hingga mampu menjadi Timbalan Presiden UMNO. Satu pencapaian yang luar biasa dan cukup mengkagumkan.
Kemudian di pecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO. Di penjarakan atas tuduhan kesalahan liwat. Keluar dari penjara terus aktif semula dalam politik sehingga di lantik menjadi ketua pembangkang. Berjaya menyatukan PAS dan DAP yang selama ini tidak boleh duduk semeja. (Komen aku: PAS dan DAP bersatu!! Itu yang buat BN gegar tu.... Satu pakatan yang tak mungkin berlaku kalau bkn dokongan dr Pak Nwar. Org lain tak boleh, tapi dia boleh. Timbul nama2 mcm Lim Guan Eng la. Sapa lg aku tak igt. Yg ckp2 tu byk nampak diorg lebih faham pasal ISLAM berbanding warga BN sendiri. Nama2 racist mcm Lim Kit Siang - ketua pembangkang malaysia 8 kali dh tu!! Karpal Sigh, Muzafar pn tenggelam. Org tak percaya dh dgn isu racism. Yg sebetulnya ISLAM pn tak menyokong racism. Nanti dh pakai kain kafan. Sama je standard semua org. Allah jgk yg menentukan Syurga / Neraka masing2.... Wallahualam...)

Satu pencapaian luar biasa yang cukup mengkagumkan sebagai seorang tokoh politik.
Walau apa pun kesudahan Anwar nanti dalam gelanggang politik Malaysia, bagi teman, dia wajar di kenang sebagai seorang tokoh politik yang hebat dan luar biasa. 

Dengan cabaran yang begitu hebat yang di laluinya, dia masih mampu mendapat sokongan yang padu dari keluarganya dan masih mampu meyakinkan masyarakat mengenai kemampuannya untuk memimpin Negara ini. Satu pencapaian yang luar biasa bagi seorang tokoh politik.(Komen aku: Aku rasa, keluarga dia paling terkesan dgn apa yg berlaku kpd Pak Nwar sejak dari dia jadi TPM lagi. Masa zaman Universiti, Azizah pn dh rasa kot. Tapi mcm Azizah, anak2 nak tgk bapa dia tebus balik maruah yg dh lama berkecai since 1998. Tu yg paling terok Pak Nwar kena. Well, personally aku memang tak berapa percaya dgn allegations yg jijik itew. Tapi kalau betul je, kenapa dia sorg jer yg kena? Padahal pemimpin lain dalam BN tu memang suci sgt ke? Rasulullah S.A.W, pergi solat, jemaah subuh, zuhur, asar, magreb dan isya' semua org nampak. Sebab itu bukti kepimpinan Rasulullah S.A.W. Supaya, selari dgn sunnah baginda supaya semua warga/kaum Adam/Lelaki berjemaah di masjid/di surau. Berusrah, Bermuafakat etc. Tapi bila Tok Det keluar statement, dia pi masjid bkn tak pi, tapi dia takmo la riak tunjuk2 kt org. Aku mcm, apa tindakan dan statement dia tu tak selari dgn Rasulullah dan sunnah Rasulullah S.A.W. So org mcm ni ka kita patut follow? Dia ckp, dia tak tau agama sgt, dia bkn sufi. Seharusnya, kalau dia lead sebuah negara yg claim, NEGARA ISLAM. Bukankah sepatutnya die mendalami agama? Bknkah sepatutnya die jadikan diri dia contoh? So bila soalan2 tu berlegar2 dlm minda aku. Aku jadi hilang respek pada Tok Det dan kepimpinan BN khususnya. Dan bila tgk Pak Nwar. Despite alegations yg dia ni tak bermoral. Dia pi solat jemaah. Dia sebut ayat2 Al Quran. Anak2 dia, Isteri dia, pakai tudung, pakai baju yang sopan... Bkn tak kesah dgn alegations terhadap dia. Tak membantah pn kalau Mahkamah nk hukum. Tapi pertuduhan tu tak thru pn... He's free! Dia dh dibuktikan tak bersalah. Biarlah Allah S.w.t yang hukum dia kalau benar dia bersalah. Tapi sekarang kita tgk video, kita yakin ke itu betul dia? kita tgk tilam ada tompokan air mani, kita yakin ke, dia pernah buat apa2 atas tilam tu. Kita nampak? Pemimpin2 lain dlm BN yang kita undi tu, kita yakin ke mereka suci? Syurga atau Negara utk Pak Nwar, adakah kita yang tentukan? Wallahualam....)


Sementara Najib pula di satu sisi yang lain, adalah merupakan seorang tokoh yang mempunyai reputasi yang kuat. Reputasi sebagai anak golongan aristokrat atau pun bangsawan. Keluarga di sebelah ibu dan bapanya mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik Malaysia. (Komen aku: Memang dia reputasi tinggi. Just because dia golongan aristokrat. Tapi tak meyakinkan aku bahawa dia pemimpin ulung yang mampu membawa Malaysia bangkit dari Negara Dunia ke -3. Yes kawan2. Korg admitlah, kita ni sememangnya masih ditakok dunia ketiga. Masih SETIA, pada yg 1. Masih igt yang kita ni berhutang budi pada BN. Walhal....... Haih malas aku nak ulang. Tp pemikiran Dunia Ke-3 masih dlm minda kita semua. ADMIT IT!!!)


Dia menjadi ahli Parlimen sewaktu baru berusia 23 tahun mengantikan al-marhum ayahandanya Tun Abdul Razak, PerdanaMenteri Malaysia yang kedua.Selepas dari itu, beliau terus melangkah dalam hiraki parti dan kerajaan tanpa menoleh kebelakang lagi dengan bersandarkan kepada reputasi keluarga yang kuat. Dari menjadi Timbalan Menteri hinggalah kini sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.


Namun demikian ketokohan beliau sebagai seorang ahli politik belumlah benar-benar teruji lagi. Perjalanan politiknya selama ini agak lancar dan cukup sempurna.Ketokohan dan kewibawaannya belum pernah di uji. 

Mewarisi sebuah kerajaan yang di anggap lemah merupakan ujiannya yang pertama dalam perjalanannya untuk di tabalkan sebagai seorang tokoh politik yang terbilang. Ini untuk membolehkan beliau duduk sebaris bersama tokoh-tokoh besar politik tanah air yang lain.

  
PRU ke 13 adalah merupakan medan yang sebenar pertembungan antara antara kedua-dua tokoh ini. Pertembungan antara tokoh yang mempunyai karektor dan tokoh yang mempunyai reputasi. Mana satu yang akan menjadi pilihan rakyat. 

Karektor atau reputasi ?
Bagi teman, karektor adalah merupakan diri sebenar seseorang. Yang terbina melalui pengamatan, pengalaman dan pendedahan yang di timba di sepanjang perjalanan hidupnya.



Sementara reputasi pulak adalah merupakan satu persepsi sahaja.Tidak  mencerminkan diri sebenar seeorang itu. Ianya terbina hasil dari pandangan umum masyarakat terhadap dirinya. Hanya sekadar satu ilusi sahaja bukan realiti.

Dalam kehidupan, untuk mengharungi cabaran dan mencapai kejayaan kita perlukan karektor yang kuat bukan reputasi yang kuat. Hanya yang menjadi persoalannya hanyalah, sama ada karektor yang kuat ini mampu menjadi rahmat atau ancaman kepada umat sangatlah bergantung kepada niat dan matlamat yang ingin di capai. 

Kalau baik niat dan matlamatnya maka baiklah jadinya umat tapi kalau jahat niat dan matlamatnya maka hancur binasalah umat.
Teman pilih sistem bukan pemimpin….

Pak Lan 
Mohd Ramalan Yunus 
Founder 
World islamic Chamber Of Commerce 

(Komen aku: Aku baca je ikut telahan aku. Masing2 ada telahan sendiri. I kenot force u. It's your choice. SEKIAN!)
--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

Ibu Aqmar said…
Sekang Pak njib masih kat atas..klau dia kat bwh nnt cam nelah rasa ek..

DSAI pula..mmg hebat ujian dr Allah utk dia. Mungkin dia berpegang kuat pd ayat ni

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)

Semoga kita juga berjaya mghadapi ujian dr Allah utk jd orang yg beriman. Aaamiin

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed