Jamuan raya villa park

Adoi sakit badan. Kira mcm first time la aku menjoinkn diri dlm acara sebegini. Slalu nya jd nasi tambah jer. Tolong mak sendiri ke tolong mak mertua ke. Kali ni tolong diri sendiri n mintak tolong org lak. Hahaahhaaha.

Plan nk buat ni kira dlm 2 3 mggu yg lepas la. Ni atas jati diri en hubby n kwn baik baru dia encik faizal. Kira sekampung la kami. Xpsl2 aku pn berkawan ngn wife encik faizal, ada. And anak2 kami dh lama berkawan dh pn. Sbb dorg 1 tadika n slalu gk la jmpe kt playground.

Start encik shahrun berkawan ngn encik faizal ialah ketika bulan puasa. Kt situlah masalah mula diutarakn. Masalahnya umah kami ni dh agak hulu dh la msjid jauh. So agak wajar lah kami bina qariah surau tersendiri. Adoih tu yg jenuh tu. Sebab kebanyakkan kami masih muda (late 20s n early 30s) cewah. Takyah sebut late 20s pn xpe kot wakakka. And bila muda ni masing2 byk komitmen lain. Nk komited at least solat magreb berjemaah mmg susah sikit. Tp masa bulan puasa tu en hubby aku n en faizal sgt komited solat terawikh berjemaah. Alhamdulillah. Hubby pn dh mula blaja2 hafal doa. Die mcm menyiapkan diri la jd leader solat ni insyaAllah. Kira kedua2 mereka mmg ke arah itu la - mengimarahkan surau villapark kami. Adala 2 3 kerat yg menyokong. Lgpn flet kami ni ramai bangsa2 lain. Melayu mmg xberape kerat sgt. Pelan2 kayuh la kirenye.

As a wife. Aku sokong penuh la hasrat murni diorg tu. N en shahrun ada perubahan yg amat2 positif. Jiwa dia sgt tenang n dia kurang marah. Pstukn dia mcm ada extra ability skit. Bole push tenaga dia to the limit n still bole fikir kn strategi. Aku kagum ah. X tipu la dlu mat indera nih kuah fizikal n mental utk lwn pemerintah. Sbb mat indera sgt tggi sokongan trhdp pengimarahan masjid. Kira tok guru pn org2 alim. Kwn2 pn kalangam imam. Hohoho. Tetibe masuk citer sejarah. ;p

So 2 3 mggu dok canang 1 flet nk buat jamuan raya. Buat collection duit. And ada volunteer nk jd ketua memasak. Mmg dr segi tu sgt berjaya. Siyes benda baik org tak fikir byk nk buat donation. Mula2 tu sedih mcm xde sambutan. Masa tu dh tekad kalu xde org nk buat berdua je pstu nk buat potluck. Sekali sorg demi sorg dtg. Collection pn capai lebih rm1000. Kitorg plan masak nasi tomato n desert bagai tu kitorg buat potluck sape nk bwk bwk.

Hari bersejarah pn tiba. Sehari sblm yakni sabtu dua sahabat baik tersebut pi shopping. Pstu basuh ayam. Mlm kejadian buat dekorasi n kopek2 n blend bwg cili bagai. Hari kejadian kami pn bergotong royong masak. Adoi real life x pernah cmni sblm ni. Sib baik pakai paper plates. Kalu x xtau cmne lak tahap kepenatan nya. Mmg best la komunity ni. Wpn ada komitmen lain. Mana yg diorg ada kesempatan mmg diorg tolong all out.

Kami masak:

Nasi tomato
Dalca
Ayam msk merah
Jelantah

Potluck:

Puding roti
Agar2
Laksa
Ade lg aku Tak pasan

Air : F&N fruity buatan sendiri! Sodap. Nnti aku share resipi. Siyes sama ase dia cuma xde gas jer. Ala air yg ijau tu!

Masa makan 1230pm - 330pm.

Tepat 330pm semua start kemas2. Cepat setel keje sume berhempas pulas tolong. Kemas blk kusi meja. Kutip2 smpah. Basuh bekas2 makanan. Basuh periuk belangan. Kemas tmpt masak. Kemas n cuci surau tmpt kami kopek2 bwk bagai.

Siyes penat n sakit bdn. Tapi siyes seronokkk! Klaka tu kuar sume cite makcik2 ngutuk2 blakang. Tak byk la tp adala. Buat aku ase aku dh makcik2 hahahaha. Mmg makcik pn!

Siap ada cadangan nxtyear nk buat lg- aku n en shahrun on jer! Pstu paling xbole blah raya haji pn nk buat lg. Saba la kak penat tak ilang lg ni. Kakakakak.

Sbenanye kami nk buat cmni so that nk perkenalkan surau kami. Kira wujud surau kt villapark ni. Sila lah turun n join solat jemaah. Mcm bangga la jgk. Dlu kt univ puak2 cina n india yg bersatu wt study sama2. Skg kami plak create ukhuwah n sama2 banting tulang jayakan event. Sama2 melayu n kita serve plak cina n india mkn sama.

What a bless memory. So loving it! Wpn badan ku penat tetapi hati ku puas.


Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Harap ramai lg kaum kerabat villa park akan sama2 mengimarahkan surau kita. Amin



Comments

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed