Teluk Batik 2012
Cuti CNY tahun ni adalah balik kg. Hari pertama cuti yakni sabtu, kami lepak2 kt rumah ja. Kemas apa yg patut. Dan jalan skit kt Alamanda....
Hari kdua, yakni Ahad, barulah en. shahrun ajak kami balik kg...
Sekembali ke kg, kami plan nk ke Teluk Batik plak. hihi
Tak mcm tahun lepas, Teluk Batik 2012 adalah extra horror kot? Huhuhuhu.....
Last year kami pegi, keadaan amat tenang. Takde orang, parking senang. Pantai pn nampak jelas je. Angin sepoi2. Sgt indah lah.. Tenang je. Hehehe...
Tapi tahun ni kami pegi, Ya Allah. Penuhnya manusia. Berlapis2 manusia berpusu2 letak khemah dan tikar bawah pokok ( Alhamdulillah masih banyak pokok kt Teluk Batik)... Masa mula2 smpai, try gk pasang khemah betul2 tepi laut. Tp takleh, sebab panas sgt. Besela pantai kt Mesia, bkn kt hollywood. Huhuhuhu... Tp dh mcm pantai Baywatch dh. Bukan sebab pemakaian seksi2, tetapi penuh ngn manusia. Di luar mahupun di dalam air. Kui kui kui.
Tapi bahaya skit Teluk Batik ni, sebab dalam and tak berapa landai lantai dia. Kalu kt teluk kemang, dh jalan jauh ke tengah pn masih tak dalam lg. So utk kanak2 lebih safety la kot... Kt Teluk Batik ni, kene sentiasa tengok anak2 yang masih kecik. Budak2 ni bukan tau bahaya. Huhuhu....
1 mcm perasaan yg sgt rimas. Sebab ramai sgt org. Kami dh smpai n cop tempat pn masih ada lg yang baru smpai and dok tercarik2 tempat. Kami smpai tu dlm kul 10pg. Dlm 2 jam masa perjalanan dari umah mak mertua (Simpang Lima, Sg Besar) .Smpai ase nk balik jam jam tu jgk. Nk pi toilet pn beratur mak ai panjang kemain lg. Igt nk tggu org reda. Makin ramai org ada lah. Ujung tahun 2011 kami ada pi Teluk Kemang, Port Dickson. Mcm ni gk la gayanya. Tp toilet besar skit. So beratur taklah panjang sgt. Kali ni... Ya Allah. Kemain panjang lagi beratur kot. Tapi tak nampak kerabat India dan Cina. Mgkn diorg sedang sebok menyambut CNY. Byk kerabat Melayu, Jawa dan Banjar jelah. Hohoho....
Kami bawak bekal rendang + nasi impit + cekodok ikan bilis.
Yg ikut, Mak aku, 3 org adik aku yg paling bawah. Mak mertua + Pak mertua. Family kecik aku. Dan 2 kereta.
Sekali sekala aku ganti2 drive ngn mak aku.
Time pegi OK.
Time balik tak OK. Smpai ada org tu merajuk plak. Ish ish.....
Terhad alatan komunikasi. And communication break down, nak wt cmne. Innalillah... (tak semestinya kita sebut perkataan ni kalau ada org mati je. kalu ada bala menimpa pn kite boleh sebut gk. sila rujuk ustaz masing2. ;p).....
So inilah pembuka percutian tahun 2012 kami... tapi malas aku nk update kt percutian keluarga tuh. ahahah. takpelah nnti aku update jgk. Mgkn pergi teluk batik ni mcm agenda tahunan kot. sebab tiap2 tahun la pulek pegi. hihihihi....(baru tahun kedua. hihi)
Kesian anak buah en. shahrun, dia yang dok mesej kami laki bini nak pi Teluk Batik. Dr tahun lepas lg plan nk pegi sebenarnya. Sebab Teluk Batik ni dekat ngn Lumut, so byk la org jual2 ikan bilis mata biru, kononnya diimport dr Pulau Pangkor. Tp seriously, ikan bilik dia mmg sume mata biru. Huhuhu. last2 time kami pegi, dia ada family event lak. Kami cucuk2 gk ajak pegi. Tp mak bapak dia tak kasi, yelah. Family event comes first. Lenkali kita pi na...
Besela kalu bwk org2 tua pi jln ni. Diorg tau ja nk menshopping apa kn. Sonok la tgk depa shopping. Alih2 kami pusing nampak laki kami pn shopping sama. Maklumlah gaji masuk awai lak bulan ni. Jd simptom2 abis duit pn dtg awal jgk la bulan ni. Contoh nya : Bawak bekal nasi pi opis. Dan wiken dok umah sj. Haramkan WSK masuk mana2 tempat bli brg2 seperti tesco, k4, jusco dan sewaktu dgn nya. Kui kui kui... :D....
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin
Org yg paling gembira adalah anak2 kami 2 org tuh. Mlm2 tdo lena tak hengat, takde bgn nangis2 punyalah penat bdn diorg tuh. Kesana kesini. Dok berlari suka suki. Balik teluk batik ada plak org melayan diorg memancing ikan lak kt umah nenek depa. Hohoho. Sonok la tu. Mama pn sonok tgk korg sonok.. :D..
Selasa mlm, mama try ajar abang Firdaus ngaji Iqraq. Tp hafiy yg jerit2 nk blaja jgk. Pstu try ajar huruf Alif di atas Aa, Ba di atas Ba. Ya Allah, budak ni cepat je dia tangkap (ekceli dh 2 kali attempt la. Attempt pertama smpai barisan kedua dh meronta2 bosan. Attempt kedua, smooth je dia br dr line pertama smpai line terakhir. Alhamdulillah. Dan abang Firdaus siap ikut abang smayang magreb dr rakaat pertama smpai habis. Time berdiri mama ajar baca Al-Fatihah. Adoi tak tau nk menangis ke nk gelak. Ok takpe, ni br first step kn? still long way to go. :D.
Sorry geng bc buku sekalian. Dan rojak citer sume dlm 1 entry. Anggap la tajuk entry ni, aktiviti cuti CNY 2012. Hohohoo.
Sekian. :D
-- Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin
Comments