Talian Kekeluargaan
Sekarang aku faham. Kenapa mengambil anak angkat itu tak seharusnya dipandang enteng. Seperti, biarlah orang yang kaya itu ambil anak itu dah bela. Mereka lebih mampu. Kadang-kadang. Kaya itu bukan selamanya. Allah swt yang menentukan. Dalam tempoh beberapa tahun, kaya itu bisa terlucut. Tapi kasih seorang ibu, kasih seorang bapa, itu tak berubah. Walau kaya walau miskin. Mungkin dilupakan, diabaikan. Tapi tak mungkin hilang. Allahuakhbar. Aku rasa jahil bilamana telahan aku selama ini terlalu mudah. Tak aku ambil kira jiwa yang terseksa kerana perpisahan. Walau seorang Bohsia yang membunuh anak sendiri. Demi menutup malu. Tak banyak, pasti sedikit terkesan. Dan episod duka itu pasti selalu bermain dalam jiwanya. Aku baru tengok sebuah cerita Korea. Miracle from Cell No. 7. Mengisahkan seorang ayah yang autism, bersama anak perempuannya yang berkerjasama untuk hidup senormal mungkin. Menikmati kehidupan apa adanya. Yang paling penting saling menyayangi antara satu sa...