Puisi Hari ini : I will grow old

Saya takkan sama macam harini

Saya takkan sama macam 17 tahun yang lepas masa mula-mula jejakkan kaki di Menara Gading

Saya takkan sama macam tahun 2001 atau 2002 saat mula-mula jumpa dan berkenalan

Bercakap-cakap

Macam mana saya suka cara awak kawal perbualan masa pertemuan tu

Dekat NZ

Macam mana lepas-lepas tu kita bertemu lagi

Mata bertentang mata, tapi awak banyak diam, saya pun tak tahu apa nak cakap

Tak lama tu, 2003, ramai-ramai kat Pangkor, awak ajak saya ke satu sudut di tepi laut

Jauh dari kawan-kawan lain

Tapi awak diam je, saya pun diam

Saya tak tahu awak suka saya, nampak macam suka tapi tak cakap pun

Tapi saya tahu saya suka awak, nampak pun memang macam saya suka awak

Awak ubati hati saya yang luka, dan terbiar

Masa tu seronok sangat kan. Zaman muda remaja orang kata

Akhirnya sekitar hujung tahun 2005 (Disember masa tu) baharulah kita buat keputusan untuk berkahwin

Alhamdulilah, keluarga kita kedua-dua positif

Akhirnya awak kenal keluarga saya macam mana

Akhirnya saya tahu keluarga awak macam mana

Sweetkan abang awak nak pinjamkan kita duit untuk kahwin

Dan kita pun bina bahtera kehidupan kita bermula tahun 2006

Lepas sorang sorang anak kita datang dalam family kita

Bagi saya awak bukan yang dulu, awak sangat lain

Saya terharu awak berubah dari seorang yang selfish, tak pernah ada adik, tak pernah dokong baby, tak pernah cebok berak budak-budak, akhirnya sekarang awak dan boleh sesuaikan diri dengan kehidupan banyak budak-budak

Saya selalu bertanya, Ya Allah, sampai bilakah agaknya kau akan pinjamkan dia untukku, Ya Allah mampukah aku menjalani hidup ini tanpanya

Firdaus, Hafiy, Ammar dan Aisha pengikat cinta kita, InsyaAllah..

Saya nak ada awak selamanya dalam hidup saya. Kalau boleh biarlah saya yang pergi dulu supaya saya takkan rasa hidup tanpa awak...

Saya nak tua bersama-sama awak andai anak-anak kita dah besar nanti

Awak, kalau awak jumpa orang lain, selain saya, yang bagi awak perasaan macam mana masa awak jumpa saya dulu, Tolong bagitahu saya, supaya saya tahu syurga dunia saya ni dah berakhir ---

p/s: tak tahu kenapa, lately, tak pms pun tapi macam pms - jgn ada bayi sorg lagi udah uwaaaaaaaaa...

ok bai

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

Popular posts from this blog

Pulau Tioman

Use Tea Tree Oil To Combat Body Odor