Talian Kekeluargaan
Sekarang aku faham. Kenapa mengambil anak angkat itu tak seharusnya dipandang enteng. Seperti, biarlah orang yang kaya itu ambil anak itu dah bela. Mereka lebih mampu.
--
Kadang-kadang. Kaya itu bukan selamanya. Allah swt yang menentukan. Dalam tempoh beberapa tahun, kaya itu bisa terlucut.
Tapi kasih seorang ibu, kasih seorang bapa, itu tak berubah. Walau kaya walau miskin. Mungkin dilupakan, diabaikan. Tapi tak mungkin hilang. Allahuakhbar.
Aku rasa jahil bilamana telahan aku selama ini terlalu mudah. Tak aku ambil kira jiwa yang terseksa kerana perpisahan. Walau seorang Bohsia yang membunuh anak sendiri. Demi menutup malu. Tak banyak, pasti sedikit terkesan. Dan episod duka itu pasti selalu bermain dalam jiwanya.
Aku baru tengok sebuah cerita Korea. Miracle from Cell No. 7. Mengisahkan seorang ayah yang autism, bersama anak perempuannya yang berkerjasama untuk hidup senormal mungkin. Menikmati kehidupan apa adanya. Yang paling penting saling menyayangi antara satu sama lain.
Kisahnya mulanya mengenai sebuah beg sailormoon yang anaknya berkenan sangat. Lalu si ayah berjanji untuk belikan. Malangnya beg itu, telah kehabisan. Dan dibeli oleh seorang budak perempuan yang lain. Tapi si anak tak kisah. Tapi si ayah tetap menyimpan hasrat untuk mencari beg itu di kedai lain.
Satu pagi, si anak menghantar ayahnya keluar pintu untuk pergi bekerja, ditempat kerja sewaktu makan tengahari, sesuatu telah berlaku. Dan sehingga malam si anak menunggu kepulangan ayah, ayah tidak juga pulang. Dan itulah kali terakhir dia menghantar ayahnya ke tempat kerja. Ayahnya tidak bisa pulang lagi.
Rupanya ayahnya telah dituduh membunuh seorang budak perempuan. Padahal budak itu jatuh sendiri akibat jalan yang licin. Kerana budak itu tidak bernafas, si ayah hanya hendak memberikan bantuan pernafasan.
Kerana kerakusan ayah kepada budak perempuan yang mati itu, dia mahu ayah autism tadi dihukum. Berusaha keras juga supaya hukuman mati dijatuhkan. Dan akhirnya hukuman mati dijatuhkan.
Plot2 sedih dan sayu di saat ayah dan anak berpisah dan disatukan oleh rakan-rakan dalam cell no. 7.
Rakan-rakan yang gangster, akhirnya akur dan sayang dengan si ayah yang jujur dan baik. Mereka sama-sama bersusah payah menemukan ayah dan anak yang amat-amat saling merindui. Bahkan pegawai penjara pun luluh melihat kisah si ayah, dan bertindak menjadi keluarga angkat si anak. Semua rakan yang mengetahui kisah mereka tahu, si ayah tidak bersalah. Tapi apakan daya, ayah kepada budak perempuan yang mati itu mempunyai pengaruh yang kuat. Bukti-bukti kukuh yang berpihak kepada si ayah didiamkan. Lalu hukuman mati dijatuhkan.
Saat si ayah hendak di bawa ke tali gantung, sekali lagi dengan bantuan rakan-rakan. Si anak dijumpakan dengan si ayah. Bersuka ria. Menyambut hari lahir si anak. Semua memberi hadiah.Termasuk si ayah. Sebuah beg sailormoon yang diidamkan oleh si anak.
Waktu perpisahan. Si anak terus positif akan melawat si ayah lagi. Manakala, si ayah sedih, kerana tahu nasibnya selepas ini. This is the last goodbye. Semua menangis melihat si anak dan si ayah dipisahkan. Si ayah memberitahu si anak, dia akan pergi ke satu tempat yang jauh, dan tidak kembali. Jaga diri. Jaga kesihatan. Makan makanan berkhasiat. Dengan senyuman si anak mengangguk.
Dan itula kali terakhir kelibat dan tangisan ayahnya didengarkan.
Ketika besarnya, si anak dibesarkan dengan baik. Dan akhirnya menjadi seorang peguam. Dia membuka semula kes ayahnya utk disiasat kembali. Akhirnya, mahkamah memutuskan ayah autism itu tidak bersalah. Malah bukti-bukti yang ada tidak kukuh untuk dijatuhkan hukuman. Sedangkan si ayah telah dijatuhkan hukuman mati. Tapi si anak puas, kerana semasa hidupnya, dia berjaya mengembalikan maruah ayahnya yang tercalar. Sampai mati ku, aku mencintaimu ayah. Kata si anak.
Akhir cerita, kelibat ayahnya datang dengan gembira - mungkin setelah tahu dia didapati tidak bersalah. Dan mengucapkan selamat tinggal kepada si anak versi dewasa.
Cerita berakhir dengan tangisan jujur dari si anak versi dewasa, dan penonton.
Good Story.
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin
Siti Fatimah Khairiah M Amin
Comments
pstu anak dia tu tak fikir nak balas dendam pn. (tp kalau citer ni buat citer balas dendam sure lg panjang jd drama bersiri lak nnti hahaha)... dia just nk kembalikan maruah ayah dia je. sesuatu yg patut dipuji. huhuhu.
kira, bottom line. yg penting dlm hidup si anak. cuma dia dan ayah dia. xde masa nk balas2 dendam nih...
and appreciate kawan2 sekeliling yg selalu membantu...
aku mmg suh anak2 aku tgk cete2 yg ade talian kekeluargaan etc spy bila diorg besar gaduh macam mana pon. ttp family first.. hehe