Kamisama, Mou Sukoshi Dake
Cerita ni aku dapat dr seorang kawan... Dia download masa kami di UTM.. 1998 citer ni kuar.. Aku tgk dalam tahun 2/ masa aku tahun 3...
Memang terkenang sampai sekarang... Kisah pasal seorang perempuan yang dijangkiti HIV...... Cerita ni dari episod 1 - 12.. Ko nangis jela tak benti...
Dewasa ini, kematangan diri ini menyebabkan aku sukar menangis. Wpn ada yang kata aku ni mudah mengalirkan air mata. Bg aku tu dh cukup susah tu... Kalu ikut diri aku sebenar, memang mudah sgt sebenarnya...
Kadang2, aku perlukan tangisan tu.. Dan kadang2 cerita2 mcm ni menambahkan motivasi aku... Tgk orang Jepun ni lain tau.... Gaya dia lain... Tgk sendiri la...
Dekat youtube pn ada... :D
--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin
Sepanjang kehidupan. Adakah kita ditipu dengan perasaan kita sendiri mengenai CINTA?
Adakah kita hidup demi CINTA?
Adakah kita berjuang dengan satu perasaan yang memberikan diri kita sebuah motivasi dan kita panggil CINTA?
Sedangkan, sebagai islam, kita perlu hidup demi CINTA agung.... Wallahualam..
Namun bolehkah kita mengelak satu perasaan ini yang datang sendiri tanpa sebarang logik akal. Hanya satu perasaan yang muncul demi seseorang yang paling istimewa dalam hidup kita...
Soalan2 ini pasti bermain dalam diri kita, dan tanpa kita sedar, CINTA datang tanpa diundang.... Kadangkala amat menyakitkan.. Namun tak mampu kita menidakkannya...
Kano Masaki
Sebagai seorang wanita... Kita acapkali menghambakan diri kita demi CINTA.. Kesetiaan kita hakiki demi CINTA... Tak berbelah bagi rasa sayang kita.....
Kano Masaki, seorang wanita cekal yang membara demi CINTA seawal usia belasan tahun lagi. Sanggup menjual diri demi melihat konsert seorang komposer terkenal yang sangat diminati. Saat2 akhir dia sudah pasrah dan tidak jadi menjual diri. Tapi takdir dah menentukan. Akhirnya dirinya terjual...
Tuhan juga telah menakdirkan. Bahawa cinta agungnya pun akan jatuh cinta kepada kecekalan dan kedegilan diri nya...
Namun, tuhan turunkan ujian, dia dijangkiti HIV, kerana sekali menjual diri tersebut.
Meruntun jiwa manusia bernama ISHIKAWA KEIGO.. dan ibu bapa KANO MASAKI... Namun kehidupan mesti diteruskan...
Ishikawa Keigo
Semasa usia muda, beliau dikejutkan dengan kematian teman wanitanya.... Mengalami tahap kemurungan paling teruk... Dan mengeluarkan kesedihan itu melalui lagu.. 3 4 tahun selepas kematian itu, lagu2 yang beliau cipta mendapat tempat dihati peminat. Semuanya box office.. Tetapi selepas 3 4 tahun, beliau kekeringan idea dan punca... Hampir menuju zaman kejatuhan apabila beliau tidak mampu mengarang lagu lagi..
Tiba-tiba, selepas konsert, konsert yang sama Kano Masaki pergi.. Beliau terjuma Kano Masaki dipertengahan jalan. Kano Masaki turun dari teksi dan mengejar kereta yang membawa Keigo.. Semata-mata untuk menunjukkan sepanduk, Keigo I Love U!... Perasaan, kesungguhan Kano Masaki menyentuh hati Keigo...
Keigo membawa Kano Masaki balik... Mulanya, Keigo menganggap Kano Masaki sama macam perempuan2 lain yang meminatinya... Dia hanya mahukan sex, tak lebih dari itu....
Namun, 3 bulan selepas Keigo keluar negara untuk World Tour, dia teringat pasal Kano Masaki dan mahu berjumpa Kano Masaki...
Rupanya dia telah jatuh cinta...
Namun, hari yang sama Keigo hendak bertemu Masako, Masako mendapat berita mengenai Jangkita HIV pada tubuh beliau...
Dan Keigo tidak putus asa untuk mendekati Masako walaupun dia telah mengetahui Masako telah dijangkiti HIV, dan Keigo selamat dari jangkitan itu walaupun pernah meniduri Masako.....
Sehingga ke saat akhir kematian Masako, Keigo setia disisi.......
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin
Comments