Diplomatik Hafiy

Semalam, abah bad mood. Kerja byk kat opis.

Mama pn kerja byk jgk. Hoho

Hafiy dan firdaus seperti biasa adaje tak kene. Setelah lama mama kaji, mama tau kenapa. Sedaya boleh mama cuba bersabar. Abah blk kul 9mlm. Mama dah bersama diorg 3 jam lebih awal setiap hari. Dan hari2 yg kami ditinggalkan sebab abah kn ada hobi. ;). Tapi itulah namanya budak2.

Sebab sebenarnya, budak2 ni dia bosan. Dari pagi sampai petang kehidupan diorg penuh dgn tatacara. Firdaus, masuk kelas, buat ni, then mkn, then mandi, then tidur, then bgn mandi then tgu mama balik. Setiap hari sama je tak boleh cilok masa utk perkara lain. Kalau kita bosan buat kerja pergi kerja balik kerja, anak2? Lainlah kalau dia duduk dgn org yg sayang dia. Bela dia je xde budak lain. Contoh nenek bela, harini Firdaus nk mkn apa? Nenek buatkan. Firdaus sepahlah nenek tak kisah. Main la tanah, longkang, binatang.. Byk benda nk explore... Hati pn tenang.. Jiwa pn tak kacau bilau...

Hafiy? Ya Allah beliau lagi maha bosan. At least firdaus ada aktiviti.. Mengaler, blaja ilmu matematik, english, sains, smart reading, bacalah anakku, iqra.. Hafiy? Balik2 duduk kt dindinggg!!!! Smpai2 nursery dh kene duduk tepi dinding.. Makan pn kene beratur.. Lepas kena suap pergi belakang balik.. Tggu giliran utk suapan seterusnya.. Sebab tu mama takmo berkira.. Mama ase, cm salah mama anak2 mama jiwa terseksa dan tertekan mcm tu.. Tak berniat mama nk manjakan anak2. cuma mama dlu budak yang duduk nurseri jugak. Jadi mama tau macam mana perasaan.. Sebab tu budak2, wpn masih budak2.. Tp dh cepat stress...

Jadi mlm td abah sudah burst lah... Tarik telinga hafiy dan suruh hafiy diam jgn nangis..hafiy nangis sebab nk suruh mama buka video yg dia xtau nak explain video apa dekat cik epal mama. Sblm tu lg dia dh nangis dh. Mula2 nangis sb nk suruh mama pegi kedai 2 kali, pstu berebut mainan dgn abg, lepas tu mintak coklat, lepas tu xkasi mama buat kerja kt dapor tp suruh baring sebelah dia? Apa daya mama sayang? Apa daya mama? Apa perlu mama buat lagi?

Sudahnya dia tidur sambil nangis... ;(

Mama risau sgt.. Risau sgt kejadian tu efek negatif dekat Hafiy... Hafiy tak mcm Luqman, pandai berdiplomatik. Kalau org explain xboleh, dia boleh accept. Tapi hafiy xboleh.. Jarang sgt dia berkompromi.. Boleh, tapi bkn kebiasaan. Macam mana lepas ni dia jadi panas dgn abah? Takmo kawan abah? Lagi dia xmo dgr ckp abah?
Mama usap kepala Hafiy.. Mama tiup kan selawat ke atas nabi.. Baca ayat kursi.. Baca alfatihah.. Moga jadi anak yg soleh.. Moga jadi insan yg berguna.. Moga belajar samapi menara gading.. Dapat jodoh yg baik2 dan beramal soleh jgk.. Amin.....firdaus pun mama doakan yg sama.. InsyaAllah...

Esok pg. kul 545am mama jaga. Hafiy pn jaga.. Tolong mama buat kerja katanya... Lepas tu berak plak, mandi tros.. Slm kul 630 mama siap sidai kain, mandi.. Mama pn nak smyg... Tiba2 hafiy dtg masuk bilik cari abah!

"Abah, bangun lahh"

Mama abis smyg mama suruh hafiy cari abah kt toilet..

Hafiy pegi toilet, confront abah!

"abah napa abah marah?"

"hafiy jangan pegi kedai?"

"hafiy nak tgk upin ipin pn tak boleh?"

"nanti abah pegi kedai bli ni kt sini sini"
Sambil tunjuk peti ais, tunjuk kabinet abah simpan coklat/jajan..

"hafiy tak bole nangis?"

Mama pun tanya hafiy..

"hafiy sayang abah tak?"

Hafiy angguk...

Ya Allah... Lega hati bila anak ini faham. Kesalahan dia. Bila anak ini tak betah merajuk, malah berdepan dengan masalah. Berani kerana benar. Takot kerana salah.

Ya Allah.. Tunjukkan lah jalan yang benar kepada kami suami isteri untuk kami pandu arah yang terbaik untuk kedua anak kami ni..

Amin Ya Allah, Amin Ya Robbal Alamin.....

Comments

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed