Aku copy paste lg psl bersih

9hb Julai 2011.Adakah hari ini akan mengubah sejarah Malaysia?Tak tau lagi.Kesan Bersih 1 boleh nampak pada pilihanraya 2008.Kesan Bersih 2? Entah.Aku tak pandai nak meneka perjalanan politik sebab politik ini satu benda yang sangat unpredictable...

Seperti yang aku ada tulis,apa yang kau lalui akan membentuk perspektif kau.Dalam hidup aku...ada beberapa peristiwa yang bentuk pandangan politik aku.

1. Bersih yang first.
2. Rakyat vs Grand Saga dekat Bdr.Mahkota Cheras
3. Demo mansuhkan ISA dekat KLCC
4. Malam Anwar Ibrahim kena tangkap dekat Bukit Aman masa start kes liwat kedua

Kalau kau tak suka Bersih sekalipun dan kau menentang sehabis-habisnya,cuba tanya diri kau balik apasal kau tentang?Sebab kau dengar cakap-cakap orang yang sebut benda yang kau prefer dengar,membuatkan kau rasa perhimpunan Bersih itu suck dick motherfucker...



Tapi mana inisiatif kau nak pegi carik the truth?Setakat melalak bantah tapi duk kat rumah buat apa?Kau bentuk pemikiran kau menggunakan pandangan orang lain...macam mana orang nak respek kau punya view bila kau bantah?Kau bantah Bersih sebab ada orang post pasal biodata Ambiga dan apa yang Ambiga dah buat?Come on....grow up dan grow a brain la.



Pegi la tengok sendiri lepas ni kalau ada lagi.Kalau takut sangat nanti kau kena cop penyokong Bersih....pakai baju tshirt murahan kaler hijau (sebab hijau kontra kuning) dan tulis dekat baju besar2 SAYA SEBENARNYA ANTI BERSIH TAPI SAYA NAK TENGOK AJE APA DIORANG NAK BUAT!Kau takyah pun join Patriot ke Perkasa ke..gi la tengok atas nama kau sorang pun cukup.

Ramai orang Melayu yang macam tu.
Harap orang lain formkan opinion untuk dia.
Supaya dia ada opinion sendiri.

Pegi tengok sendiri dengan mata kau.Pegi tengok sendiri macam mana "riot" Bersih tu yang media duk kata huru-hara.Memang la nampak macam riot...kalau kena kejar dengan FRU konfem la nampak macam riot.Takkan kau nak berdiri tegak sambil bersiul2 macam tak ada apa-apa kalau FRU datang depan kau sambil hayun baton dengan riot shield?Takkan la kau nak duduk setempat dalam bulatan sambil buat stretching macam nak warming up bila kena spray dengan water cannon?Memang la orang ramai akan lari bertempiaran.

The thing is that fakta yang aku berani tulis kat anda bila aku pegi tengok sendiri kes Bandar Mahkota Cheras adalah the media always lie.

Lepas aku pegi dan balik sambil lepak kat McD makan Big Mac,terpasangnya Buletin Utama kat TV...dikatanya penduduk kat situ menimbulkan kekacauan dan huru-hara siap pasang gangster.Tapi apa yang aku nampak dengan mata aku sendiri adalah super kontra kepada apa yang Buletin Utama sedang laporkan.

Sama lah jugak macam kes Bersih first dulu,macam biasa..FRU akan open fire tanpa diprovoke. FRU akan pecah barisan untuk kejar mana-mana penyokong Bersih tanpa ada rasa ragu-ragu langsung.Tapi media kata penyokong Bersih buat riot "sehingga memaksa" FRU bertindak balas.Bullshit.Aku ada situ.FRU tak kena paksa..FRU volunteer nak tembak orang.Mungkin diorang memang suka tengok orang ramai tak boleh bernafas kot?Tapi memang la ada seorang dua penyokong yang panggil FRU anjing,hehehehe.

Kau nak aku buat sumpah dekat masjid ke nak pastikan aku tak tipu?

Kepada golongan-golongan yang membantah ni,cuba kaji balik diri anda dan tanya,"Kenapa aku tak suka perhimpunan Bersih tu?"

Sebab Ambiga?Sebab khutbah kata haram?Sebab Ulama' berwibawa Ustaz Hishamuddin Hussein kata haram?Sebab ada link dengan komunis? Sebab diorang kata nanti kedai semua habis kena pecah?  Sebab nanti peniaga kat situ diganggu? Sebab semua tu ada hidden agenda? Sebab polis jumpa senjata?

Semua tu,bukan apa yang kau alami sendiri kan?Itu adalah pandangan orang lain yang kau ambik sebagai pandangan kau.Grow some balls / breast.Pegi tengok sendiri kalau kau bantah sekalipun.Kemudian, kau nak membantah kau bantah la.At least bantahan kau tu purely datang daripada diri kau sendiri yang dibentuk oleh pengalaman kau sendiri..

Kita boleh hidup berdasarkan sejarah tapi sejarah boleh dimanipulasi,macam kata pepatah barat,history is written by the winner.Apa yang berlaku sekarang ni adalah satu benda yang akan jadi sejarah Malaysia di masa akan datang.Cuba kau bayangkan kalau anak cucu kau tanya kau nanti,"Tok,tok,dulu masa Bersih kedua,atuk sokong yang mana?" Lalu kau jawab,"Atuk tak suka Bersih! Itu semua kapir punya kerja nak pecah belahkan orang Melayu."Cucu kau pun tanya balik,"Atuk pegi tengok masa tu dan memang nampak ada orang kapir nak pecah belahkan orang Melayu masa perhimpunan tu?"

Kau pun jawab,"Tak,atuk tak pegi pun,,,buang masa,atuk baca paper Utusan Malaysia Cu.Dalam tu dia tulis macam tu."Lalu cucu kau pun bersorak kegembiraan."Ye ye atuk aku seorang patriot!Ye ye atuk aku tak sokong Bersih!Ye ye!"

Tapi adakah kau tau dan pasti apa yang kau baca dan dengar tu betul dan fakta?Adakah satu hari nanti kau nak cerita dekat anak cucu kau pengalaman kau yang kau kutip daripada paper yang kau baca aje?

Kita semua ada tanggungjawab untuk passkan kebenaran kepada anak cucu kita..dan kau takkan dapat kebenaran hanya dengan menggunakan pandangan yang kau cedok dari orang lain.Tak kiralah apa yang kau rasa pasal Bersih lepas kau tengok Bersih dengan mata kau sendiri...apa-apa point of view kau adalah the truth pada kau yang orang lain tak mampu nak gugat.

Dan tak kisahlah lepas kau pegi kau makin kuat benci Bersih sekalipun,the most important thing is itu opinion kau yang kau tak malu nak sampaikan dekat keturunan kau.Sebab kau tau,itu benda betul.Mana tau esok2..penyokong-penyokong Bersih tu balik,menyumpah2 Bersih sebab rupanya Bersih ni tujuan dia adalah nak jadikan Ambiga sebagai PM.

Memang akan ada two sides of truth sebab opinion kita akan differ.Tapi jangan jadi orang yang anggap dia dah dapat the truth....padahal dia sendiri tak tau hujung pangkalnya macam mana yang sebenarnya.Experience is the best teacher but you must have the guts to experience it.Gi la tengok sebagai pemerhati bebas lepas ni,tapi jangan la marah aku kalau kau kena kejar dengan FRU sekali dengan penyokong-penyokong Bersih. Itu satu risk yang kau perlu tanggung sebab nampak macam kerajaan is trying their hardest with their "power tools" to make sure orang ramai tak dapat nak berhimpun.



Carilah kebenaran.Kemudian nanti2,cerita dekat anak cucu kau.Biarkan dia pulak gunakan pengalaman kau sebagai guidance untuk dia cari kebenaran.Yang paling penting,bila kau dah jumpa the facts dan the hard truth..pastikan diri anda buat benda yang betul dengan knowledge yang anda dah ada.

Walaupun perhimpunan itu aman sekalipun,itu bukan alasan untuk FRU hold back the attack.
Kau bukak media mainstream kau akan dengar cerita-cerita yang diorang pastikan side pada diorang.Kau bukak blog penyokong Bersih kau akan baca mengenai betapa betulnya perhimpunan Bersih tu.

Agak kecewa aku baca alasan2 orang yang anti Bersih tu..semua pakai alasan yang TV keluarkan.Gi tengok sendiri kalau lepas ni ada lagi.

Apa yang aku nampak daripada video-video yang ada....Bersih kedua ni lagi ganas daripada Bersih pertama dulu.Kau takkan nampak benda-benda tu dengan hanya berpandukan Utusan Malaysia,TV3,RTM...Subscribe channel Al-Jazeera kalau kau tak percaya dengan penulisan blog-blog "sampah" macam blog aku.Tengok berita dalam tu..kaji dan bukak sket kepala hotak kau.Tapi macam biasa....alasan bangsa akan digunakan.Melayu..Melayu..Melayu...

Aku syorkan,kalau kau anti Bersih...pegi tengok sendiri lepas ni.Lepas tu kau nak datang sini dan kutuk perhimpunan tu,kutuk la.

At least kau ada pendirian sendiri.Bukannya pendirian yang dibentuk oleh mulut orang lain atau media massa Kerajaan.

Just know this...Dalam pilihanraya 2008, 55% undi pegi ke BN, 45% pegi ke Pakatan.Makin lama makin banyak benda tipu terjadi akan makin ramai orang yang sedar.Aku sure majoriti pekerja hospital Tung Shin dah sedar sekarang betapa craptastic nya kerajaan dan media Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed