Nur Kasih The 2nd

Tak ramai yang tgk ke smlm? Sunyi jek ruangan komen aku. Hak hak hak tui......
 
Well, mcm biasa aku memang facinated dgn cinematografi cite tu smlm. Mmg khabir bathia buat movie stail la org kata kn. Tingat lak cite Kabhi Kushi Kabhi Igam. Yeke. ape ntah nama cite tuh. Tp si hans yg tak pandai blakon jd pandai. Pelik cemana hans boleh jd pengarah. Blakon pn mcm patung. Hehehe. Dengan si sape ntah nama tu yg jd pengacara Anak Wayang di Astro tuh. Mmg meleleh2 jela sepanjang movie.
 
Aku tak bole tahan bila tgk scene yg ada dialog2 ni:
 
'Saya tak cintakan awak, dan awak pun tak cintakan saya, so apa masalahnya nih?'
 
'Awak taknak saya ok, Sebab saya ni jahat, dari kecik saya memang jahat.'
 
'Awak taknak bebas ke? Awak taknak ke hidup mcm dulu? Awak boleh pergi ke mana saja awak nk pergi dan saya boleh pergi ke mana saja saya nk pergi!'
 
Bagi aku bila tengok scene tu aku nk je ckp. Hishhh bodohnye Lelaki ni!!!!!! Kadang2 dia buat/ckp sesuatu tu selamber badak dia je. Die tak tau pun perempuan tu merana. Die tak tau pun apa yang die buat tu bole menyebabkan hati perempuan tu terluka! Dia tak tau ke buat2 tak tau? Hish tu yg geram tu. Geram2 smpai meleleh2 air mata aku tau tak. Cilakak btol. Hehehehehe...
 
Pada dia, tu dah habis baik la tu. Tu dah habis tolerate la tuh. Sbb pada dia, die yg disakiti. Bkn perempuan tu. Dia tak tau ke, semua terjadi tu kehendak tuhan. Bukan salah perempuan tu pun. Apa salah perempuan tu sampai dia nk hukum macam tu sekali?
 
Tu la orang katakan. Orang tak tau agama memang mcm tu. Dlm islam dh bgtau. Hati perempuan ni mcm mana. Knape kene treat perempuan ni mcm puteri. Even Fatimah puteri rasulullah pun dimanjakan oleh baginda. Bkn sebab dia puteri, tp sebab dia perempuan.
 
Bukanlah perempuan ni nk dimanjai gile2 sgt pun. Cuma at least, sedarlah sikit bila setiap kali buat sesuatu. Jangan anggap, semua perkara pun mudah. Takpe dia ok. She's a strong girl. Alah, kejap lagi ok la tu. Everything pn mcm nk take for granted. Mentang2 lah perempuan tu tak komplain.
 
Kalu aku dipihak minah tu pn. Aku pn pening. Ckp direct pn tak boleh. Ckp indirect tak paham pulak.
 
Contoh, kalu die nangis2 dpn lelaki tu. Konon2 nk mintak la lelaki tu paham. Last2 lelaki tu buat tak tau. Ataupun lelaki tu bertambah kejam, bertambah menyakitkan hati. Bertambah terluka. Haih susah nk ckp. Tp kalu menangis lelaki tu taktau. Sorok2. Tau2 je air mata ni meleleh. Pun tak paham gk. Ataupun paham. Tp buat2 tak paham. Biarlah. Nnti suma tu reda la jugak tu nanti. She's ok, she's a strong girl. Apa ko igt hati bini kau tu hati KELDAI ke?
 
Kadang2 ase. Buat pe la menyeksa bini cmtuh. Yg bini pn, sanggup plak tu stay ngn laki tu kerana Cinta. Kuat sgt ke cinta tu smpai tak kesah merana? Smpai tak kisah menangis mlm2 suami buat dek je. Hebat sgt ke cinta tu? Boleh hidup ke dgn cinta tu?
 
Tu la nk kata, ada pn susah. Tak ada lg susah. Bila ada sedih. Bila takde rindu plak. Serba tak kena.....
 
Whtever it is. How strong the girl is. A girl/woman/lady, no matter what she age, SHE COULD NEVER be as tough as u imagine she would. NEVER ok.
 
Unless, bila semua tu berakhir, she became somebody who has less hope on you, less feeling, tidak berjiwa, tidak berperikemanusiaan, org kata MAKAN DALAM!
 
Of course, semua ni ada ganjaran dari yang maha esa. Kesakitan nih bkn percuma. Keredhaan suami tu penting. Biarlah kita merana dan menangis seorang diri malam. Seumpama dunia ni kosong. Rebana tidak berbunyi. Terkapai2 la sorg2, takde sapa nk layan. Well, siapalah diri ini kan....
 
Jadi, lepas nk putus harapan. Kalau ckp pn, nanti buat jd lg gaduh besar. Lagi tak habis pulak cerita nurkasih mlm td. Cuma mampu bersujud dan berdoa, moga Allah bukak kan pintu hati untuk insan berstatus suami itu sedar akan kesilapan. Atau sekurang-kurangnya, notice la apa yang sedang isteri lalui. Mgkin kita tak hargainya hari ini. Mana nak tau esok, kita perlukan dia. Saat itu kita dh takde dia......
 
Ok boleh nangis skang... Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu

Comments

Popular posts from this blog

Pulau Tioman

Azizah Mahzan