Di Suatu Sudut Penjuru
Aku igt saat itu. Dalam kusut masai dan tangisan. Aku mengingatimu. Lebih setahun pemergianmu. Tak pernah sekali malam ku tidak mimpikan mu. Aku tidak mengingati saat indah kita bersama. Kerana saat kita bersama tidak pernah indah. Aku tidak mengingati saat aku dalam pelukanmu. Kerana saat itu tidak ada dalam kamus hidupku. Kau jauh dimata tetapi dekat dihati. Kau mengisi saat kosongku dari kejauhan. Kau menangisi kesedihanku dengan kata-katamu. Kamu membuat senyumanku berharga dengan gelak tawamu yang kubaca. Hanya ku baca. Kita tak pernah berjumpa tapi aku amat bahagia. Aku amat mendambakan pengisian itu lagi. Dan saat itu berlalu. Dan aku menangisinya. Dan amat pahit. Amat pedih hati ini. Saat kita berpaling dan berpisah. Aku tidak pernah melupakan keperitan itu. Saat aku terpaksa melangkah pergi. Dan kau telah lama meninggalkan tempat perpisahan kita.
Aku tidak perlukanmu. Itu yang sering aku ungkapkan. Tetapi kenyataannya amat payah untuk ku telan. Aku terlalu memerlukanmu. Aku tau, aku tidak sepatutnya mempermainkan isu percintaan. Kerana aku tau dan kau juga sedar. Cinta dan sayangku bukan milikmu. Aku tidak merasa pun untuk memeluk atau menciummu. Kerana tuhan tidak membuka hatiku untuk itu.
Tapi apakan daya. Aku manusia. Aku bukan hanya memerlukan cinta semata. Aku perlukan sahabat. Andai itu terlalu payah untuk kau berikan. Aku pasrah.
Aku juga sedih. Saat-saat ini. Kau masih terumbang ambing. Entah di mana masa depanmu. Aku dapat lihat. Dendammu padaku. Merosakkan kehidupanmu. Aku tau, aku tak sepatutnya terus bermimpi, akulah wanita itu yang kau mahu. Tapi lihatlah dirimu. Di mana kau berpijak. Dan lihatlah siapa disekelilingmu. Aku juga sedih. Aku juga ingat kau pernah beritahu. Kau juga perlukan teman. Kau juga mahukan cahaya mata menerangi hari-hari mu. Kau mahu keluar mencari nafkah dan pulang kepangkuan isterimu. Kau juga mahu itu. Tapi hari ini. Kau tiada itu. Dan aku juga menangisinya. Dan aku tidak dapat mengelak dari mengasihanimu.
Aku memang sayang dirimu. Maafkan aku, aku tidak dapat berikan kau sepenuh cintaku. Kerna sudah tertulis dengan siapa aku harus mencintai. Amat pedih kerana, aku menghargai jasa-jasa mu. Aku masih ingat saat aku meratapi perpisahan kita. Terus sampai saat ini, aku tidak pernah mahu menegurmu walau kita pernah bersua. Kerana aku takut akan terkasihan. Dan lalu kalah dengan hatiku sendiri.
Sebetulnya aku masih menyalahkan dirimu. Kerana menghukum diriku. Kerana meletakkan semua kesalahan kepadaku. Kerana terlalu memaksaku membuktikan cintaku dengan cara yang aku sendiri tidak mampu lakukan. Aku masih menyalahkanmu. Kerana melafazkan kata cinta itu, tetapi kau sendiri tidak yakin. Aku tau kau tidak yakin kerana perbezaan kita. Aku tau kau tidak yakin bila ada manusia yang aku tau jantinanya wanita, menyampaikan warkah cinta nan indah buatmu. Aku tahu, kau dan dia siapa. Aku tau mana ayat cinta, dan aku tau mana ayat sekadar kawan. Aku bukan cemburu. Tapi aku marah. Kerana kau berdusta padaku. Berdusta pada seorang insan yang kau kata kau terlalu cinta. Kau terlalu kejam bila meletakkan perpisahan kita sebagai salahku. Dan kau terlalu kejam bila kau kata, air mata ku tidak berharga. Kerana aku perempuan. Aku merasa. Sebab itulah aku menangis.
Mujur tuhan tunjukkan aku jalan. Dan aku ikut jalan itu. Dan aku di sini hari ini. Bersyukur ke hadratnya. Aku sangat sayang dia, dan cahaya mata kami. Aku boleh memeluknya dan menciumnya dan berkata, aku cinta kamu dengan seikhlas hati.
Aku tidak kata aku akan bahagia selama-lamanya. Aku tidak menolak takdir tuhan suatu hari nanti. Aku tidak tahu. Aku hanya merancang dan berdoa. Agar jodoh kami hingga ke akhir hayat.
Cuma aku ingin juga melihat engkau. Berkeluarga sepertiku. Dan hentikan dendam itu kerana aku tidak pernah mendendamimu lagi. Kerana jasamu itu, amat aku hargai.
Terima kasih kerana mengisi masaku saat jiwaku kekosongan. Terima kasih atas kata-kata semangat agar aku dapat menangani tekanan sewaktu aku menuntut di menara gading dlu. Terima kasih atas doa dan harapan yang kau letakkan. Terima kasih.
Di suatu sudut penjuru itu hari ini. Aku bisa tersenyum mengingatkanmu.
Terima kasih sahabat
p/s : korg nk muntah tak? Asek entry jiwang jerk. Ekekekekeke

Comments
ok tader hal lah
peace jugak
hehehehe