Semalam Aku Mimpi

Malam tadi, aku tak tau kenapa. Aku mimpi sesuatu yang bagi aku irony.

Aku macam nak menyambut hari lahir seseorang yang aku rasa macam anak aku.

Walhal, ni baru bulan 3. Kedua anak aku lahir bulan Mei dan Julai.

Tanpa berfikir panjang, aku beli Kek. Sampai 2! 1 besar, 1 kecik. Ni dalam mimpi malam td tu la. huhuhu...

Tak dapat aku bayangkan semula rupa kek yang aku beli tu. Tapi aku ingat jelas, satu besar dan satu kecik. Aku tak pasti apakah maksudnya.

Bangun pagi tadi, aku lepak kejap since aku dh siap2 kan beg nursery anak2. Aku tinggal nk gosok baju kerja je. Aku bukak facebook. Aku tak tdo balik kalau ada masa lebih sebab takot terbabas.

Nampak my old good fren update status mengenai Arwah Anak beliau yang telah meninggal back 5 years ago. 
Genap 5 tahun berlalu, tapi terasa seperti semalam perkara tu berlaku. Al-Fatihah untuk anak mama.. i miss u....
 ·  ·  · 10 hours ago · 
Aku ingat lagi, aku call dia masa dia nk bersalin (sepatutnya bersalin).. Tapi selepas dia bersalin, aku cuma call kawan lain, yang besfren dengan dia... Sebab aku takot, aku downkan perasaan dia lagi... Tapi masa die balik kampung dalam pantang, aku ada call dia jugak.. And dia bagi ingatan2 kt aku, die suruh aku hati2.. Sebab masa tu aku tengah mengandungkan Firdaus... Dan sebelum dia bersalin, aku ngn en. shahrun dapat berita, ada tanda2 masalah dalam kandungan aku. Tapi kami dh pegi dapat second opinion. InsyaAllah anak kami ok...............

Seingat aku, sejurus lepas dia bersalin, walaupun anak tu meninggal, dia suami isteri tetap namakan anak diorg tu.... Amir Hamzah kalau tak salah aku. Masa aku call dia tu, dia ada bgtau aku.......

Yg buat aku tersentuh tu, kami kawin waktu yang hampir sama.. Tak pasti sapa kawin dlu... Then pregnant pun sama2. Memang due dia bulan 3.. Due aku bulan 8 ( tapi akhirnya aku bersalin bulan 7 ;p)... Kan masa kita pregnant emosi kita mcm asek la sedih. So bila dpt tau brite cmni time kita pregnant.. Memang kita plak mcm mengalami apa yg kwn kita tu rasa... 

Die dpt penyakit darah tinggi masa die pregnantkan anak dia tu.. And towards the pregnancy.. Anak dia mcm stresss sgt... Drh dia pun naik sgt masa nk bersalin tu. .Akhirnya baby tu meninggal sebelum dilahirkan.. Die biasa je masa pregnant.. Nothing weird pon. Tetibe satu hari, die bangun n dia rasa baby tak gerak. Bila smpai hospital, doktor ckp baby dh takde... Allahuakhbar.....

So hari ni adalah ulangtahun yang ke -5 selepas kelahiran...

Aku tak tau adakah ini kebetulan... Tapi yang pasti aku memang mimpi bli Kek semalam.

Wallahualam.

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

misshannan said…
Sedih cita sue.al-fatihah.

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed