Sinis..
Kelmarin. Aku ditegur sinis oleh suami. Semasa menjamah Sup Tulang masakan ku.
"Ini lembu Feedlot ni."
Aku macam blur mulanya. Apa tujuan remarks sebegitu dikeluarkan.
Lama aku fikir. Akhirnya selepas hampir 24 jam berfikir baru aku sedar.
It was meant to say sumthing like: Bersyukur dengan pemberian oleh pihak kerajaan.
Umum telah ketahui tujuan NFC: Untuk mempertingkatkan pengeluaran daging di Malaysia. Supaya Malaysia tidak mengalami ketandusan produk daging. Kerana daging adalah makanan yang digemari kebanyakkan rakyat Malasia termasuk aku, dan suami kesayangan yang amat aku cintai itu. :D.
Tujuan itu amat penting. Target NFC itu memang penggalakkan kelancaran ekonomi negara. Siapapun tidak mempersoalkan tujuan yang suci murni tersebut.
Now, sekarang bukan aku nak membabi buta menyokong tindakan pembangkang mengwar-war serta memburuk2kan pengusaha NFC. Kebetulan pengusaha tersebut adalah merupakan suami kepada seorang Menteri di sebuah Kementerian yang agak terkenal dengan Kebajikan Masyarakatnya. Pertama sekali, aku tahu mengapa Menteri tersebut tidak gusar langsung pada mulanya. Mengapa Menteri itu terus memegang tampuk pemerintahan tanpa meletakkan jawatan walaupun semua pihak penyarankan perletakkan jawatan. Semua pihak merangkumi pembangkang dan rakan-rakan dalam parti politik yang sama menyarankan perletakkan jawatan tersebut. Bacalah mana-mana media cetak atau elektronik. Semua menyarankan perkara yang sama. Parti politik yang memegang tampuk pemerintahan memberikan alasan supaya Menteri tersebut meletakkan jawatan beliau kerana khuatir, isu NFC akan mencalarkan kepimpinan politik mereka.
Well, aku hairan bin ajaib. Pada aku dh cukup membebankan dan cukup kuat untuk beliau meletakkan jawatan. Tetapi beliau tidak melakukan sedemikian.
Kerana apa? Kerana Projek NFC telah dikeluarkan mengikut peraturan yang ditetapkan. Bukan rundingan terus. Cuma kebetulan sahaja, keluarga Menteri tersebut menang dalam bidaan yang dibuat. Jadi jelaslah, sistem yang biasa digunakan. Maka tiadalah penyelewengan dalam tampuk pemerintahan.
Jadi aku bertambah hairan apa yang pembangkang bisingkan. Bg aku. Kita kene berasa hairan. Kita kena terus mencari punca sebab musabab.
Jangan berat sebelah. Dan menutup mata.
Kita kena ingat. Kita sebagai rakyat, tidak hutang apa-apa dengan pihak kerajaan. Kalaupun kita berjaya di Universiti. Tidak cukup kuat untuk kita merasa terhutang budi dengan mereka. Sedangkan, kita mengundi mereka untuk menguruskan kebajikan kita. Bukan hanya orang miskin yang memerlukan kebajikan. Tetapi SEMUA RAKYAT. Contohnya, kebajikan dan keadilan di Jalan Raya. Mengapa diwujudkan saman? Supaya tiada pemandu yang sewenang-wenangnya menggunakan jalan raya macam bapak dia yang punya. Contoh. Ataupun, dari soal pendidikan. Supaya semua pihak sama rata berpeluang melanjutkan pelajaran sekiranya mempunyai kelayakan yang mencukupi. Bukan untuk org kaya sahaja. Waima bukan juga untuk orang miskin sahaja. Tetapi UNTUK SEMUA. Kita kene sedar bahawa KERAJAAN, BEKERJA UNTUK KITA... Mereka dibayar elaun (menteri semua dapat elaun, bukan free). Macam aku, pegawai kerajaan. GAJI AKU DI BAYAR OLEH PEMBAYAR CUKAI. Jadi bukan kerajaan owns the rakyat. Tapi RAKYAT YANG OWNS THE KERAJAAN.
Maksudnya, pemikiran lapuk seperti kita perlu membalas budi kerana kita telah berjaya kerana kerajaan perlu difikirkan semula.
Now back to NFC. Aku sedar, aku tahu. Tujuan NFC mmg baik. Objektif nya memang bersih.
Namun sekarang dari segi pengurusannya terdapat masalah. Masalah macam tu takkan nak pejam mata je?
Ini yang aku tahu dan yang aku baca lah. Aku tak igt sources. Semua boleh cari di banyak lokasi. Kalau tak takkan Bung Mokhtar dan ramai lagi peminpin BN menggesa Menteri itu meletakkan jawatan.
1. Pembelian Kondo mewah dalam dan luar Negara;
2. Percutian Mewah keluarga.
3. Target 8000 ekor lembu by end of project. (started on 2007, end 10 years later patutnya. but after 5 years hanya ada 1000 ekor lembu. Projek dh halfway jalan, tapi separuh dari target tersebut tidak terpenuh pun.
4. 250 million be paid in full to NFC, but none have been paid back to the government. Itu sepatutnya loan government. Aku pn tak tau ada interest ke tak. Tp sepatutnya telah dibayar secara ansuran. Tapi takleh bayar sebab bilangan lembu tak ckp.
No you cannot tell me, i'm not paying my debt to government. Even if i ate NFC's cow. NFC cow tu utk sape? Utk rakyat kn? Kenapa pulak aku takleh makan.
Ini semua apa yang aku fikirkan. Sekadar renungan.
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin
Comments