Menangis dan Ketawa...

Hari ini mungkin aku menangis
Esok mungkin aku ketawa
 
Hari ini mungkin aku ketawa
Esok mungkin pula aku menangis
 
Pokoknya aku sendiri tak tau
Bilakah aku akan menangis
Atau bilakah aku akan ketawa
 
Menangis duka
Disakiti
Menangis terharu
Kerana hati ini tersentuh
 
Ketawa gembira
Kerana lucu
Ketawa
Kerana perlu ketawa
Yang pastinya
Bukan hari-hari aku akan ketawa
Dan tidak selamanya aku akan menangis
 
Aku bersyukur akan kudratNya
KurniaanNya
Semoga aku diberkatiNya
Semoga anak-anakku dilindungiNya
Semoga kami tabah menuju kejalanNya..
 
Amin Ya Robbal Alamin....
 

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

cTmaRina said…
macam aku dah pernah baca jer sajak ko ni titut... kat ner ek?

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed