Langkawi 2017 Sum Up
Day 1, Khamis 3am gerak dari dengkil Subuh di RnR lupa nama. Sampai Kuala Perlis dalam kul 10am. Mandikan anak-anak, pasal mama dah mandi kul 3am tadi. Abah dah mandi kt RnR subuh tadi. (Pssttt mama paling busuk wakakaka) Lepas daftar kat Roro Ferry Langkawi, dah pre-booked 2 months prior, Kami pegi lunch kat kawasan sekitar. Dalam purse masing2 ada Rm50 ja. Tetibe rasa macam neves. Takot tak jumpa mesin ATM. Bayangkan budak-budak ni pegi bantai makan ayam goreng, kena sampai RM40 untuk lunch ja. Dah tinggal 10. Nak dinner apa karang? Menangis! Hahahaha. Lepas tu, siap isi minyak, takleh pakai cc, rm50. Nak menangis. Tapi buat2 rileks je. Terlupa nak draw duit lebih awal. Naik fery dalam approximately jam 1230pm. Susun-susun elok dok depan skali bawah panas. Selamat lah kau WSK di situ. Tapi legaaa, dapat naik atas, ada kawasan berekon dan ada play movie. Masa pergi ni movie chinese kantonese. Sarikata macam jilake, tapi boleh lah paham sikit2. Ujung2 ada ucapan plak, Semoga mudah fah...