Report Progress Susu Ibu


Assalamualaikum..

First of all, jom sedekah Al Fatihah kt atok aku, Abu Bakar bin Arshad.....

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sj nak share progress Breastfeeding kt anak aku. Masa memula tu tak plan nk buat stock check up mcm ni. Tp 1st day masuk keje tu byk lepakkk je. So buat la. Pstu so far aku mengupdate plak hari2 yg aku pump. Yg garis kuning tu psl ada masa aku simpan stock tu, aku tak buat 3oz. Aku buat 4oz. So far aku mmg letak 3oz jela slalunye. So senang nk thawed.

2 3 menjak ni. Since 2 weeks ago. Ammar punya consumtion susu meningkat. Takdela mendadak. Tp masa tau susu dia meningkat tu, susu perahan aku stagnant je. Bese je. So aku agak risau. Tp bila pikir balik. Dlm risau2, insyaAllah, everyday lepas dh pack kn susu utk hantar nursery akan ada jgk susu yg akan aku frozen kn. Bila susu kita berlebih, kita akan byk hati sinang lah. Hahahah. Tah apa2 kn. Dlu time hafiy lg haru (tapi rajin huhu).. Wiken2 aku mmg tak rileks. Mmg akan pump. Sbb daily pumping cannot cope dgn nk hantar nursery hari2. Lg haru kn? So Ammar ni, so far so good. Tak pernah lg tak ckp hasil perahan aku. Alhamdulillah...

Hari pertama tu, susu hasil thawed susu yg aku perah masa awal2 bersalin dlu. Perghh bauk tengik semacam. Tp ammar ok je. Tak sakit perut, malam tdo mcm biasa. Tapi sbb aritu penah ade peristiwa peti ais tak tutup rapat. KESELURUHAN susu yg aku dh byk perah terpaksa aku buang begitu sahaja. And kene perah balik. Masa tu lg tak smpai sebulan nk start kerja balik. Sedey je tgk susu yg ciput. Susu yg masa seminggu pertama bersalin je selamat. Langsung tak terjejas. Sbb letak dlm2 kot. Peti ais tak tutup melebihi 12 jam! tu yg susu aku dh mcm panas, sbb ada lampu. Tu aku buang je. Aku igt bila last aku bukak peti ais. Tp tak igt nk check balik rapat ke tak aku tutup. So salah sendiri la kn ( Tp encik shahrun yg last bukak pintu masa tu. Aku cuma igt masa last pintu tu dibukak hoho)...


So since masuk kerja, mmg gigih buat stok. Bkn apa, kita kalu boleh nk benda ni berpanjangan smpai dia 2 tahun. Nak set mind kan smpai Ammar 2 tahun nak nyusukan dia. So kena la mcm berusaha gigih kn. Huhuhu. InsyaAllah...

Alhamdulillah so far aku dpt la fullfill kn 4 kali pam sehari kt opis. Smpai kene mrh ngn bos. Tp aku dok bc keliling. Kena marah tu perkara biasa. Bila aku fikir nk mcm sit back n rileks sikit, means nk 3 kali pump je. Skali nursery complain susu Ammar kene tambah lg. Dh 2 kali jgk mcm tu. Kalau tgk kt table yg aku buat tu yg ada kekosongan takde frozen kan susu tu, ha yg tu lah aku mcm dpt complain dr nursery kene tambah susu utk keesokkannya. Aku main bedal je buat table tu. Pstu mcm ada data yg aku tak perlukan sgt pn. Hahahahaha. Tp malas nk murnikan balik.Bia je mcm tu. Kalu korg2 yg ase kene upgrade lg table tu. Sila lah upgrade yer. Hahaha. Poyo je. Malas korg layan aku ye dak? Hehehehe...

Oklah. Tu je nk share. jap gi ada meeting. Harap semua doakan aku yer? Tenkiu.... Moga aku dpt susukan Ammar smpai umo dia 2 tahun.. Amin....



--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed