Penyesalan.

Aku terpanggil utk menulis.

Pg tadi ada isu di hotfm tentang seorg wanita bernama Zarina, bkn nama sebenar yang menyesali perkahwinan beliau dengan suaminya. Beliau menyesal, kerana suaminya saban waktu mengutuk masakan beliau. Wpn beliau telah go extra mile dengan pergi menuntut ilmu memasak dgn mertuanya. Jadi beliau mendakwa, menyesal mengahwini suami beliau tersebut.

I say: Bullshit lah!

Aku tak nafikan, aku turut menghadapi masalah yang sama. Sejak awal perkahwinan, memang itulah isu yang terbesar = makanan, masakan. Tapi adakah aku menyesal mengahwini hubby? InsyaAllah, jauh sekali perasaan menyesal itu terhadap isu masakan tersebut.

Mmg betul, kahwin ni menimbulkan banyak pertembungan budaya esp on stail masakan aku dan hubby. Kami dilahirkan berbeza-beza. Bkn dr rumpun yang sama. Mak aku masak stail mcm ni, mak dia masak stail mcm tu pulak. Aku ada prinsip masakan aku sendiri, wpn tak pandai sgt. Dia lglah dgn prinsip2 yang bg aku ntah hapa2. Bg dia prinsip aku ntah hapa2 plak. Kira normallah kan. Nk match the situation tu bg aku adalah merupakan cabaran kehidupan.

Ada byk lg isu lain yang kami perlu tangani. Isu masakan ni aku ase mcm kecik sgt compare ngn isu lain. Kalu smpai isu masakan pn dh nk menyesal. Oh come on lah, ptt la Mahkamah Syariah skg tak menang tgn.

Aku tak tau la dia kata menyesal tu smpai nk bercerai ke kan. Tp aku pandang penyesalan die tu mcm. Dh taknak dh laki dia ni. Wakakaka. Pttnya die cuma kata cm, sy tak menyesal, cuma sy ase penat sgt. Pyh sgt.

Kire pd aku, kalau org kata " I menyesal kawin ng u ". Kn dh jd big thing tu? Pstu laki dia pn jawab. "Kalu u menyesal u pegi la carik org lain, malas i nk layan u" Muawahaahahaha...

Buat apa la create scene mcm tu kn. Kira pointnya, bila sebut perkataan menyesal tu sebenarnya menjerat diri sendiri. Dahla mencetuskan kecik hati suami. Tak elok lah kn. Sbb tu la Zarina tu tak bgtau nama sebenar. Close proximity lah kiranya. Sbb die pn tau, kalu laki dia tau sure laki dia tak puas ati kot..

Bende ni sebenarnya sgt subjektif utk ditangani. Bergantung kepada pasangan tersebut. Bergantung kepada masa. Bergantung kepada nasib. Tp bg aku isue ni tak perlu dibesarkan. Kalu isteri bole mengalah, mengalah. Kalu suami bole bg kelonggaran sikit, bg kelonggaran. Apalah salahnyakn. Means sekali sekala tu pujilah masakan isteri. Isteri pulak sekali sekala tu penuhilah permintaan suami. Aku sendiri, tak 100% aku dpt penuhi permintaan suami aku. Tapi aku cuba. Aku cuba tak pandang isu yang memang panas jgk sekali sekala ni sbg besar. Aku cuba utk buang perkataan menyesal tu. Aku cuba. Dan aku harap yang sama pada laki aku.

Pada aku byk lg isu lain yg perlu kami tangani. Contohnya, isu anak kami yang kuat menangis dan mendatangkan amarah kepada kami yang masing2 penat bekerja. Dgn lapar lg. Dgn ngantuk lg. Dgn pening isu kerja tak settle. Dgn mcm2. Isu tu lg besar aku ase. Sbb isu tu boleh berkembang jd mcm cerita Baby Syafiah. Boleh berkembang jd mcm isu kanak2 18 bulan warga india tuh. Kn? Lg susah kn? Ya Allah lindungilah kami sekeluarga dari bisikan syaitan yang kejam itu. Amin....

Dan isu-isu lain seperti, mak aku nk mcm ni. Mak dia plak nk mcm tu. Abg dia ckp mcm ni. Adik2 aku plak komen mcm tu.

And so on and so on. Bukankah isu-isu tersebut lg byk yang perlu ditangani. Setakat isu masakan. Come on lah, takkan dh menyesal kot?

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed