Ayah...

Di bulan2 puasa ni kalu psl parent's issue sure sebak smpai ke ulu hati kan? Nak2 bulan yang sangat fragile ini. Yelah, bg aku seumur hidup aku, dalam bulan ni lah ramai orang pergi menghadap ilahi. Wallahualam. Tapi, ketahuilah kalau kita pergi semasa bulan yang penuh barakah ini, sesungguhnya sesuatu yang sangat dicarik2. Sebab musabab yang aku tahu, bulan ini ditarik semua besi2 untuk menyeksa ahli2 kubur. Jadi sempatlah roh tu berehat buat seketika. Seperkara lagi yang aku tau, biasanya kalau kita pergi semasa bulan ramadhan, sesungguhnya itu adalah hadiah dari Allah untuk kita. Wallahualam. Aku masih jahil dalam perkara ini.
 
Tapi bukan itu yang aku nk sentuh pagi2 ni. Atas moto yang smpai aku sebak sendiri bila mengingatkan balik.
 
2 3 hari lepas, ada member opis aku, dapat berita ayah beliau nazak. Aku masa tu tgh dpn pc pelik jgk apsal cube2 jiran aku kosong dan lengang je. Lepas tu kak limah pn tegur aku suruh aku pergi tgk member tu sbb dia br dpt brite tak best dr kg. Aku pn pergi. Memang member2 aku semua berkumpul kat situ. Yang akak dpt berita ni nama dia Kak Shidah. Kak Shidah pn nangis dan berjujuran air mata. Sebak betul aku tgk. Yg lain senyap tak tau nk buat apa or ckp apa. Aku sendiri tak biasa dgn bende2 gini. Yela berita2 mcm ni bkn nya hari2 kita dgr kn. Takkan aku nk bertuka mode jd wartawan tanya itu ini. Konpem kene halau plak. Dh tak jd sedih jd marah lak kang.
 
Aku tgk je akak tu. Sambil aku terfikir. Mesti teros terbayang mcm wayang gmbar saat2 pahit, manis, suka, duka akak tu dengan ayah dia. Terus aku teringat ayah aku sendiri. Wpun mungkin kenangan akak tu dengan aku tak sama. Apa yang dia lalui tempuhi bkn mcm yang aku lalui dan tempuhi. Yang pasti ayah dia dan ayah aku tetap individu yang berbeza. Tapi aku tak boleh nak sangkal kenyataan. Seorang ayah tetap seorang ayah. Dan aku sendiri terbayang2 saat2 manis suka duka pahit aku dengan ayah aku. Benci ke Sayang ke aku dengan ayah aku. Dia tetap ayah. Takde dia takdelah aku. Tros aku sebak sgt.... Dan kebanyakkan yang aku igt adalah saat manis. Nak2 time2 nk raya ni. Teringat time2 dia belikan aku baju raya. Ukur bj raya. Time2 aku merajuk aku nk yg tu die nk bli yg murah je. Dan tingat time2 aku jatuh kotot berlumpur dia lap kan bj aku. Teringat die suruh mak aku masak rendang limpa sbb hanya dia ngn aku je yang suka mkn. Oh sedih lah.
 
Lepastu ada la yang offer akak tu utk hantar akak tu balik. Sbb akak tu tgh tunggu husband dia dtg fetch. Tapi sambil tunggu tu mcm tak keruan. Husband akak tu pulak tgh kt imigresen uruskan pasal bibik akak tu. So mcm takleh nk instantly dtg. Akak tu pulak dh tak keruan. So member aku ni Shahril, offer la diri utk hantar. Kebetulan pulah haritu member bwk kete. Bese member bwk moto. Kebetulan, memang rezeki akak tu. Allah permudahkan... Alhamdulillah. Akak tu lalu je dpn aku tros aku tangkap dia. Br la aku plak bergenang air mata. Sedih sgt masa peluk akak tu. Dan aku harap sgt akak tu tabah hadapi semua ni. Akak tu ckp, doakan ayah akak selamat ye. Doakan ayah akak selamat. Lgla aku sedih kn....
 
Tu la kenangan bulan ramadhan al mubarak. Mgkin ada hikmahnya kalau tuhan bg kita kesedihan. Kita yang tak tau................

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed